Khasiat Pokok Kaduk

Info dan Khasiat Pokok Kaduk

Pengenalan Nama Lain: (Inggeris) Tiada nama rasmi dalam bahasa Inggeris untuk pokok ini, namun ia sering dipanggil sebagai wild betel leaf, wild pepper leaf. (Thailand) cha plu (ช้าพลู), (Laos) phaki leu tatau pakee lerd (ຜັກອີ່ເລີດ), (Melayu) pokok kadok, Karuk, Sirih Tanah, Kado-kado. (Vietnam) Piper lolot – bolálốt, (Cina)Jiaju., xi ye qing wei teng, qingju, (Indonesia) Bakik,

Khasiat Pokok Kaduk

Dalam usaha mengumpul info khazanah herba di Malaysia, kami susun dan senaraikan pelbagai herba dan ulam yang terdapat di Malaysia. Moga ianya menjadi manafaat untuk semua. Amalan memakan ulam-ulaman segar oleh masyarakat kampung, menjadikan mereka hidup sihat sepanjang hayat. Moga ilmu dan khazanah ini tidak hilang di telan zaman.

Artikel kali ini membincangkan tentang Khasiat Pokok Kaduk yang mana mempunyai pelbagai nama dan khasiat seperti , , , , , , , , .

Pengenalan

Nama Lain: (Inggeris) Tiada nama rasmi dalam bahasa Inggeris untuk pokok ini, namun ia sering dipanggil sebagai wild betel leaf, wild pepper leaf. (Thailand) cha plu (ช้าพลู), (Laos) phaki leu tatau pakee lerd (ຜັກອີ່ເລີດ), (Melayu) pokok kadok, Karuk, Sirih Tanah, Kado-kado. (Vietnam) Piper lolot – bolálốt, (Cina)Jiaju., xi ye qing wei teng, qingju, (Indonesia) Bakik, kado-kado, sirih tanah, sirih duduk, akar bugu, mengkadak.

Bahagian Kegunaan Tumbuhan: Batang, Kulit, Daun, biji

Negara Asal: Malaysia, Borneo & Indonesia

PENERANGAN

Pokok Kaduk atau nama saintifiknya Piper sarmentosum roxb berasal dari keluarga Piperaceae merupakan tumbuhan yang banyak terdapat di ASIA. Pokok Kaduk adalah tumbuhan herba tumbuh melintang di daratan (terrestrial), tidak berbulu (glabrous) memiliki cabang-cabang panjang yang menjalar (procumbent) berukuran ketinggian 0.3-0.8 m. Keseluruhan bahagian Pokok kaduk muda mempunyai debu-debu halus apabila muda, berjantina berasingan (dioecious). Daun nya biasa, berselang-seli, lembut dan bentuk jantung (cordate). Ukuran daun kira-kira 5 hingga 10 cm lebar dan 7-15 cm panjang.

Daunnya berwarna hijau dan bentuknya menyerupai seakan-akan daun Sirih tetapi berbeza dengan pokok sirih, Daun bahagian rendah kebiasanya berbentuk bujur telur (ovate), bahagian atas daun agak melonjung bujur atau ovate-oblong, di bahagian pangkal berbentuk membujur hampir lunjung (ovate–cordate). Warna daun hijau gelap dengan batang halus (petiol) berukuran 2.5-5 cm panjang

Pokok kaduk mudah dibezakan melalui cabang ranting buah yang merentasi tanah tanpa akar (procumbent) yang besar, gempal, berbuah manis bila matang. Buah berry-nya berbentuk bujur (obovoid), 1.5 cm x 1 cm dan rasanya manis. Rasa manis dari buah ini sama seperti dengan buah masak berduri Elaeocarpus (Elaeocarpus serrate) . Rasa daun kaduk lebih lembut di banding daun sirih walaupun bau nya masih sedikit tajam.Pokok kaduk lazimnya dijadikan sebagai tanaman hiasan di halaman rumah oleh kebanyakan daripada masyarakat kita, dan mungkin tidak ramai di antara kita yang sedar bahawa pokok kaduk, berfungsi bukan sekadar hiasan semata-mata, ia lebih dari itu.

daun kadok

PENGGUNAAN DALAM PERUBATAN TRADISIONAL

Daun kaduk diguna dalam ubat-ubatan tradisional di Asia. Analisa kimia menunjukkan daun kaduk mengandungi anti-oksida naringenin. Amides dari buah pokok kaduk didapati mempunyai aktiviti anti-tuberculosis dan anti-plasmodial.

Daun kaduk diguna dengan cara meminum jus nya, untuk melegakan gejala malaria dan berkesan untuk merawat demam, batuk, asma, selsema, reumatisme, Keradangan pleura (lapisan paru-paru, apabila pleura parietal terlibat, terasa sakit didada berhubung dgn selaput dada (pleurosy) dan sakit tulang belakang (lumbago).Keseluruhan tumbuhan boleh digunakan untuk merawat demam, membantu penghadaman dan untuk melegakan kesakitan otot.

Akar & daun kaduk adalah ubat berkesan untuk batuk, asma, Keradangan pleura, lapisan paru-paru dan kulat pada kulit jari kaki (fungoid dermatitis). Ia dikunyah untuk menghentikan kesakitan gigi. Suku Karen di Thailand mengambil daun kaduk sebagai makanan sumber kandungan terbaik tempatan untuk beta karotena dan vitamin C.

Daun nya juga digunakan sebagai tonik pencernaan, karminatif, ekspektoran, ejen anti-hyperglycemic dan ejen anti-malaria. Air rebusan dari keseluruhan tumbuhan juga digunakan secara tradisional untuk merawat pesakit kencing manis.

 

7  Khasiat Daun Kaduk:

Selain pucuknya yang sering dibuat ulam dan daunnya sebagai penyedap masakan lemak, khasiat lain yang boleh dimanafaatkan terhadapnya adalah merawat;

  • sembelit
  • sakit gigi
  • demam malaria
  • lemah dan sakit dalam tulang

Selain daripada 4 penyakit di atas, masalah cacing dalam perut, batuk dan panau turut boleh dirawat. Hanya caranya berbeza.

1. Melawaskan kencing – Rebus daun kaduk bersama akarnya dan diminum.

2. Merawat demam Malaria- rebus daun kaduk dan diminum air rebusannya.

3. Melegakan selsema, sakit pinggang, sakit gigi dan sengal tulang, sembelit- minum air rebusan daun kaduk dan akarnya.

Langkah-langkah merawat ketiga-tiga diatas:

  1. Ambil satu dahan pokok kaduk termasuk akarnya.
  2. Bersihkan keseluruhan pokok tersebut.
  3. Rebus kesemua sehingga mendidih.
  4. Biarkan air rebusan tadi menjadi suam.
  5. Air rebusan diminum perlahan-lahan.

4. Cacing Dalam Perut-Mandi dengan air ramasan daun kaduk.

  1. Ambil beberapa helai daun kaduk segar.
  2. Ramas-ramaskan daun tersebut.
  3. Kemudian, campurkan kesemua daun ramasan kedalam sebaldi air.

Akhir sekali, siramkan air tersebut keseluruh badan.

5. Melegakan batuk-Sapu bahagian leher dengan daun yang dikisar halus bersama sedikit air.

  1. Ambil beberapa helai daun kaduk dan bersihkannya.
  2. Kisar daun hingga halus dengan mencampur sedikit air.
  3. Akhir sekali, sapukan pada bahagian leher.

6. Panau- Sapu bahagian yang ditumbuhi panau dengan daun kaduk yang ditumbuk lumat.

  1. Ambil beberapa helai daun kaduk.
  2. Tumbuk sampai lumat.
  3. Kemudian, sapukan pada kawasan tubuh badan yang berpanau.

7. Sebagai bahan dalam masakan, ulam, kerabu, urap, masak gulai ikan darat dan sebagainya.

daun kadok 2

Cara Penanaman

kawasan yang mempunyai tanah lembab serta mempunyai naungan sesuai untuk menanam pokok kadok.Kaedah pembiakan adalah melalui keratan rentas pokok kadok yang telah matang. Potong 15-20 cm batang pokok kadok(pastikan mempunyai 3-4 mata tunas) dan tanam dikawasan keliling rumah atau dalam bekas yang sesuai.Pokok perlulah disiram pada peringkat awal penanaman. Pembajaan mengunakan baja organik adalah digalakan dan baja foliar yang mengandungi NPK boleh digunakan. Pokok kadok tidak menpunyai serangan penyakit dan perosak yang serius.

Tanaman ini boleh dijadikan sebagai  tanaman hiasan kawasan rumah bersama pokok ornamental lain. Buang rumpai yang terdapat pada kawasan tanaman secara manual. Elakkan penggunaan racun rumpai,racun serangga,dan racun kulat pada tanaman.

Tanaman kadok mudah dan cepat menbesar jika dijaga dengan rapi. Daun kadok boleh dipetik  apabila berukuran tapak tangan atau saiz yang sesuai mengikut keadaan pokok. Daun kadok yang terdapat dibahagian tengah lebih rangup untik digunakan dan daun yang lebih bawah menpumyai rasa yang lebih pedas dan lebih pahit.

 

daun kaduk1

1 Comment

  1. Pingback: Rempah Ratus – Petua & Tips

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *