Ubat Periuk

Air rebusan herba bagi ibu lepas bersalin. spesis herba direbus dan airnya diminum setiap pagi untuk tujuan mengecutkan saluran peranakan, melambatkan proses persenyawaan dan memulihkan kekuatan badan.

Spesis yang paling lazim digunakan untuk ubat periuk :

  1. Bunga Pakna
  2. Akar Mengkunyit
  3. Medang teja
  4. pulut-pulut
  5. akar Senduduk
  6. Akar gajah beranak
  7. tunjuk langit
  8. Kacit Fatimah
  9. Akar lemuni
  10. Tapak Sulaiman
  11. Cekur

Terdapat juga wanita yang menggunakan buah manjakani untuk mengecutkan semula lubang faraj agar berkeadaan seperti anak dara semula. Buah Manjakani direbus, buahnya dimakan ( 1 biji sehari) manakala air rebusan digunakan untuk membasuh faraj.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *