Klasifikasi
Nama Tempatan : Pokok Kucing Galak
Nama Saintifik : Acalypha Indica
Nama Lain : Ceka Emas, Si Shang Be (China)
Famili : Euphorbiaceae
Asal : India dan di negara-negara sebelah sini.
Khasiat Pokok Kucing Galak
Dalam usaha mengumpul info khazanah herba di Malaysia, kami susun dan senaraikan pelbagai herba dan ulam yang terdapat di Malaysia. Moga ianya menjadi manafaat untuk semua. Amalan memakan ulam-ulaman segar oleh masyarakat kampung, menjadikan mereka hidup sihat sepanjang hayat. Moga ilmu dan khazanah ini tidak hilang di telan zaman.
Artikel kali ini membincangkan tentang Khasiat Pokok Kucing Galak yang mana mempunyai pelbagai nama dan khasiat seperti Acalypha Indica, kuatkan tenaga batin, menambahkan kekuatan badan, merawat ulser mulut, Penyakit Kulit, Pokok Kucing Galak.
Pengenalan
Pokok Kucing Galak atau nama saintifiknya ‘Acalypha Indica‘ yang tumbuh liar ini berasal dari India dan di negara-negara sebelah sini. Pokok ini adalah dari jenis berbatang lembut dan berdaun dan berbuah hijau.
Ia menjadi salah satu kegemaran kucing memakannya untuk menambah tenaga terutama kucing jantan yang mampu melayan berapa banyak kucing betina. Kucing betina pula memakan daun dan buahnya terutama selepas melahirkan bagi mengembalikan kekuatannya.
Keseluruhan pokok kucnig galak bermula dari daun, buah dan akarnya amat berguna dalam perubatan Homeopathy yang boleh digunakan bagi merawat asma, batuk dan bronkaitis. Jika diamalkan memakan pucuknya, ia dikatakan boleh menambah ‘tenaga’.
Khasiat
Menurut Dr. Mohd Said Saad (Ketua Pusat Sumber Genetik Tumbuhan, Institut Biosains UPM), khasiat pokok kucing galak ini terletak pada bahagian akar dan daun.
Anda boleh menggunakan salah satu daripadanya untuk mengubati penyakit kulit, merawat ulser mulut, kuatkan tenaga batin dan menambahkan kekuatan badan. Secara umumnya, anda ikutilah langkah berikut;
1. Ambil bahagian akar atau daun pokok kucing galak (pilih salah satu aje).
2. Bersihkannya terlebih dulu.
3. Rebuskan akar atau daun tadi sampai ia mendidih.
4. Setelah mendidih, biarkan air rebusan itu suam.
Kemudian, anda teruskan dengan langkah berikut mengikut tujuan yang dikehendaki:
Penyakit Sengal Sendi @ reumatisme
Ambil akarnya dan rebus bersama halia bara (Zingiber officinale var.) dan puding emas. Anda tapis dan minumlah air rebusan akar.
Ulser Mulut
Gunakan air rebusan tersebut untuk berkumur. Anda berkumur-kumurlah dengan air rebusan itu sebanyak 2 kali sehari. Iaitu pada waktu pagi dan sebelum masuk tidur. Amalkan sehingga anda sembuh.
Penyakit Kulit
Basuh kawasan tubuh badan anda yang mengalami penyakit kulit. Lakukan petua ini setiap hari dan teruskan sehingga anda benar-benar sembuh.
Menguatkan Tenaga Batin dan Badan Kuat
Anda tapis dan minumlah air rebusan akar atau daun pokok kucing galak tadi. Amalkan meminumnya secara sederhana atau hanya apabila perlu. Sebagai contoh, minumlah segelas sebelum anda melakukan kerja berat dan tujuan lain yang seumpama dengannya.
Di Afrika Timur sap daun tersebut digunakan sebagai ubat titis mata untuk merawat jangkitan mata. Di Namibia daun tanah di dalam air yang digunakan untuk tujuan ini. Serbuk daun digunakan untuk luka ulat dipenuhi. Dalam Comoros merebus daun digunakan sebagai krim urut untuk merawat sakit sendi. Di Seychelles dan Réunion infusi atau merebus akar diambil untuk merawat asma, dan juga untuk membersihkan hati dan buah pinggang. Dalam Seychelles merebus akar juga diambil untuk merawat cacing usus dan sakit perut. A infusi daun bersama-sama dengan infusi ubi daripada fragrans Jumellea (Thouars) Schltr. dan manis dengan madu diambil untuk merawat bronkitis. Daun yg menyebabkan muntah dan infusi bersama-sama dengan akar Tylophora indica (Burm.f.) Merr. telah diambil dalam Réunion dalam kes keracunan. A infusi daun juga diambil sebagai pencahar yang.
Di Madagascar bahagian udara dihancurkan digunakan untuk parasit kulit dan rendaman di diambil sebagai pencahar dan vermifuge. Di Mauritius jus daun dihancurkan dicampur dengan garam atau merebus daripada bahagian udara digunakan untuk kudis dan masalah kulit yang lain. A tuam dibuat daripada keseluruhan tumbuhan digunakan untuk merawat sakit kepala. Sap daun diambil sebagai yg menyebabkan muntah dan merebus akar sebagai julap. Acalypha indica sebelum ini disenaraikan dalam farmakope British. Ia mempunyai banyak kegunaan perubatan di India dan disenaraikan dalam farmakope India sebagai ekspektoran untuk merawat asma dan radang paru-paru.
Di utara-timur Afrika Acalypha indica adalah dilayari oleh biri-biri dan kambing. Di India dan Indonesia tumbuhan ditanam untuk pucuk dan daun yang boleh dimakan, yang dimasak sebagai sayur.