Khasiat Pokok Kesum

Klasifikasi 

Nama Vernakular : Kesum
Nama Botani : Polygonum minus
Famili : Polygonaceae


Khasiat Pokok Kesum

Dalam usaha mengumpul info khazanah herba di Malaysia, kami susun dan senaraikan pelbagai herba dan ulam yang terdapat di Malaysia. Moga ianya menjadi manafaat untuk semua. Amalan memakan ulam-ulaman segar oleh masyarakat kampung, menjadikan mereka hidup sihat sepanjang hayat. Moga ilmu dan khazanah ini tidak hilang di telan zaman.

Artikel kali ini membincangkan tentang Khasiat Pokok Kesum yang mana mempunyai pelbagai nama dan khasiat seperti , , , , , , , .

Pengenalan

Pokok kesum(Polygonum minus) berasal dari Asia Tenggara seperti di Malaysia, Indonesia, Thailand dan Vietnam. Tumbuhan ini tumbuh liar di kawasan tanah lembap dan berair seperti di tepi kolam, tepi parit dan juga kawasan di keliling rumah kampong.Nama lain bagi kesum adalah Chinese knotweed dan Vietnamese Mint (Inggeris). Kesum merupakan tanaman herba renek, lampai dan menjalar. Ðaunnya tersusun secara berselang pada batang, berwarna hijau tua dan sangat aromatik.

Batangnya berbentuk silinder, berwarna hijau dan sedikit kemerah-merahan, mempunyai buku dan ruas yang pendek serta mudah berakar. Bunga kesum terdapat di hujung pucuk, berbentuk kecil dan berwarna putih keungu-unguan. Amnya terdapat dua jenis kesum iaitu menjalar dan yang tumbuh agak menegak.Bahagian daun kesum merupakan bahagian yang paling banyak digunakand alam masakan. Ia akan menghasilkan rasa masam lemak dan aromanya cukup menyelerakan setelah dicampurkan dalam masakan. Selain digunakan dalam masakan, daun ini juga memiliki nilai perubatan.

khasiat daun kesum 1

Khasiat dan Kegunaan : Tanaman kesum sangat popular di kalangan penduduk Malaysia sebagai bahan perencah/perisa di dalam banyak jenis makanan, terutama untuk laksa dan asam pedas.  Ia juga boleh dimakan terus sebagai ulam ataupun dibuat kerabu.  Secara tradisional air rebusan daun kesum digunakan untuk mengubati masalah penghadaman, menghilangkan kelemumur di kepala dan sebagai minuman selepas bersalin.  Dari segi khasiat pemakanan, kesum kaya dengan beta karotena, vitamin A, vitamin C dan juga bahan galian seperti kalium, kalsium dan fosforus.

Daun kesum yang aromatik boleh menghasilkan minyak pati yang mengandungi bahan kimia `aliphatic aldehyde’ yang tinggi (60%), dan komponan kimia utamanya ialah decanal dan dodecanal.  Sebagai punca bahan semula jadi ‘aliphatic aldehyde’, minyak kesum pula dipercayai mempunyai potensi yang tinggi, terutama dalam industri perisa dan wangian. Ini disebabkan tidak banyak terdapat bahan semula jadi ini di pasaran.

khasiat daun kesum

Cara Menanam Pokok Kesum

Pokok Kesum mudah sahaja ditanam dengan menggunakan kaedah keratan batang atau keratan hujung batang berdaun. Ciri pertumbuhan pokoknya yang separuh menjalar itu menyebabkan batangnya akan mudah berakar apabila terkena kelembapan.
Campuran tanah atau medium tanaman yang agak lembap, gembur dan juga mengandungi banyak bahan organik serta air senang mengalir keluar adalah sesuai untuk penanamannya. Campuran yang disyorkan adalah campuran tanah untuk pokok berpasu iaitu dalam nisbah 3:2:1 (Tanah Peroi: Bahan Organik: Pasir Sungai).

Terdapat beberapa cara atau kaedah penanamannya seperti berikut:
1) Kerat beberapa batang pokoknya yang matang atau hujung batang berdaun.
2) Buangkan daunnya di bahagian bawah sekali.
3) Tanam keratan tadi dalam medium tanaman seperti tersebut di atas sama ada dalam pasu atau di tanah dan pastikan ia dilindungi dari terik matahari. Kekalkan kelembapan medium tanamannya supaya pokok akan cepat tumbuh mungkin mengambil masa seminggu atau lebih bergantung kepada kelembapan medium tanaman.

kesum

Siram 2 kali sehari iaitu di waktu pagi dan petang bagi memastikan medium tanamannya lembap sentiasa. Elakkan medium tanamannya kering kerana ini boleh membantutkan pertumbuhan atau mematikannya. Gunakan baja organik seperti najis ayam untuk pertumbuhan pokok yang lebih subur.

Sumber : http://www.khasiatherba.com/ulam/khasiat-pokok-kesum.html

1 Comment

  1. Pingback: Rempah Ratus – Petua & Tips

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *