MORINGA OLIEFERA

MORINGA OLIEFERA
Moringa telah mempunyai sejarah yang lama dalam bidang perubatan. Ayurveda,Orang India telah mengguna Moringa sebagai sumber herba untuk menyembuh selsema, bisul, demam, sakit sendi dan gaut.

Doktor di Afrika Barat mengguna Moringa Untuk merawat penyakit Diebetes.

Ia juga mengandungi kompaun Beta Sitosterol yang berpotensi untuk menurunkan tekanan darah badan. Oleh sebab ini, ia selalu dikenali sebagai Agen penurunan tekanan darah tinggi di India.

Moringa juga diguna untuk rawatan barah, dan memulihkan ketegangan emosi , kerisauan dan kekhuatiran.

Benih dan akarnya mengandungi sumber antibiotik semulajadi yang sesuai untuk rawatan jangkitan kulit.

Benih ini dikenalik mengandungi unsur anti-inflamasi, antispasmotik (Ledakan emosi yang tiba-tiba) dan unsur diuretik (Menggiatkan pembuangan air kencing). Sifat ini membolehkan ia membersihkan darah dan mengeluarkan toksik dan racun metabolisma dengan lebih berkesan.

Bunga Moringa yang berwarna putih bila dikeringkan, boleh dijadikan teh dan berkesan untuk penyakit selesema.

Akarnya juga boleh dihancurkan dan dijadikan rempah kari.

Benih yang dihancurkan mempunyai kesan tapisan bakteria. Ini menjadikan Moringa sebagai agen rawatan air domestik di kawasan tropika untuk membekalkan air yang bersih kepada penduduk setempat.

Kajian mendapati kesan pembasmian kuman dengan serbuk Moringa jauh lebih berkesan berbanding dengan alum, klorin yang bersifat racun. Air berlumpur boleh dijernihkan bila serbuk Moringa ditambah .
Bahan pejal dan bakteria akan berkumpul dan bergumpal di dasar, kemudian boleh dibuang dengan menapis atau dituangkan.

Sila rujuk laman web:http://www.letsliveonline.com/index.php?p=9&a=2911

Moringa : Agen Antobiotik SemulajadiM. oleifera telah manakjubkan dunia perubatan kerana ia menghasilkan kompaun antibiotik yang dikenali sebagai glucosinolate 4 alpha-L-rhamnosyloxy benzyl isothiocyanate bertindak sebagai agen imun badan mansia.
Sila rujuk:http://www.mobot.org/gradstudents/olson/oleifera.html

Bercakap secara Saintifik, Moringa adalah suatu keajabian

Ia menguatkan tulang yang lemah, memperkayakan sel darah merah anemia dan membolehkan seorang ibu yang hidup kebuluran untuk membesarkan anak yang sedang kelaparan.

Bandingan gram dengan gram, Moringa mempunyai empat kali kalsium dalam susu,tujuh kali Vitamin C dalam Oren dan tiga kali potasium dalam pisang.

Sedikit serbuk Mornga boleh membuatkan air kotor sesuai untuk diminum.

Doktor menggunanya untuk mengubati diebetis di Afrika Barat dan tekanan darah tinggi di India.

Bukan sahaja ia menjadikan kulit licin dan sihat, tetapi juga menjadi baja dan bahan api untuk penduduk luar bandar.

Moringa juga mempunyai kandungan besi tiga kali dalam Bayam dan khasiat kesihatan yang lebih tinggi dari Minyak Olive.

Kedua-dua Moringa dan Lobak merah mempunyai kandungan serabut dan gentian yang sama tinggi, tetapi Moringa mempunyai empat kali khasiat Beta Caroten (Sumber asas Vitamin A yang tidak bersifat racun dan boleh disimpan dalam hati).

Beta Carotene sangat sesuai untuk kesihatan mata dan diguna untuk mencegah kanser.
Sila rujuk:http://www.malunggay.com/therapeutics.htm

Moringa telah dikenali sejak zaman berabad sebagai sumber khasiat semulajadi yang dapat mencergaskan tenaga.

Kaya dengan zat pemakanan asas, vitamin dan Asid Amino , ia melengkapkan keperluan badan anda dengan kesemua mikro-khasiat khasnya dalam menghadapi kesibukan hidup yang aktif.

Bila lilin semakin bertambah di atas kek harijadi, anda akan dapati badan anda semakin lembap dan tidak secergas usia lapan belas tahun dahulu.Moringa memberi anda tenaga yang telah lesap.

Yang menakjubkan, ia juga melegakan sistem saraf dan menenangkan fikiran anda emosi anda.

Ia menurunkan tekanan darah dan membolehkan anda tidur dengan lebih lena pada waktu malam.Soalnya, bagaimana ia membekalkan sumebr tenaga untuk badan dan pada masa yang sama membolehkan anda berehat dengan baik waktu malam?
Jawapannya, Moringa telah didokumen sebagai agen penyahtoksik.

Universiti seluruh dunia telah membuat kajian terhadap Moringa kerana ia dapat menjernihkan air, menggumpalkan bahan racun dan bakteria dalam air dan ini membolehkan kotoran dibuang dari air dengan mudah. Bukti yang sama juga berlaku dalam badan, ia menghasilkan tenaga yang berterusan tanpa kesan hiperaktif, ia membolehkan sistem sarad berehat dan mengelakkan tekanan darah yang tinggi, ia juga membolehkan kelenjar hormon berfungsi secara normal dan mencapai keseimbangan.

Kesan kesihatan yang telah dikenali oleh pengguna Moringa ialah : menguatkan sistem imun badan, mengembalikan kesihatan kulit, mengawal tekanan darah badan, menangani sakit kepada dan migran. Mengurus paras gula dalan penyakit diebetis, mengurangkan kesakitan penyakit artritis dan inflamasi, merencatkan tumbesaran tumur dan menyembuhkan ulcer dan bisul.Badan yang tidak dikecam penyakit atau kerosakan dalaman akan dapat mengguna khasiat Moringa dengan lebih sempurna untuk tujuan sel kulit badan yang sihat, tulang dan otot yang kuat dan pengawalan hormon badan untuk membolehkan badan anda dalam keseimbangan.
Moringa adalah satu-satunya tumbuhan yang mempunyai khasiat lengkap manusia. ia juga dipanggil Perfect Tree.http://www.malunggay.com/description.htm

Moringa – Tumbuhan bebas racun dan toksik
Suatu keistimewaan Moringa ialah sifat bebas toksik . Khasiatnya senang dihadam dan senang diserap oleh badan. Ia juga mempunyai berbagai kesan terhadap kesihatan secara amnya.

Kajian terkini tentang keselamatan mengguna Moringa telah dijalankan di Nogutchi Memorial Medical Research Centre in Ghana urusniaga untuk menentukan tahap elemen toksik dalam serbuk daun Moringa.

Dalam kajian ini, tikus dan arnab telah dibekalkan makanan daun Moringa pada tahap 15 kali lebih dari tahap keperluan harian seorang manusia. (i.e., sejajar dengan keperluan serbuk daun harian seorang budak yang berjumlah 375g). Jelasnya, tidak ada sebarang kesan sampingan biarpun konsentrasi Moringa yang tinggi telah dibekalkan dalam ujian tersebut.
http://www.unesco.org/most/bpik10-2.htm

Pokok Moringa telah dinobatkan pada tahn 2004, sebagai pokok pertama di dunia yang diberi Noberl Prize. Prof Wangari Maatai dari Afrika telah mengetuai Projek Rantai Hijau di Kongo dan menanam lebih dari 30 juta pokok Moringa Untuk menyelamatkan masalah kebuluran. Sumbangan ini telah menakjubkan seluruh dunia.

Berikutan itu, Persidangan Moringa Sedunia telah diadakan secara tahunan.
Suatu persidangan antarabangsa telah dikendalikan untuk mengusulkan isu dan pembentangan Saintifik dunia pada 2 November 2001 bertempat di Dares Salaam, Tanzania.

Persidangan ini telah mengumpulkan seramai 100 orang dari 27 buah negara, meliputi penyelidik, pekerja sosial, pekerja kesihatan dan wakil perindustrian dan NGO.]

Persidangan ini telah ditaja oleh CWS, Pusat Teknikal Pertanian dan Koperasi Pertanian (Technical Centre for Agricultural and Rural Cooperation (CTA), dan diselia oleh Pusat pembangunan Perindustrian. Centre for Industrial Development (CID)

Sila rujuk:
http://www.unesco.org/most/bpik10-2.htm

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *