Info dan Khasiat Lidah Buaya (Aloe Vera)
Pengenalan Lidah Buaya adalah salah satu tumbuhan antara 250 spesis Aloe serata dunia. Aloe adalah tumbuhan asli kepada timur, selatan dan utara Afrika dan Madagascar dan telah diperkenalkan ke Hindia Barat dan negara-negara tropika yang lain, yang mana ia tumbuh liar. Ia juga telah membiak dengan baik di lembangan Mediterranean dengan merentasi Algeria, Morocco, Tunisia,
Khasiat Lidah Buaya (Aloe Vera)
Dalam usaha mengumpul info khazanah herba di Malaysia, kami susun dan senaraikan pelbagai herba dan ulam yang terdapat di Malaysia. Moga ianya menjadi manafaat untuk semua. Amalan memakan ulam-ulaman segar oleh masyarakat kampung, menjadikan mereka hidup sihat sepanjang hayat. Moga ilmu dan khazanah ini tidak hilang di telan zaman.
Artikel kali ini membincangkan tentang Khasiat Lidah Buaya (Aloe Vera) yang mana mempunyai pelbagai nama dan khasiat seperti Aloe Vera, encegah bengkak sendi, Lidah buaya, mencegah sel kanser, mengeluarkan racun tubuh, mengubati luka terbakar, menurunkan diabetes, Merawat buasir, merawat rambut.
Pengenalan
Lidah Buaya adalah salah satu tumbuhan antara 250 spesis Aloe serata dunia. Aloe adalah tumbuhan asli kepada timur, selatan dan utara Afrika dan Madagascar dan telah diperkenalkan ke Hindia Barat dan negara-negara tropika yang lain, yang mana ia tumbuh liar. Ia juga telah membiak dengan baik di lembangan Mediterranean dengan merentasi Algeria, Morocco, Tunisia, serta kepulauan Canary dan Madeira. Lidah buaya telah digunakan sebagai ubatan tradisional untuk melegakan luka, ruam, demam, gatal-gatal, kulit dan banyak lagi.[perlu rujukan] Selain itu, pokok herba ini juga sangat popular dalam industri kosmetik dan produk kesihatan. Walaubagaimanapun ia masih kurang ditanam secara komersial di Malaysia.
Lidah buaya ialah tumbuhan saka, sukulen separa-tropika, dengan akar serabut yang kuat dan daun hijau ke kelabu-hijau yang banyak, berisi tebal, dan bergerigi. Bahagian yang digunakan dalam perubatan ialah jus dan gel daun. Pokok lidah buaya boleh menerima cahaya matahari penuh atau separa penuh untuk hidup. Lebar pokok boleh mencecah 60-120 cm manakala panjang pokok ialah sehingga 80 cm pada peringkat matang. Bunga pokok pula ialah kuning 30 mm panjang pada beberapa batang jambak bunga. Apabila ditanam secara komersial, pokok lidah buaya dituai setiap enam hingga lapan minggu dengan mengambil tiga ke empat daun per pokok.
Khasiat
- dapat mengubati luka terbakar, caranya adalah: daun lidah buaya dicuci bersih, lalu dibelah menjadi dua, di dalamnya akan terdapat lendir seperti gel disapu pada luka bakar maka dalam masa 2-3 hari akan sembuh.
- dapat mengeluarkan racun tubuh, yaitu adanya kandungan gelatin yang boleh berkhasiat menyerap racun dalam usus dan mengeluarkannya bersama feses, caranya sangat mudah iaitu dengan membuat jus lidah buaya.
- dapat menurunkan diabetes, iaitu dengan cara mengambil jus lidah buaya setengah sudu diminum rutin selama 14 hari dipercayai dapat menurunkan kadar gula 45%.
- boleh digunakan untuk menghilangkan jerawat merah yang besar dan meradang, caranya cukup simpel, ambil saja lidah buaya, kemudian belah, lalu ambil getahnya atau lendir yang terdapat didalamnya. Sapukan pada bahagian wajah yang terkena jerawat sekali dalam sehari kurang lebih selama 10-15 minit kemudian bilas dengan air hangat.
- dapat menghilangkan flek–flek hitam pada wajah, caranya: wajah dibersihkan terlebih dahulu menggunakan facial foam, ambil jelly lidah buayanya, lalu bersihkan dari lendir–lendirnya dan usapkan ke wajah setiap pagi juga malam hari. Biarkan selama 30 minit. Selepas itu bersihkan dengan air bersih lalu keringkan. Lakukan sekurang-kurangnya 2x sehari berturut–turut. Cara ini memakan masa lama, namun bila dilakukan secara rutin, hasilnya pun akan maksimum.
- dapat menguatkan akar bulu mata, nah, bagi anda yang sering memakai maskara, lidah buaya sangat sesuai untuk merawat bulu mata anda, caranya: sebelum tidur, cuci bulu mata agar terbebas dari bahan kimia seperti maskara, lalu ambil lendir lidah buaya, oleskan pelan- pelan pada bulu mata, biarkan selama 30 minit, lalu cuci dengan air biasa hingga bersih. Bila teratur menggunakannya, dijamin bulu mata anda tidak mudah gugur dan tebal.
- boleh merawat rambut agar tidak mudah gugur, mengurangkan kelemumur, dan mempercepatkan pertumbuhan rambut, caranya adalah ambil dua pelepah lidah buaya yang sudah dicuci, kemudian gosokkan isinya pada kulit kepala yang telah dicuci / dikeramasi, lalu balut rambut dengan kain dan bilas keesokan harinya, usahakan melakukan rawatan ini setiap hari untuk mendapatkan hasil maksimum.
- boleh digunakan sebagai gel cukur, nah, bagi anda yang ingin bercukur dengan cara alami dan mudah, boleh menggunakan lendir atau gel lidah buaya, caranya sangat mudah, oleskan lendir lidah buaya sebelum mencukur bulu jenggo atau misai anda, cara ini sangat ampuh untuk mencegah iritasi kulit, kulit akan terasa sejuk dan tidak perih.
- boleh merawat buasir, caranya adalah parut lidah buaya, tambahkn madu dan setengah cawan air matang pada parut tersebut, aduk hingga rata, saring, lalu diminum 3 kali sehari.
- boleh diproses menjadi minuman bernilai ekonomi tinggi, NATA DE ALOE, bentuknya seperti nata de coco atau sari kelapa, bila dimakan dapat berkhasiat untuk mencegah bengkak sendi, mencegah sel kanser, serta membantu penyembuhan luka sehabis operasi.
Sejarah perubatan
Batu bersurat Sumeria bertarikh 2200 SM, yang dijumpai di kota Nippur menunjukkan bahawa daun lidah buaya telah digunakan sebagai julap. Pada 1550 SM, orang Mesir Ebers Papyrus menunjukkan bahawa daun lidah buaya dikisar, dicampur dengan komponen perubatan lain dan direbus, kemudian digunakan dalam 12 formula perubatan, untuk kegunaan dalaman dan luaran. Sekitar 400 SM, sap lidah buaya telah direbus untuk kegunaan domestik dan dieksport melalui pedagang Arab sepanjang barat Asia. Selaras itu, pokok ini telah dikenali sebagai ‘penyembuh senyap’ oleh pengadut agama Hindu dan ‘ramuan harmonik’ oleh pakar perubatan Cina kuno. Ia telah (dan masih) ditanam dan digunakan di India sebagai agen penyembuhan dalaman dan luaran.
Penanaman
Pokok Lidah Buaya mempunyai sejarah penanaman yang panjang di seluruh kawasan tropika dan subtropika yang lebih kering di dunia, baik sebagai pokok hiasan mahupun sebagai perubatan herba. Kajian penanaman lidah buaya di tanah bekas lombong yang diklasifikasikan sebagai tanah bermasalah telah dilaksanakan di Stesen MARDI Kundang, Selangor. Hasil kajian menunjukkan lidah buaya amat berpotensi ditanam di tanah bekas lombong kerana ia hanya memerlukan lembapan tanah yang amat minimum.[1]
- Siapkan pot khusus yang telah diisi dengan tanah. Media terbaik untuk menanam lidah buaya adalah tanah pasir kering yang juga bisa Anda campur dengan perlite, granit, grit, dan arang. Jangan lupa juga untuk melubangi bagian bawah pot agar air bisa mengalir.
- Kemudian masukkan bakal tanaman lidah buaya ke dalam tanah pada pot.
- Jika Anda menggunakan potongan lidah buaya, maka Anda hanya cukup mengubur separuhnya saja. Namun Anda harus sedikit bersabar karena tanaman baru dapat tumbuh menjadi tanaman baru setelah beberapa minggu atau bahkan bulan. Namun jika Anda menggunakan biji, maka dalam waktu kurang lebih dua minggu sudah dapat tumbuh menjadi tanaman baru.
- Untuk perawatan, Anda dapat menyirami tanaman ini setiap hari setelah tumbuh. Namun jangan memberikan air yang terlalu banyak karena dapat membuat akar menjadi busuk. Bahkan tidak menjadi masalah jika Anda lupa tidak menyirami tanaman lidah buaya selama seminggu.
Sumber : http://www.khasiatherba.com/herba/khasiat-lidah-buaya-aloe-vera.html