Rempah Ratus

PENGENALAN REMPAH RATUS

Rempah ratus telah di definisikan sebagai mana-mana daripada beberapa jenis bahan sayuran yang digunakan untuk merencah masakan atau pun makanan. Definisi ini telah diambil dari kamus Webster’s New Twentieth Century.

Lazimnya rempah ratus ini dikeringkan terlebih dahulu sebelum digunakan supaya boleh disimpan lama dan tidak berkulat atau rosak. Ia mempunyai aroma dan rasa serta perisa yang tersendiri dalam pembuatan makanan agar rasa sedap apabila dimakan.

Pihak berkuasa di bidang pertanian dan makanan telah mengkategorikan bawang merah, bawang putih, saderi, salam dan bay sebagai sayuran manakala gajus pula dalam kategori buah dan kekacang (nut). Ini adalah amalan yang telah dipraktikkan dalam bidang ekonomi pertanian untuk memberi kategori bagi setiap jenis tumbuhan atau setiap jenis hasilnya.

Di sini saya akan memilih skop definisi yang lebih luas bagi istilah Rempah Ratus dan perisa serta berpendirian bahawa satu tumbuhan boleh dimasukkan kepada lebih daripada satu kategori. Contohnya ; saderi adalah merupakan sayur, perisa dan penghias makanan dan biji gajus pula dimasukkan dalam kumpulan kekacang serta buah gajus pula di kategorikan sebagai buah-buahan ; manakala pucuk daun gajus yang dimakan sebagai ulaman dikategorikan sebagai sayuran, perisa atau penghias makanan. Lemon dan limau nipis juga akan dimasukkan di sini sebab kedua-duanya penting sebagai perisa makanan atau minuman dan juga digunakan dalam pelbagai jenis masakan.

Jerangau juga akan dimasukkan di sini kerana ia dikelaskan sebagai rempah ratus kurang penting dalam penerbitan ramuan tertentu. Ramai di antara kita tidak menganggap pandan wangi atau vanila sebagai rempah ratus tetapi kedua-dua jenis tumbuhan sering dimasukkan dalam beberapa buku tentang rempah ratus kerana bahan-bahan inirempah-kabsa digunakan sebagai perisa pelbagai jenis masakan. Ada beberapa jenis rempah ratus yang digunakan dalam masakan Barat dan tidak digunakan dalam masakan Asia tetapi bahan-bahan ini turut dijual di pasaraya tertentu di Malaysia dalam bentuk segar mahu pun yang kering . Pelbagai jenis rempah ratus orang Barat ditanam di tanah tinggi Malaysia. Ramai juga orang Malaysia gemarkan makanan Barat dan ingin tahu tentang khasiat bahan yang digunakan.

DIET YANG SEIMBANG UNTUK KESIHATAN

Sayuran adalah penting bagi kesihatan dan begitu juga buah-buahan yang mengandungi kabohidrat kompleks dan protin. Rempah ratus jarang diambilkira dalam formulasi diet yang seimbang atau dalam piramid makanan kerana rempah ratus digunakan dalam kuantiti yang kecil dan mungkin dianggap sebagai tidak memberi kesan nutrisi yang ketara. Makanan dari alam tumbuhan sentiasa penting kepada manusia melainkan beberapa pengecualian di mana daging haiwan merupakan makanan utama. Kebanyakan hasil penyelidikan menunjukkan bahawa diet yang seimbang sangat penting kepada kesihatan manusia.
Pengambilan makanan daripada satu kumpulan makanan sahaja telah terbukti dikaitkan dengan pelbagai masalah kesihatan. Penyelidikan telah menunjukkan bahawa makan terlalu banyak lemak dikaitkan dengan kanser payudara, kolon, prostat dan rektum. Diet yang kekurangan serat pula dikaitkan dengan kanser usus besar. Kelaziman mengambil antioksida telah terbukti mengurangkan kemungkinan kanser kerongkong dan kanser perut.

SEJARAH REMPAH RATUS

Sejarah menunjukkan bahawa manusia telah menggunakan makanan bukan sahaja sebagai sumber tenaga dan bahan tumbesaran tetapi juga untuk menjaga kesihatan dan merawat penyakit. Beberapa ahli falsafah menyebut ; “ Biar makanan menjadi ubat kamu …”.

Saderi bermula sebagai tumbuhan ubatan semata-mata, sebelum digunakan sebagai perisa dan penghias makanan, akhirnya barulah digunakan sebagai sayur. Namun, saderi bukanlah 100% mewakili kata-kata ahli falsafah tadi.

REMPAH RATUS BERSIFAT UBATAN

Bahan-bahan yang terkandung di dalam rempah ratus memberi kesan penyembuhan tertentu dan juga untuk menjaga kesihatan. Sesuatu campuran daripada pelbagai jenis kandungan dalam satu jenis makanan atau beberapa jenis makanan akan memberi kesan yang berlainan daripada jumlah campuran kesan setiap satu bahan kandungan. Bahan yang tidak bernilai atau sedikit sahaja nilai scara sendirian mungkin bertindak bersama untuk memberi kesan menyembuh dan menyihatkan. Satu bahan yang berbahaya apabila digunakan sendirian mungkin berkhasiat kepada kesihatan apabila dicampur dengan bahan lain. Bahan-bahan yang berkhasiat dalam suatu campuran boleh menjadi berbahaya apabila digunakan dalam dos yang tinggi atau dalam bentuk sebatian tulen. Anda haruslah berwaspada apabila rempah ratus atau bahagian tertentu mengandungi kimia yang bertoksik.rempah-ratus-1

KANDUNGAN NUTRISI DALAM REMPAH RATUS

Rempah ratus mengandungi bahan-bahan yang diletakkan dalam kumpulan tertentu yang dinamakan karbohidrat, protin, lemak, serat, mineral, vitamin dan pelbagai sebatian kimia yang mempunyai kumpulan sendiri seperti alkaloid, minyak esen, saponin dan tanin. Sungguhpun kebanyakan rempah ratus tidak banyak menyumbang kepada tubuh manusia dari segi karbohidrat, protin, lemak dan serat, tetapi kandungan mineral, vitamin dan fitokimia lain lazimnya cukup untuk memberi kesan kepada manusia.

Nutrien dan kimia lain di dalam makanan penting bagi tubuh agar berfungsi dengan sempurna dan menentang infeksi ; sebagai bahan binaan bagi tumbesaran tubuh, untuk memperbaiki dan memperbaharui sel-sel, tisu dan juga bahagian-bahagian jasad. Makanan juga mengandungi bahan kasar yang memudahkan pembuangan air besar supaya fungsi ini dapat berjalan dengan sempurna dan lancar.

Rempah yang biasa digunakan untuk masakanrempah-ratus-2

  1. Adas Cina
  2. Adas Pedas
  3. Asam Gelugur
  4. Asam Jawa
  5. Baru Cina
  6. Bawang Besar
  7. Bawang Merah
  8. Bawang Putih
  9. Belimbing Buluh
  10. Bijan
  11. Biji Sawi Hitam
  12. Biji Sawi Pahit
  13. Biji Sawi Putih
  14. Bonglai/Bangle
  15. Buah Keras
  16. Buah Pala
  17. Buah Pelaga
  18. Buah Pelaga Hitamrempah-ratus-4
  19. Bunga Cengkih
  20. Bunga Kantan
  21. Bunga Lawang
  22. Cabe Jawa
  23. Cekur
  24. Cili Besar
  25. Cili Padi
  26. Daun Kari
  27. Daun Kesum/Daun Senahun
  28. Daun Sup
  29. Gajus
  30. Halba
  31. Halia
  32. Inggu
  33. Jemuju
  34. Jerangau
  35. Jintan
  36. Jintan Hitam
  37. Jintan Manis
  38. Jintan Putih
  39. Kaduk
  40. Kaskas
  41. Kayu Manis
  42. Kemangi
  43. Kepulaga
  44. Kesum
  45. Ketumbar
  46. Ketumbar Jawa
  47. Kucai
  48. Kunyit
  49. Lada Hitamrempah-rempah-3
  50. Lampoyang
  51. Laurel
  52. Lemon
  53. Lengkuas
  54. Limau Kesturi
  55. Limau Nipis
  56. Limau Purut
  57. Limau susu
  58. Manjakani
  59. Marjoram
  60. Oregano
  61. Pandan
  62. Parsli
  63. Pegaga
  64. Pimento
  65. Pudina
  66. Rosmari
  67. Ruku-ruku
  68. Safron
  69. Sage
  70. Salam
  71. Selasih Besar
  72. Selasih Putih
  73. Selom
  74. Serai
  75. Temu Kunci
  76. Temu Lawak
  77. Tepus Tanah
  78. Timi
  79. Vanila

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *