Info dan Khasiat Pokok Pecah Beling
Pengenalan Pecah beling atau nama saintifiknya Strobilanthes crispus atau Saricocalix crispus (Acanthaceae) merupakan tumbuhan yang berasal dari Madagascar hingga ke Indonesia dan telah dikenal pasti buat pertama kalinya oleh Thomas Anderson (1832 – 1870) yang mengkelaskan tumbuhan ini di bawah Spermatophyta (tumbuhan berbunga dan gymnosperma). Daun in dikenali dengan nama pecah beling, enyoh kilo, kecibeling
Khasiat Pokok Pecah Beling
Dalam usaha mengumpul info khazanah herba di Malaysia, kami susun dan senaraikan pelbagai herba dan ulam yang terdapat di Malaysia. Moga ianya menjadi manafaat untuk semua. Amalan memakan ulam-ulaman segar oleh masyarakat kampung, menjadikan mereka hidup sihat sepanjang hayat. Moga ilmu dan khazanah ini tidak hilang di telan zaman.
Artikel kali ini membincangkan tentang Khasiat Pokok Pecah Beling yang mana mempunyai pelbagai nama dan khasiat seperti Batu karang, Jin batu, kencing manis, Menurunkan kolestrol, merawat kanser, pecah batu, pecah beling, pecah kaca, Strobilanthes crispus.
Pecah beling atau nama saintifiknya Strobilanthes crispus atau Saricocalix crispus (Acanthaceae) merupakan tumbuhan yang berasal dari Madagascar hingga ke Indonesia dan telah dikenal pasti buat pertama kalinya oleh Thomas Anderson (1832 – 1870) yang mengkelaskan tumbuhan ini di bawah Spermatophyta (tumbuhan berbunga dan gymnosperma). Daun in dikenali dengan nama pecah beling, enyoh kilo, kecibeling atau kejibeling di Indonesia.
Di Malaysia, pokok ini lebih dikenali dengan nama pecah kaca, pecah beling atau jin batu. Pokok mudah ditanam dan hidup subur di Malaysia. Daunnya telah digunakan secara tradisional untuk merawat kanser, kencing manis serta batu karang dan juga sebagai agen diuretik.
Khasiat
Antara lain kegunaan secara perubatan pokok pecah beling berupaya mengubati penyakit kencing manis kerana ekstrak air daun pecah beling dikatakan berkesan sebagai agen antidiabetis. Ekstrak ini tidak mempunyai kesan ke atas paras gula darah yang telah diuji pada tikus normal, tetapi mampu untuk meningkatkan paras jumlah antioksida (total
antioxidant level).
Peningkatan paras jumlah antioksidan (total antioxidant level) dalam darah adalah penting untuk melindungi badan daripada radikal bebas. Oleh itu, ekstrak ini sesuai bukan sahaja untuk mereka yang berpenyakit, tetapi juga untuk mereka yang normal bagi tujuan pencegahan.
Selain dari itu pecah beling didapati mampu menghancurkan batu yang terdapat dalam hempedu di buah pinggang. Tumbuhan ini juga berupaya menurunkan kolestrol dalam badan dan melancarkan pembuangan air kencing.
Akhirkalam, pokok pecah beling yang tumbuh melata di kawasan kebun atau belukar dan dianggap tumbuhan rumpai yang tidak diperlukan, sebenarnya adalah tumbuhan herba yang sangat berkhasiat yang terdapat disekeliling kita.
Tidak akan menjadi kemudaratan jika kita menggunakan tumbuhan ini sebagai alternative untuk perubatan walau pun kajian secara klinikal (human study) belum benar-benar dijalankan keberkesanannya terhadap pesakit kanser, diabetes atau batu karang.
Assalamualaikum..Nurseri kami ada menjual pelbagai pokok herba & ulaman beserta herba kering. Antara yang ada :-
Rerama hijau
Stevia
Halia bara
Lempoyang
Turi
Ulam raja
Sambung nyawa
Tenggek burung
Tebengau
Belalai gajah
Turi
Pokok2 buah
DAN BANYAK LAGI
lokasi seksyen 8—sg ramal dlm,bangi,selangor (search Google: D’Kaduk Herbs & Floral )
Harga berpatutan..perkhidmatan penghantaran dan pos juga disediakan..
hubungi utk sbrg pertanyaan & maklumat lanjut:
0123106846 -Faizal @
0122440099 -Azizi
*JUALAN MURAH POKOK HERBA/ULAM & BUAH*
Sempena ulangtahun ke-3 penubuhan DKADUK HERBS & FLORAL sebagai Nurseri/Pembekal/kontraktor Lanskap, kami akan mengadakan JUALAN MURAH pokok2 herba/ulam & buah selama 2hari pada:
* 4/11/2017-5/11/2017 (Sabtu-Ahad)
* Jam 9.00pagi – 6.30ptg
Terdapat hampir 50-80 spesis Pokok HERBA/ULAM seperti sambung nyawa,pecah kaca, belalai gajah, ulam raja, tebengau, Tenggek burung, beluntas, rerama, ginseng jawa, melada pahit, misai kucing dan sebagainya dijual dengan harga RM1.00-RM5.00.
Antara Pokok BUAH:
Jambu bertih (RM5.00)
Durian belanda +-2kaki(RM4.00)
Bidara Epal 2kaki (RM15)
Limau kasturi (RM4)
Mangga chokanan (RM8)
Durian (RM10-RM25)
Longan (RM15-RM25)
Dan sebagainya.
*PADA SEMUA INDIVIDU, PENIAGA ONLINE, NURSERI & SESIAPA SAHAJA, JOM PAKAT-PAKAT MAI…SAPA CEPAT DIA DAPAT*
* Lemang Asli Dkaduk akan dibakar & dijual pada harga RM5-RM8
* 3 Cabutan bertuah untuk pembeli bertuah. Hadiah pokok Musang King, Duri Hitam, Monthong.
Lokasi kami: Jln Abim, Kpg Sg Ramal Dlm-Seksyen 8 Bangi, Selangor..(search google utk lokasi: D’kaduk Herbs & Floral)
Sebarang maklumat lanjut hubungi:
AZIZI 012 2440099
REZA 017 3090586
FB: Dkaduk Herbs Floral
Email : dkadukherbsfloral@gmail.com
#hijaubumituhan