Nama Tempatan: | Serai Wangi |
Nama Saintifik: | Cymbopogon nardus @ citronella |
Nama Lain: | |
Famili: | Poaceae |
Asal: | Sri Langka |
Khasiat Serai Wangi
Dalam usaha mengumpul info khazanah herba di Malaysia, kami susun dan senaraikan pelbagai herba dan ulam yang terdapat di Malaysia. Moga ianya menjadi manafaat untuk semua. Amalan memakan ulam-ulaman segar oleh masyarakat kampung, menjadikan mereka hidup sihat sepanjang hayat. Moga ilmu dan khazanah ini tidak hilang di telan zaman.
Artikel kali ini membincangkan tentang Khasiat Serai Wangi yang mana mempunyai pelbagai nama dan khasiat seperti Cymbopogon nardus, Mandian ibu lepas bersalin, Melancarkan Darah, Melegakan sakit kepala, mengeluarkan angin, sakit perut, Serai wangi.
PENGENALAN
Cymbopogon Nardus merupakan tumbuhan yang berasal dari Sri Langka dan digunakan untuk menghasilkan sabun serta bahan cuci yang lain. Sabun ini dihasilkan daripada minyak Citronella yang terhasil melalui satu proses penyulingan ke atas tumbuhan tersebut.
Khasiat Serai Wangi
1) membantu mengubati masalah sakit perut dan memecahkan gumpalan angin serta melepaskan angin melalui dubur (kentut) dan mulut (sendawa).dapat membantu mengimbangkan kestabilan hormon.
2) Campuran pada rempah ratus dijadikan pes bagi merawat bengkak–bengkak sendi dan otot.air rebusan daun serai (lebih baik jika dicampurkan dengan daun sirih dan gandarusa) digunakan bagi mandian ibu dalam pantang selepas bersalin dan untuk penyakit lemah otot dan sendi.
3)menambahkan aroma hidangan serta membantu meringankan keadaan keracunan makanan.campuran dengan rempah ratus mempunyai khasiat bagi merawat kesihatan sistem dalaman badan.Membantu melawaskan dan melancarkan pembuangan air kecil.
4)daun serai yang dibalut dengan besi atau batu panas digunakan untuk tuaman yang bertungku pada kawasan urat saraf yang lemah,penyakit bisa otot-otot,sendi,mengecutkan rahim yang bengkak,memecahkan lendir,darah dan angin.
3)daun serai dan jintan hitam digiling menjadi pes dan ditampal di dahi untuk untuk melegakan sakit kepala seperti angin meroyan dalam pantang bersalin.
4)Membantu melegakan sendi dan saraf yang tegang sewaktu bersalin
5)Membantu melancarkan peredaran darah
6)Membantu mengurangkan rasa stress dengan bau-bau haruman pati daun yang di rebus.
7)Membantu mengurangkan angin di seluruh badan.
Serai wangi ini dibiak dengan menggunakan anak berakar. Anak-anak serai perlu diambil daripada rumpun yang telah tua, berumur 8 – 9 bulan. Di dalam sesuatu rumpun, hanya anak-anak yang cergas iaitu sihat dan besar digunakan sebagai bahan tanaman. Daun-daun dipotong meninggalkan batang setinggi 15-20 cm bersama dengan akar.
Tanah hendaklah disediakan lebih awal supaya kerja menanam boleh dilakukan semasa permulaan musim hujan. Satu pusingan bajak piring diikuti oleh satu pusingan bajak putar biasanya mencukupi untuk mendapatkan tanah yang gembur. Sekiranya kawasan terlalu banyak rumpai, racun rumpai perlu disembur 2-3 minggu sebelum pembajakan.Penanaman:2-3 batang serai wangi ditanam bagi setiap lubang tanaman. Jarak tanaman dan kepadatan tanam bergantung kepada kesuburan tanah. Untuk tanah yang kurang subur, jarak tanaman yang rapat digunakan dan sebaliknya bagi tanah yang subur. Julat jarak antara baris ialah antara 0.6 m hingga 1.0 m manakala jarak antara lubang dalam sesuatu baris ialah antara 0.3 m hingga 1.0 m. Kepadatan 20,000 rumpun sehektar adalah sesuai untuk diamalkan dikebanyakan jenis tanah.
very informative site. I like the way it being explained and provided with valid reference. Layout and photo make it more interesting and easy to understand. Thank you. keep it up and create more.