Nama Tempatan : Pokok Ajaib
Nama Saintifik : Synsepalum dulcificum
Nama Lain : Miracle Fruit, buah ajaib, miracle berry, magic berry, miraculuos berry.
Famili : Sapotaceae
Asal : Afrika barat.
Pokok ajaib merupakan sejenis pokok yang unik, sesuai dengan namanya buahnya yang berbentuk beri ini akan memberikan kesan peneutralan ke atas sebarang asid. Walaupun buah ni sebenarnya tawar, Ia menyebabkan setiap benda yang dimakan selepas itu akan berasa manis.Ini adalah disebabkan oleh sejenis protein yang dipanggil miraculin.Kesan ini akan dirasai antara satu hingga dua jam lepas makan buah tersebut.Buahnya sedang dikenal pasti sebagai antara sumber yang memberikan rasa manis semulajadi.Ia berasal dari afrika barat di kawasan yang beriklim tropika.Di afrika ia kadangkala digunakan untuk membaiki rasa makanan yang telah rosak atau basi.Nama yang dikenali di Afrika seperti taami, asaa dan ledidi.
Untuk menanam pokok ni tanah yang agak berasid diperlukan.Ia dapat hidup sempurna pada tanah yang mempunyai pH antara pH 4.5 hingga 5.8. Ia akan mati jika diberikan air yang terlalu banyak namun tetap memerlukan air yang mencukupi.
Pokok ini telah dikenali sejak tahun 1725 lagi oleh seorang pengkaji dari Francis bernama Des Marchais, tetapi ianya tidak dinamakan dengan apa-apa nama. Pertengahan abad ke 19 barulah pokok ini dikenali sebagai Synsepalum dulcificum. Dalam satu jurnal Pharmasi, Vol. 11 dan diterbitkan pada tahun 1852, Dr. W.F. Daniell memanggilnya sebagai “miraculous berry”
Kegunaan :
Buah ajaib memberi kegembiraan kepada peminat makanan dan buah-buahan yang masam.Buah pokok ajaib boleh mengawal penyakit kencing manis, darah tinggi, dan mengurangkan kolestrol. Buah ajaib mampu menahan kesakitan luka diusus, kerana buah ini mampu menukarkan rembesan asid dari perut yang luka kepada alkali. Daun pokok boleh menyembuhkan sakit gigi dengan hanya mengunyahnya.
Daun pokok boleh direbus untuk diamal meminumnya setiap hari untuk mereka yang menghidapi Kencing Manis dan Darah Tinggi. Juga mampu mengurangkan bisa gigitan serangga dan penyakit gatal dikulit. Boleh mengurangkan resdung, jerawat dan jeragat.
Khasiat telah dibuktikan
Buah Ajaib
Buah ajaib memberi kegembiraan kepada peminat makanan dan buah-buahan yang masam. Buah ajaib boleh mengawal penyakit kencing manis, darah tinggi, dan mengurangkan kolestrol. Buah ajaib mampu menahan kesakitan luka diusus, kerana buah ini mampu menukarkan rembesan asid dari perut yang luka kepada alkali. Daun pokok boleh menyembuhkan sakit gigi dengan hanya mengunyahnya.
Daun Ajaib
Daun pokok boleh direbus untuk diamal meminumnya setiap hari untuk mereka yang menghidapi Kencing Manis dan Darah Tinggi. Juga mampu mengurangkan bisa gigitan serangga dan penyakit gatal dikulit. Boleh mengurangkan resdung, jerawat dan jeragat.
Cara Pembiakan
Ada berbagai cara yang telah dan boleh dilakukan untuk membiak pokok ajaib.
Diantaranya melalui:
- semaian bijinya yang berkulit keras, tetapi dengan menyemai biji akan mengambil masa yang agak lama untuk tumbuh, iaitu lebih kurang 50 hari. Selepas tumbuh ianyanya mengeluarkan 2 helai daun sebagaimana tumbuhan yang lain dan mengambil masa 6 bulan untuk memulakan cabang yang baru.
- Pembiakan boleh juga dilakukan dengan cara percambahan akar dahan.
Pokok ajaib memerlukan air dan baja untuk terus subur, tanah yang agak masam tetapi menyerap air amat sesuai untuk pokok ajaib. Pokok yang kecil tidak boleh dibiarkan 100 peratus menerima cahaya matahari kerana ia akan membantut tumbesarannya. Bahkan pakok ajaib boleh dijaga di dalam rumah atau di anjung rumah. Siramlah sekurang-kurang tiga hari sekali. Jangan terlebih air.
Jenis Pokok Ajaib
Pokok ajaib mempunyai lebih kurang 18 jenis, spesis,
Cara nak dapatkan pokok ini, saya nak beli
Ya betul. Ramai pesakit kanser, diabetes,lemah tenaga batin dan lambat dapat zuriat pun datang mengadap berubat dgn TokHabib Bukit Katil Melaka 0172460967 juga dicadangkan mengamalkan pemakanan buah ajaib ini selain Morha dan herba lain dan memang betul betul menakjubkan