Khasiat Asam Jawa/Celagi

Khasiat-asam-jawa

Info dan Kasiat Asam jawa/Celagi

Nama Vernakular : Asam Jawa/Celagi
Nama Botani : Tamarindus Indica L
Famili : Leguminosae (Caesalpiniaceae)


Pengenalan Asam jawa (tamarindus indica) merupakan sebuah kultivar daerah tropis dan termasuk tumbuhan berbuah polong. Batang pohonnya yang cukup keras dapat tumbuh menjadi besar dan daunnya rindang.Daun asam jawa bertangkai panjang, sekitar 17 cm dan bersirip genap. Bunganya berwarna kuning kemerah-merahan dan buah polongnya berwarna coklat dengan rasa khas asam. Di dalam buah polong selain

Kasiat Asam jawa/Celagi

Dalam usaha mengumpul info khazanah herba di Malaysia, kami susun dan senaraikan pelbagai herba dan ulam yang terdapat di Malaysia. Moga ianya menjadi manafaat untuk semua. Amalan memakan ulam-ulaman segar oleh masyarakat kampung, menjadikan mereka hidup sihat sepanjang hayat. Moga ilmu dan khazanah ini tidak hilang di telan zaman.

Artikel kali ini membincangkan tentang Kasiat Asam jawa/Celagi yang mana mempunyai pelbagai nama dan khasiat seperti , , , , , , , , , , , .

Pengenalan

Asam jawa (tamarindus indica) merupakan sebuah kultivar daerah tropis dan termasuk tumbuhan berbuah polong. Batang pohonnya yang cukup keras dapat tumbuh menjadi besar dan daunnya rindang.Daun asam jawa bertangkai panjang, sekitar 17 cm dan bersirip genap. Bunganya berwarna kuning kemerah-merahan dan buah polongnya berwarna coklat dengan rasa khas asam. Di dalam buah polong selain terdapat kulit yang membungkus daging buah, juga terdapat biji berjumlah 2 – 5 yang berbentuk pipih dengan warna coklat agak kehitaman.

Rekod dan sejarah menunjukkan yang ibu negeri Senegal diberi nama ‘Dakar’ dalam bahasa tempatan yang bermaksud “pokok asam jawa”. Pokok asam jawa adalah tumbuhan semula jadi di benua Afrika. Kini asam jawa telah tersebar luas ke serata dunia dan termasuklah yang ada di Malaysia. Ia juga boleh menjadi pokok hiasan selain ditanam sebagai pokok tanaman.

Pokok ini diperkenalkan ke negara-negara di Asia melalui pedagang-pedagang Arab yang datang singgah ke asia tenggara. India ialah negara yang mempunyai tanaman dan ladang asam jawa yang paling luas di dunia. Didapati sebanyak 250,000 metrik tan asam jawa dihasilkan setiap tahun seluruh dunia dimana 65% dihasilkan di India. Asam Jawa digunakan untuk pelbagai kegunaan dimana sebanyak 3,000 metrik tan daripadanya dieksport ke Eropah dan Amerika Utara. Pokok asam jawa mempunyai pelbagai gelaran dan nama tempatan.

Nama lain bagi asam jawa adalah Asam, Asam Jawa, Asam Kemal, Asam Kuning (Melayu); Indian date, Sweet Tamarind, Tamarind (English); Anbli, Ambli, Chinh, Imalii, Tamarulhindi (India), Da Ma Lin; Loa Wang Zi (China), Bakham Somkham (Thailand), Me chua (Vietnam); Sempodok (Filipina), Tamarindo (Jepun); dan Khaam, Kok mak Kham (Laos).

Asam jawa merupakan sejenis ramuan masakan yang terkenal dikalangan masyarakat Melayu. Biasanya asam jawa akan dilarutkan ke dalam air dan hanya airnya digunakan dalam masakan. Hampasnya pada kebiasaannya dibuang. Selain digunakan dalam masakan, asam jawa juga boleh dimakan begitu sahaja ataupun dengan ditambah dengan gula. Selain itu asam jawa juga digunakan secara tradisional bagi mengubat batuk dan perit tekak. Pucuk muda mentah atau yang telah dicelur, dimakan dengan budu, cencaluk, sambal belacan atau pencecah lain dengan nasi. Buah muda asam jawa yang dikupas kulit dan ditumbuk kasar atau diracik kecil, dicampurkan dengan sambal belacan, sesuai dimakan dengan nasi. Rasa buah asam jawa adalah masam-masam manis manakala daunya berasa sedikit kelat dan masam.

Pokok asam jawa sebenarnya merupakan tumbuhan anugerah Tuhan yang mempunyai pelbagai guna. Walaupun buah asam jawa merupakan komponen utama dalam masakan seharian tetapi khasiat lain tidak boleh di ketepikan. Banyak kajian boleh dijalankan bagi mengoptimakan penggunaan tumbuhan asam jawa. Malaysia mengimpot 60-80% asam jawa dari negara jiran (terutama dari India) kerana pengeluaran tempatan sangat kurang. Kempen dan usaha untuk menanam pokok asam jawa boleh dijalankan terutama di kawasan tanah terbiar dan juga di kawasan tanah-tanah bermasalah seperti di kawasan tanah Bris, tanah gambut, tanah bekas lombong dan juga tanah asid sulfat.

Khasiat asam jawa 3

Khasiat & Kegunaan

Buah asam jawa mempunyai dua jenis iaitu asam jawa yang manis dan yang masam. Kandungan utama dalam asam jawa ialah asid, gula, vitamin B dan kandungan kalsium yang tinggi. Kegunaan asam jawa dari segi perubatan tidak boleh dikira banyaknya. Untuk tujuan komersial didapati asam jawa dijadikan asas bahan penyejuk dalam ubat demam dan sebagai julap bagi mengatasi masalah perut kembung. Sama ada dimakan begitu sahaja atau dicampur dengan jus limau, madu atau susu, asam jawa amat berkesan dalam mengatasi masalah penghadaman, penyakit hempedu dan kekurangan vitamin C (skurvi). Amalan ini juga telah terbukti secara klinikal di beberapa negara seperti di India.

Buah asam jawa boleh dimakan segar dan ada dijual di pasar kebanyakannya di Utara seperti Kedah dan Perlis (bekalan dari Thailand). Asam jawa biasanya dijadikan jus minuman yang dicampur dengan air gula sebagai minuman segar terutama di Malaysia, Thailand dan Indonesia serta negara tropika lain. Kini jus asam jawa telahpun dibotolkan dan mudah didapati secara runcit oleh usahawan tempatan dalam pasaran domestik malahan ekspot. Syarikat ADABI menghasilkan puri asam jawa yang ‘sedia guna’ dan mendapat pasaran yang sangat luas di Malaysia. Kordial minuman asam jawa juga merupakan antara perisa yang popular di Malaysia. Selain itu asam jawa juga merupakan bahan perisa asas dalam pelbagai jenis masakan atau makanan seperti kari, pelbagai jenis acar, pembuatan sos, bahan awet dan lain-lain lagi. Asam jawa sangat mudah didapati di pasaran dalam bentuk pulpa, berbiji atau tanpa biji yang dibungkus.

Peranan asam jawa dalam masakan memang penting dari zaman nenek moyang hinggalah kini. Ada pepatah Melayu yang berbunyi ‘garam di laut, asam di darat; dalam periuk, bertemu jua’. Pepatah ini menunjukkan betapa pentingnya peranan asam dalam kehidupan harian masyarakat kita.

Di pantai timur Malaysia khususnya di Terengganu dan Kelantan, terdapat aktiviti industri asas tani dengan memproses asam jawa menjadi sejenis pencuci mulut. Caranya adalah dengan membuat asam jawa disalut dengan gula pasir, serbuk cili dan dibalut seperti gula-gula. Rasa masam, manis dan pedas ini sangat enak rasanya dan harganya juga sangat murah. Bagi Amerika Selatan, asam jawa diproses untuk dijadikan bebola manisan, minuman berkarbonat, sirap, jeli, jem, ais krim, bahan awet dan wain. Di Thailand pula, biji asam dikisar untuk dicampurkan ke dalam serbuk kopi.

Asam jawa juga digunakan sebagai sapuan untuk mengurangkan kesakitan akibat keradangan. Ia juga digunakan untuk berkumur-kumur bagi mengurangkan sakit tekak. Caranya adalah dengan mengambil sedikit garam dicampur ke dalam air asam dan kemudian ia boleh digunakan sebagai sapuan bagi melegakan sakit sendi. Daun asam jawa sama ada yang kering atau yang telah direbut boleh digunakan untuk merawat bisul, bengkak sendi dan terseliuh. Losyen atau ekstrak daunnya pula boleh digunakan bagi merawat sakit mata, sebagai antiseptik, merawat cirit-birit, jaundis, sakit kulit dan buasir. Kulit pokok asam jawa, jika digoreng dengan garam dan dikisar lumat boleh digunakan sebagai penawar ketakcernaan dan kolik. Air rebusannya digunakan dalam kes radang gusi, lelah dan sakit mata. Losyennya boleh digunakan pada kudis dan ruam ulat bulu. Tepung daripada biji asam digunakan untuk merawat bisul.

Terdapat laporan di Afrika Barat dimana air ekstrak dari buah lenggai asam jawa digunakan dalam pewarna untuk mewarnakan kulit kambing. Kulit buah atau pulpanya pula digunakan sebagai bahan pengikat bersama-sama kunyit dalam perusahaan membuat pewarna. Kulit buah yang dicampur air masin amat baik digunakan untuk mencuci dan mengilatkan barangan perak, tembaga dan loyang. Daun asam jawa boleh dijadikan makanan kepada ternakan lembu, kambing dan juga ulat sutera menggantikan daun mulberi. Daun dan bunga boleh dijadikan bahan cecair penting kepada bahan pewarna. Bunga asam jawa juga adalah sumber madu yang baik bagi lebah madu (Apis spp.) dimana madu tersebut berwarna kuning keemas-emasan dan sangat manis.

Kegunaan batang atau kayu pokok asam jawa dilaporkan dari jenis kayu keras, berat, kuat, tahan lama dan rintang terhadap serangan perosak. Kayunya digunakan untuk membuat perabot rumah, panel dinding, roda, gear untuk kilang, pembajak, dinding sampan, pemegang pisau dan alat-alat lain, anak lesung penumbuk beras dan lain-lain lagi. Selain itu, kayu ia juga boleh digunakan sebagai bahan bakar yang sangat tahan lama dan menghasilkan haba untuk masakan dan juga industri. Kajian menunjukkan yang abu kayu yang asam jawa yang terbakar boleh digunakan bagi merawat dan menanggalkan bulu daripada kulit kambing. Sementara itu dahan, cabang atau akar pokok boleh digayakan untuk dijadikan tongkat (untuk mereka yang melebihi 40 tahun) atau dijadikan bahan hiasan.

Khasiat asam jawa 1

Tip-tip kesihatan

Demam Panas
Bagi anak-anak kecil yang kadang-kala mengalami demam panas ambillah segenggam asam jawa yang kemudiannya diramas di dalam semangkuk air. Kemudian air tersebut dilumurkan di atas kepala bayi anda sambil disertakan selawat .
Sakit Perut
Ambillah segenggam asam jawa yang kemudiannya diramas dan disapukan air tadi di perut dan kemudian biarkan seketika sebelum dibilas dengan air yang bersih. Cara ini sesuai diamalkan oleh kanak-kanak dan orang dewasa.
Sakit Asma
Bagi yang sakit asma pula anda rebuslah dua (2) potong kulit asam jawa dengan satu (1) liter air sehingga ia mendidih kemudian di ditapis. Minumlah air rebusan tersebut sebanyak dua (2) kali sehari.
Batuk / Perit Tekak
Selain itu asam jawa juga digunakan secara tradisional bagi mengubat batuk dan perit tekak. Caranya dengan mengambil air asam jawa, dicampukan bersama gula dan air. kemudian ditapis, minum seperti biasa.
Luka / Bisul
Manakala daun muda asam jawa juga boleh ditumbuk lumat dan di tampal untuk mengubati penyakit reumatisme, luka dan bisul.
Alergik
Ambillah 2-3 golong buah asam jawa yang telah tua, garam secukupnya, 1/4 senduk kapur sirih. Caranya semua bahan tersebut direbus dengan 3 gelas air sehingga mendidih hingga tinggal 2 gelas dan disaring. Kemudian diminum dua (2) kali sehari, pagi dan petang.
Bengkak Disengat Lipan atau Lebah
Sediakan 3-5 biji asam jawa dan minyak kayu putih secukupnya. Biji asam jawa tadi ditumbuk halus. Kemudian bahagian yang bengkak itu dibersihkan terlebih dahulu dengan kain dan dibasahkan kain tersebut bersama dengan minyak kayu putih. Selepas itu taburkan atau tempelkan bahan tersebut diatas bahagian anggota yang bengkak.
Khasiat asam jawa 2

Penanaman

Pokok asam jawa sangat mudah untuk dibiakkan dan cepat. Pokok ini mudah dibiakkan sama ada menggunakan biji benih atau secara tampang. Bijinya diketaui memang tahan lama disimpan dan sangat mudah bercambah. Apabila pokok asam jawa ditanam dari biji maka ia mula berbuah selepas 6-8 tahun manakala yang ditanam secara tampang akan berbuah selepas 3-4 tahun ditanam. Tangkai buah asam jawa adalah sangat kuat dan liat. Kajian di negara India, pengeluar asam jawa terbesar di dunia, biasanya akan dibiarkan buah masak di atas pokok hinggalah kandungan airnya berkurangan sebanyak 20%. Bagi tujuan untuk pasaran segar maka buah dipetik dengan menggunting tangkainya supaya lenggai tidak rosak. Sebelum itu dahan digoncang supaya buah yang masak gugur dahulu dan dikutip. Laporan di India menunjukkan pokok yang matang boleh menghasilkan 150-200 kg buah sepokok setahun atau lebih kurang 12-16 tan sehektar iaitu 30-55% pulpa, 11-30% kulit dan gentian dan 33-40% biji.

Pokok asam jawa dewasa mampu menghasilkan sehingga sebanyak 165-175 kg buah asam jawa setahun bergantung kepada saiz pokok dan cara pengurusan. Pembiakan adalah menggunakan kaedah cantuman dimana pokok mula mengeluarkan hasil 3-4 tahun selepas ditanam.
Sumber : http://ms.wikipedia.org/wiki/Asam_jawa

1 Comment

  1. Pingback: Rempah Ratus – Petua & Tips

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *