KHASIAT POKOK RUKU-RUKU

Nama Vernakular : Ruku-ruku, Selasih Hitam
Nama Botani : Ocimum Tenuiflorum L
Famili : Labiatae ( Lamiaceae )

Pokok tulsi ni atau di negara kita lebih dikenali sebagai pokok ruku-ruku, tersangat popular di kalangan masyarakat  India, khususnya masyarakat luar bandar.

Pokoknya taklah tinggi sangat. Jenis pokok renek. Banyak tumbuh di tepi2 jalan dan juga di tempat terbuka yang terdedah kepada cahaya matahari. Daun pokok ni sering digunakan sebagai ubat melega batuk di kalangan kanak2.

Antara khasiat kegunaan

Namun sruku-2ebenarnya pokok ruku atau tulsa ni dipercayai mempunyai sekurang2nya 15 kegunaan:

  1. Daunnya dipercayai mempunyai khasiat sebagai tonik saraf, dan membantu  menguatkan memori.
  2. Membantu mengeluarkan lendir2 atau hingus  atau gelema dari bahagian salur pernafasan
  3. Daunnya membantu menguatkan dinding perut dan membantu mencetuskan peluh.
  4. Pucuk ruku2 yang muda boleh di rebus bersama daun teh , diminum air , boleh bertindak mengawal demam.
  5. Jus daun ruku2 juga  boleh membantu suhu badan kanak-kanak yang demam
  6. Mengawal batuk di kalangan kanak2. Daunnya, jika dikunyak boleh melegakan selsema
  7. Jika sakit kerongkong, minum air rebusan daun ruku2. Air ni juga boleh digunakan untuk kumur.
  8. Rebus daun ruku2 bersama2 bunga cengkeh, garam ddalaOcimum_tenuiflorum_Tulasi_foliage_02m setengah liter air.  Biarkan sehingga tinggal separuh. Meminum air rebusan ini  boleh melegakan selsema
  9. Melegakan batu karang! Sekiranya kita mengamalkan meminum jus atau perahan daun ruku2 dengan madu lebah secara berterusan selama 6 bulan, ia boleh membantu mengeluarkan batu karang melalui saluran kencing.
  10. Mengambil daun ruku2 secara berkala dapat membantu menurunkan kadar kolesterol dalam darah.
  11. Mengunyak sehingga 12 helai daun ruku2 sehari dapat mengurangkan stres. Ia membantu mencuci darah
  12. Ulser atau radang dalam mulut dapat di kurangkan dengan mengunyah beberapa helai daun ruku2  sehingga sembuh.
  13. Daun ni boleh di pupuk untuk menghilangkan gatal sengatan serangga dan juga pacat
  14. Ia juga dapat melegakan kurap serta panau
  15. Boleh digunakan ubat gigi. Daunnya sudang dikeringkan dan dihancurkan boleh digunakan sebagai ubat gigi, membantu mencegah mulut berbau serta pada masa yang sama mengurut gusi.
  16. Sakit kepala – pupuk  pada dahi
  17. Jus ruku2 hitam  boleh membantu sakit mata serta rabun ayam. ( Titik beberapa titik air perahan daun ke dalam mata)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *