KHASIAT LIMAU NIPIS

Klasifikasi 

Nama Vernakular : Limau Nipis
Nama Botani : Citrus Aurantifolia Swingle
Famili :


Pokok buah ini mudah tumbuh di mana-mana tempat. Selain sebagai penyedap makanan, sudah sejak lama buah ini dikenal bermanfaat untuk kesihatan. Antara lain untuk menghilangkan bau ketiak.

Limau Nipis (Citrus Aurantifolia Swingle) atau yang sering disebut pula jeruk pecel, jeruk asam, sitron, banyak ditanam di pekarangan rumah dan kebun. Limau nipis adalah tumbuhan perdu yang mempunyai banyak dahan dan ranting. Tingginya boleh sampai 6m. Daun pokok oren bipis berbentuk bulat telur dan tiap daun mempunyai tangkai sendiri.Bunganya Aurantifolia Swingle berbentuk bintang berwarna putih. Batangnya berkayu keras. Biasanya berbuah selepas 2.5 tahun. Buahnya berbentuk bulat rata, berkulit nipis dan berwarna hijau kekuningan kalau sudah tua.

Tempat tumbuh tanaman jenis ini adalah pada ketinggian 100 meter di atas permukaan laut. Tanaman ini tumbuh liar, tapi sekarang ini telah ditanam.Tumbuhan ini termasuk familia atau suku Rutaceae.limau-nipis

Kebanyakan limau nipis ditanam dari hasil cantuman. Tapi dari biji pun boleh diperolehi tanamannya.

Cara kedua ini jarang dilakukan orang. Keistimewaan dari tumbuhan ini boleh tumbuh pada hampir semua jenis tanah.

Sekali tumbuh, tumbuhan ini tidak banyak memerlukan pemeliharaan. Tumbuhan ini berbunga sepanjang tahun, sehingga buahnya pun dapat diperoleh setiap saat.

Kandungan

Buah limau nipis ini terutama mengandungi banyak asid sitrik, hingga 7.6 peratus. Juga didapati adanya damar, lemak, mineral, vitamin B1 dan vitamin C. Selain itu limau nipis juga mengandungi minyak terbang, antara lain sitral, limonene, fellandren, lemon kamfer, geranil asetat, cadinen, dan linalin asetat.Rasa limau nipis yang asam juga boleh membantu membersihkan nikotin yang terdapat pada gigi dan mulut orang yang suka merokok.

Kegunaan

Selain manfaat di atas, banyak kegunaan limau nipis lain. Antara lain untuk disentri, sembelit, buasir, haid tidak teratur, difteria, jerawat, kepala pusing / vertigo, suara serak, batuk, bau badan, menambah nafsu makan, mencegah rambut gugur, sakit kepala / pusing tiba-tiba, ketombe, flu, demam, terlalu gemuk (air buahnya), menghentikan kebiasaan merokok, tonsil. penyakit anyang-anyangan, hidung berdarah, radang hidung (getahnya).limau-nipis-2

Penggunaan

Disentri, ambeien, najis longgar: akarnya direbus selama lebih kurang setengah jam, kemudian disaring, airnya diminum.

1. Demam

Petiklah 2-4 genggam daun limau nipis. Rebus dengan 2 hingga 4 gelas air. Gunakan air rebusan ini untuk menuam pesakit yang demam. Caranya dengan membasuh kain pada air rebusan dan diperah, lalu ditempelkan pada dahi pesakit.

2. Batuk kronik

Peraslah sebuah limau nipis tua. Ambil air perasannya satu sudu teh. Campur dengan kicap manis. Minumlah tiga kali sehari. Cara lain untuk merawat batuk ialah dengan membakar limau nipis sebentar di atas api hingga dianggarkan air di dalam limau nipis mendidih. Biarkan sebentar sehingga buah menjadi suam-suam kuku (memanaskan), belah buah limau nipis tersebut, lalu langsung peras ke dalam mulut hingga mengalir ke tekak. Resipi ini baik pula untuk menyembuhkan flu. Sakit tekak: Getah batang ditambah dengan sedikit garam boleh dipergunakan sebagai ubat.

3. Penyakit Kurang Darah

Siapkan bahan berupa daun bayam duri 25 helai, telur ayam 2 butir, limau nipis 1/2 buah, madu murni 2 sudu makan, serta daun tapak liman 10 helai. Daun bayam dan daun tapak liman dibersihkan, lalu ditumbuk dan diambil airnya. Air tersebut dicampur dengan kuning telur, limau nipis, dan madu. Aduk hingga rata dan diminum 2 kali sehari.

4. Menghentikan tabiat merokok

Isaplah seiris limau nipis. Rasanya yang masam segar membuat anda terangsang untuk minum air putih. Lakukan beberapa kali sehari. Cara ini selain mengurangkan keinginan untuk merokok, juga membantu membersihkan nikotin yang sudah terdapat pada gigi dan mulut.

5. Bau ketiak yang tak sedap

Siapkan limau nipis yang dicampur kapur sirih. Selepas mandi, sapukan campuran ini pada ketiak dan biarkan beberapa waktu sebelum dibasuh. Lakukan pagi dan sore hari. Khasiat lain Perahan jeruk nipis yang dicampurkan ke dalam minuman teh, selain dapat menyegarkan tubuh, juga mampu memperlancar keluarnya air kencing.