Khasiat Pokok Ulam Raja

Klasifikasi

Nama : Ulam Raja
Nama Saintifik : Cosmos Caudatus
Nama Lain : King Salad, Intan Berayun
Famili  :  Asteraceae


Khasiat Pokok Ulam Raja

Dalam usaha mengumpul info khazanah herba di Malaysia, kami susun dan senaraikan pelbagai herba dan ulam yang terdapat di Malaysia. Moga ianya menjadi manafaat untuk semua. Amalan memakan ulam-ulaman segar oleh masyarakat kampung, menjadikan mereka hidup sihat sepanjang hayat. Moga ilmu dan khazanah ini tidak hilang di telan zaman.

Artikel kali ini membincangkan tentang Khasiat Pokok Ulam Raja yang mana mempunyai pelbagai nama dan khasiat seperti , , , , , .

Pengenalan

Ulam Raja (king salad) sebenarnya adalah tergolong dalam jenis cosmos yang biasa ditanam sebagai pokok hiasan kerana bunganya yang cantik dan berwarna warni. Namun yang selalu dijadikan ulam selalunya mempunyai bunga yag kecil dan berwarna agak pucat(merah jambu pucat) atau putih.Ia juga dikenali sebagai bokok intan berayun. biasanya ia boleh tumbuh hingga mencapai 2 meter tingginya dan ketinggian yang paling sesuai untuk pertumbuhannya ialah pada 200 meter dari aras laut.. Ia membiak melalui biji benih yang dihasilkan selepas bunganya matang.Tumbuhan ini berasal dari Amerika latin tetapi boleh didapati tumbuh secara liar disemua negara asean. ia mengandungi 0.3 peratus protein, 0.4 peratus lemak dan karbohidrat, ia juga kaya dengan laksium dan vitamin A.

khasiat-ulam-raja

 

Pokok Ulam Raja (nama lain: Pokok kenikir) merupakan tumbuhan tropika yang berasal dari Amerika Latin, tetapi tumbuh meliar dan mudah didapati di Florida, Amerika Syarikat, serta di Malaysia dan negara-negara ASEAN. Ulam Raja adalah sejenis spesis bunga intan berayun yang berwarna unggu atau kuning dan berbunga kecil. Manakala pokok bunga yang berwarna kuning jarang digunakannya sebagai ulam, yang berwarna unggu merupakan sayuran ulam yang amat popular dimakan mentah bersama nasi atau di cicah dengan budu, sambal belacan atau tempoyak serta cincalok.

Herba ini adalah herba semusim mencapai ketinggian hampir satu meter. Batangnya berwarna hijau tua dan keunguan sedikit. Kebiasaannya herba ini bercabang banyak di bahagian atas.

Daunnya bergaris bentuk ovat atau segi tiga dengan anak daunnya yang runcing, kesat dan berwarna hijau tua. Bunganya bertangkai panjang, berwarna kuning keunguan. Daun herba ini mengeluarkan bau apabila diramas.

KANDUNGAN KIMIA

Berdasarkan kajian tempatan, Ia mengandungi 0.3 peratus protein, 0.4 peratus lemak dan karbohidrat, ia juga kaya dengan Laksium dan vitamin A. Ulamnya mempunyai keupayaan antioksida (AEAC) yang amat tinggi, iaitu setiap 100 gram ulam yang segar mempunyai keupayaan antioksida yang sama dengan 2,400 miligram L-asid askorbik. Melebihi dua puluh jenis bahan antioksida telah dikenal pasti dalam ulam raja. Bahan-bahan antioksida yang utama disebabkan oleh kehadiran sebilangan proantosianidin yang wujud sebagai dimer, melalui heksamer, kuersetin glikosida, asid klorogenik, asid neoklorogenik, asid kripto-klorogenik, serta penangkap (+)-.

KHASIAT

Ulam raja digunakan dalam perubatan tradisional kerana khasiatnya yang dikatakan dapat mencuci darah dari bahan toksid dan juga dapat menguatkan tulang. klorofom yang diekstrak dari daun ulam raja mengandungi costunolide, stigmasterol, lutein dan bipyridine yang dikatakan dapat merencatkan aktiviti sesetengah bakteria dan fungus seperti candida albicans dan Bacillus subtilis dan juga E.choli. Ulam Raja ini sangat senang ditanam dan boleh tumbuh dihalaman rumah atau didalam pasu bunga.. Kaedah penjagaan yang mudah dengan siraman air dua kali sehari akan menjadikan pokok ulam raja mudah membiak dan membesar dengan cepat. Ianya boleh dijadikan sumber sayuran atau ulaman seharian. Sangat sesuai ditanam didalam pasu sekiranya anda tinggal dirumah bertingkat seperti flat atau apartment.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA ulam raja dan budu

Ulamnya yang digelarkan “ulam raja” telah digunakan secara tradisi untuk memperbaiki peredaran darah dan mencuci darah, serta untuk menguatkan tulang. Ulamnya mempunyai keupayaan antioksida (AEAC) yang amat tinggi, iaitu setiap 100 gram ulam yang segar mempunyai keupayaan antioksida yang sama dengan 2,400 miligram L-asid askorbik. Melebihi dua puluh jenis bahan antioksida telah dikenal pasti dalam ulam raja. Bahan-bahan antioksida yang utama disebabkan oleh kehadiran sebilangan proantosianidin yang wujud sebagai dimer, melalui heksamer, kuersetin glikosida, asid klorogenik, asid neoklorogenik, asid kripto-klorogenik, serta penangkap (+)-. Keupayaan ulam raja untuk mengurangkan tekanan oksidatif mungkin sebahagiannya terdiri daripada kandungan antioksidanya yang tinggi.

Orang Melayu daripada dahulu telahpun mengetahui khasiat dan telah menafaatkan pelbagai jenis tumbuhan yang tumbuh merata sebagai makanan harian atau sebagai ubatan. Pada masa kini, pengetahuan yang memakan masa bergenerasi untuk dikumpulkan kini terancam untuk pupus begitu sahaja. Oleh itu, marilah bersama-sama menghargai setiap tumbuhan yang terdapat disekitar serta berganding bahu untuk memelihara, memulihkannya dan merakamkan kegunaannya. Semoga apa yang kita ada akan terus berkekalan untuk tinggalan generasi yang akan datang agar mereka juga merasai nikmat yang masih kita rasai pada masa kini.

khasiat-ulam-raja

1 Comment

  1. nurul dalila dania Reply

    brape lame masa yang diperlukan untuk dia bercambah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *