Info dan Khasiat Pokok Jarum Mas
PENGENALAN
Rumput Jarum Mas juga dikenali sebagai rempah padang kerana khasiat perubatannya. Ia biasa dijumpai dikawasan padang yang terbuka dan tumbuh dicelah-celah rumput. Ia muadah dikenali melalui bunganya yag berwarna kuning terang yang akan muncul dicelah-celah rumput.Ini menyebabkan ia dipanggil jarum mas. Nama Tempatan: Jarum Mas Nama Saintifik: Striga Asiatica Nama Lain: Rempah padang, witchweed
Khasiat Pokok Jarum Mas
Dalam usaha mengumpul info khazanah herba di Malaysia, kami susun dan senaraikan pelbagai herba dan ulam yang terdapat di Malaysia. Moga ianya menjadi manafaat untuk semua. Amalan memakan ulam-ulaman segar oleh masyarakat kampung, menjadikan mereka hidup sihat sepanjang hayat. Moga ilmu dan khazanah ini tidak hilang di telan zaman.
Artikel kali ini membincangkan tentang Khasiat Pokok Jarum Mas yang mana mempunyai pelbagai nama dan khasiat seperti Melancarkan perjalanan haid, Menguatkan tenaga batin, Rempah padang, Rumput jarum mas, sakit pinggang, sakit urat, Striga Asiatica.
PENGENALAN
Rumput Jarum Mas juga dikenali sebagai rempah padang kerana khasiat perubatannya. Ia biasa dijumpai dikawasan padang yang terbuka dan tumbuh dicelah-celah rumput. Ia muadah dikenali melalui bunganya yag berwarna kuning terang yang akan muncul dicelah-celah rumput.Ini menyebabkan ia dipanggil jarum mas.
Nama Tempatan: Jarum Mas Nama Saintifik: Striga Asiatica Nama Lain: Rempah padang, witchweed Famili: Scrophulariaceae Lokasi dijumpai: Dipadang-padang rumput. Asal: keterangan:
Jarum mas adalah sejenis rumput yang selalu akan tumbuh diantara rumput biasa dipadang-padang rumput dan ditepi-tepi lebuh raya. jenisnya dibezakan oleh warna bunganya yang selalunya berwarna kuning, merah dan ungu. Jenis berbunga kuning ialah jenis yang paling mudah dijumpai di Malaysia.
Khasiat rumput jarum emas/rumput rempah padang
Khasiatnya untuk perubatan telah diketahu turun temurun, menurut satu cerita jarum mas mula digunakan untuk mengembalikan kecergasan seleoas bersalin selepas melihat kucing yang baru melahirkan anak selalunya akan mencari dan mengunyah rumput ini. cara digunakan ialah satu atau dua batang rumput jarum mas yang dikeringkan direbus hingga mendidih dan diminum airnya dua kali sehari. pastikan tidak terlalu banyak tumbuhan ini dimasukkan kedalam rebusan kerana pengmbilan berlebihan boleh menimbulkan kesan sampingan seperti mual dan loya.Selain dari mengembalikan kesihatan rahim dan sistem reproduktif ia juga dapat mengubat penyakit keputihan dan menghilankan sakit urat dan sengal badan dengan penyedianya yang sama.
- Sakit pinggang
- Sakit urat
- Mengecutkan/mengempiskan rahim
- Menguat tenaga batin
- Melamakan waktu Jimak
- Mengemas/menyempitkan lubang faraj,Khususnya bagi perempuan yang sudah bersalin
- Melancarkan perjalanan haid