Khasiat Pokok Hempedu Bumi

Nama Tempatan: Hempedu bumi
Nama Saintifik: Andrographis Paniculata
Nama Lain: Akar cerita, sambilata, nivalembu, king of bitter, maha tita, Hempedu tanah,  pokok cerita (Malaysia), creat, green chireta (Inggeris), kalmegh (India), Kirta (Sanskrit), Chuan xin lian, Yi jian xi, Lan he lian (China), Sambiloto (Indonesia)
Famili: Acanthaceae
Lokasi dijumpai: Malaysia, Thailand, India, Indonesia

Khasiat Pokok Hempedu Bumi

Dalam usaha mengumpul info khazanah herba di Malaysia, kami susun dan senaraikan pelbagai herba dan ulam yang terdapat di Malaysia. Moga ianya menjadi manafaat untuk semua. Amalan memakan ulam-ulaman segar oleh masyarakat kampung, menjadikan mereka hidup sihat sepanjang hayat. Moga ilmu dan khazanah ini tidak hilang di telan zaman.

Artikel kali ini membincangkan tentang Khasiat Pokok Hempedu Bumi yang mana mempunyai pelbagai nama dan khasiat seperti , , , , , , , , , , , , , , , .

Pengenalan khasiat hempedubumi

Pokok Hempedu bumi juga dikenali sebagai pokok akar cerita. Pokok Hempedu bumi banyak dijumpai di India, Thailand dan paling senang di jumpai di tanah gambut. Hempedu bumi merupakan satu tumbuhan herba semusim yang tumbuh menegak. Tingginya boleh mencapai 60-70 cm. Daun Hempedu bumi berwarna hijau pekat, licin dan tersusun secara bersilang. Daun Hempedu bumi juga mempunyai bentuk bujur, runcing di hujung dan nipis di pangkal.

Kandungan Kimia

Andrographolides, Trumethoxyflavone, Panicoline, Paniculides A, B, C.

Khasiat/Kegunaan

Daun hempedu bumi ini boleh dijadikan ubat untuk menurunkan darah tinggi disamping merawat kencing manis. Cara menjadikannya ubat ialah merebus akar tersebut untuk mengambil airnya supaya boleh diminum. Daun ini juga boleh merawat luka dengan cara menumbuk lumat daun tersebut dan letakkannya pada luka tersebut.

Kandungan bahan kimia daun ini membolehkan ia memecahkan molekul- molekul lemak yang ada disekeliling salur darah yang tersumbat yang menyebabkan tekanan darah tinggi meningkat. Air rebusan daun ini yang pahit telah merangsangnya supaya memecahkan molekul lemak. Memang suatu yang tidak boleh dinafikan bahawa rasa pahit, kelat dan masam agar sukar dipisahkan dengan alam perubatan herba tempatan.

Tetapi rasa sebegitu sememangnya tidak begitu menarik minat sebahagian besar masyarakat kita. Mereka lebih gemar kepada rasa manis dan masin. Pengambilan rasa manis dan masin yang berlebihan boleh menyebabkan penyakit tertentu. Tetapi jika diseimbangkan pengambilan perasa-perasa itu adalah baik untuk kesihatan.. Antara herba yang mempunyai rasa pahit adalah pokok hempedu bumi (nama saintifiknya adalah Andrographis Paniculata) ataupun sesetengah orang memanggilnya sebagai akar cerita. Pokok herba ini agak senang dicari kerana ia tumbuh di sekitar rumah, longkang ataupun kawasan semak samun yang terbiar. Mungkin ia tumbuh di kawasan sedemikian, maka sebahagian besar masyarakat hari ini kurang mengetahui khasiatnya yang agak popular bagi tumbuhan ini adalah untuk merawat penyakit darah tinggi dan juga demam.

khasiat hempedubumi 1Malah, tumbuhan ini juga sesuai untuk merawat kesan gigitan serangga. Cara yang paling mudah adalah ambil beberapa helai daunnya dan hancurkan. Sapulah di tempat yang terkena gigitan serangga itu. Tetapi ia lebih popular dalam merawat penyakit darah tinggi dan demam. Cara yang sering diamalkan adalah kita perlu mengambil beberapa helai daunnya dan bersihkan terlebih dahulu. Kemudian rendam daun-daun itu dalam segelas air panas dan biarkan sehingga air panas itu menjadi suam. Selepas itu, minumlah perlahan-lahan. Rasanya agak pahit, khususnya bagi mereka yang pertama kali meminumnya. Tetapi harus ingat, sebagaimana tumbuhan herba yang lain janganlah minum kerap sangat dalam sehari.

 

Berikut antara khasiat Daun Hempedu bumi:

a. Daunnya boleh dijadikan ubat untuk menurunkan darah tinggi dan merawat kencing manis. (Caranya: rebus akar tersebut untuk mengambil airnya supaya boleh diminum).

b. Daunnya boleh merawat luka. (Caranya: tumbuk lumat daun tersebut dan letakkannya pada luka tersebut).

c. Merawat demam. (Caranya: ambil beberapa helai daunnya dan bersihkan terlebih dahulu. Kemudian rendam daun-daun itu dalam segelas air panas dan biarkan sehingga air panas itu menjadi suam).

d. Pokok ini dikatakan mempunyai ciri meningkatkan pertahanan badan melawan penyakit serta mempunyai ciri melawan virus. Dikatakan juga boleh melawan beberapa strain virus HIV.

e. Bahan aktif pada herba ini, andrografolid melindungi hati, pankreas dan sistem pencernaan.

f. Kajian makmal dan klinikal membuktikan bahawa ia berkesan untuk kes kerosakan hati kerana bahan toksik, fungsi hati yang kurang baik dan hepatitis.

g. Andrografis juga terbukti boleh mengelak pengumpulan kolesterol teroksida pada salur darah pada tahap yang lebih berkesan berbanding minyak ikan omega 3.

h. Hempedu bumi memang sesuai dimakan oleh mereka yang mempunyai kolesterol tinkhasiat hempedubumi 3ggi.

i. Andrografolid juga melindungi sel yang mengeluarkan insulin pada pankreas dan memperbaik metabolisma glukos serta retinopati diabetis.

j. Di China herba ini digunakan untuk mengubat sakit tekak dan selsema.

k. Hempedu Bumi mempunyai kuasa mencegah selsema.

l. Andrografis boleh melindungi daripada gastrik dan ulser duodenum.

 

Cara Penanaman:
Bahan tanaman hempedu bumi boleh dibiakkan dengan menggunakan biji benih.
Hempedu bumi boleh ditanam di atas batas dengan jarak tanaman 30 cm antara pokok dalam baris dan 30 cm antara baris.
Pengutipan hasil hendaklah dijalankan pada minggu 8-10 selepas menanam dengan memotong pokok 5 cm dari aras tanah.
Kadar pembajaan yang diperlukan bagi tanah berpasir ialah 10 t/ha najis ayam dan 500 kg/ha baja sebatian NPK=10:10:10.
Hanya 250 kg/ha baja semi-organik diperlukan untuk tanah aluvium. Potensi hasil kering adalah dalam lingkungan 1.0-1.5 t/ha
Kegunaan nya- merawat kencing manis, mengawal tekanan darah tinggi dan merawat penyakit cacing dan penyakit kulit.

1 Comment

  1. Zulfakarudin bin zulkifli Reply

    Saya nak beli daun tunjuk langit utk mengubat segugut.ni no tel saya
    01128602775

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *