Nama Tempatan : Ketam Guri
Nama Botani : Sida rhombifolia sp.
Famili : Malvaceae
Pokok ketam guri yang tumbuh liar di kawasan terbuka. Perhatikan pokoknya yang seakan dicantas. Pokok ini menjadi kegemaran lembu yang meragut daun, ranting dan bunganya.
>
Pokok ini disemai oleh penulis kerana ingin mengubahnya menjadi pokok bonsai.
Inilah bunga ketam guri yang sering dijadikan motif seni ukiran dan batik. Bunga ketam guri seakan bunga raya kerana mereka adalah dalam famili yang sama
Pokok ketam guri merupakan tumbuhan yang biasa dijumpai tumbuh secara meliar di kawasan padang, tempat yang terbuka dan kawasan terbiar. Pokok ini juga dikenali dengan nama getang guri, segar guri dan jerun jantan. Bagi peminat atau orang yang terlibat dalam bidang seni ukiran dan batik, bunga ketam guri sememangnya cukup sinonim kerana ia adalah antara motif utama ukiran dan lukisan batik. Namun begitu, tidak ramai orang (termasuk mereka yang melibatkan diri dalam seni) yang mengenali pokok dan bunga ini.
Pokok ketam guri dikatakan boleh digunakan untuk merawat masalah diabetis. Ia juga mempunyai sifat anti bakteria dan anti fungus.