Khasiat Herba Daun Belalai Gajah

Info dan Khasiat Herba Daun Belalai Gajah

Pengenalan   Daun Belalai Gajah / Sabah Snake Grass atau nama saintifiknya Clinacanthus Nutans (Burm.F.) Lindau, dewasa ini hangat diperkatakan boleh merawat pelbagai penyakit kanser seperti kanser payudara, kanser prostate, kanser paru-paru, kanser uterus, darah tinggi, asid urik tinggi, kencing manis, pesakit dialisis, buah pinggang dan banyak lagi. Walaupun tidak ada bukti secara saintifik tetapi telah ada

Khasiat Herba Daun Belalai Gajah

Dalam usaha mengumpul info khazanah herba di Malaysia, kami susun dan senaraikan pelbagai herba dan ulam yang terdapat di Malaysia. Moga ianya menjadi manafaat untuk semua. Amalan memakan ulam-ulaman segar oleh masyarakat kampung, menjadikan mereka hidup sihat sepanjang hayat. Moga ilmu dan khazanah ini tidak hilang di telan zaman.

Artikel kali ini membincangkan tentang Khasiat Herba Daun Belalai Gajah yang mana mempunyai pelbagai nama dan khasiat seperti , , , , , , , , , , , .

 

Pengenalan

Daun Belalai Gajah / Sabah Snake Grass atau nama saintifiknya Clinacanthus Nutans (Burm.F.) Lindau, dewasa ini hangat diperkatakan boleh merawat pelbagai penyakit kanser seperti kanser payudara, kanser prostate, kanser paru-paru, kanser uterus, darah tinggi, asid urik tinggi, kencing manis, pesakit dialisis, buah pinggang dan banyak lagi. Walaupun tidak ada bukti secara saintifik tetapi telah ada pesakit kanser yang telah sembuh / kesihatan bertambah baik setelah mengamalkan makan / minum Daun Belalai Gajah ini.Anda mungkin tidak mengetahui tumbuhan hiasan yang selama ini ditanam di kawasan rumah sebenarnya adalah pokok herba yang kaya dengan pelbagai khasiat.Tumbuhan herba adalah sebahagian daripada warisan budaya Melayu kerana khasiatnya mampu menyembuh pelbagai jenis penyakit sejak zaman berzaman. Daun belalai gajah atau Sabah Snake Grass (SSG) misalnya telah lama dikenal pasti mempunyai anti oksidan yang tinggi untuk mengatasi sel-sel kanser dan mengekalkan sel-sel sihat dalam tubuh manusia.

anak pokok belalai gajah

Khasiat

Khasiat daun tersebut mampu membantu orang yang mempunyai masalah kesihatan seperti kanser, buah pinggang, radang prostat, kolesterol, tekanan darah tinggi, asid urik tinggi, diabetes, mengurangkan risiko salur darah tersumbat, membuang toksin dalam badan di samping mengurangkan keletihan. Herba ini turut dikenali sebagai You Dun Chao atau Clinacanthus Nutans dan tergolong dalam keluarga Acanthaceae.

Kajian mendapati bahawa daun ini tidak mengandungi toksik, mempunyai kandungan flavonoid yang tinggi, serta mengandungi pelbagai mineral yang diperlukan oleh tubuh badan, vitamin dan asid amino.Menurut kajian Jabatan Bioteknologi, Sekolah Teknologi Kesihatan, Universiti Ming Chuan, Taiwan, SSG terbukti sebagai agen anti oksida yang baik. Fungsi anti oksida sebenarnya mengurangkan kesan radikal dalam tubuh badan.Sementara itu, Fakulti Perubatan dan Kesihatan Sains, Universiti Putra Malaysia (UPM), SSG bukan sahaja berfungsi sebagai anti-oksida, bahkan mampu melambatkan pertumbuhan sel kanser.Kajian-kajian ini membuktikan bahawa penjagaan kesihatan menerusi makanan semula jadi seperti merupakan langkah alternatif yang baik.

Menurut Pengarah Urusan Tenaga Jati Bumi, Norsham Abas, SSG telah lama dikenal pasti mempunyai anti oksida yang tinggi bagi mengekalkan sel-sel sihat dalam tubuh manusia.”Kelebihan daun belalai gajah sudah lama diketahui oleh orang ramai. Dahulu, daun itu hanya dijual dalam bentuk yang asalnya dan pengidap kanser perlu memakan daun itu sekurang-kurangnya 100 helai sehari tanpa gagal dalam usaha memerangi sel barah.Ia tentu sukar terutamanya di kalangan mereka yang tidak biasa memakan sayur atau ulam selain daun ini sukar diperoleh di semua tempat. Justeru, syarikat kami mengedarkan suplemen kesihatan, Uturn Extra (campuran serbuk soya dan kurma merah), Uturn Fresh (campuran lemon dan epal), teh uncang Uturn dan minuman campuran botanik Clinacanthus Nutans)

Cara-cara penanaman

Penyediaan bahan tanaman belalai gajah adalah melalui bahan keratan batang sepanjang 4 – 6 inci yang perlu di cucuk didalam polibeg ( 4-6 batang dalam 1 polibeg). Media semaian dalam polibeg boleh gunakan tanah campuran (3:2:1) atau gunakan campuran cocopeat atau peatmoss.Buat penyiraman terhadap semaian tersebut sehingga tunas baru terbit dan sedia untuk ditanam diladang.

Sediakan kawasan penanaman dengan membajak atau pun membuat batas tanaman mengikut ukuran yang sesuai. Walau pun kebanyakan herba belalai gajah ditanam dikawasan terbuka, kini penanaman belalai gajah dibawah lindungan jaring hitam semakin popular dijalankan (Lihat foto sebelah). Batas ditutup dengan plastik silvershine untuk kawalan rumpai (meracun rumpai tidak disyorkan sama sekali) dan plastik juga akan menjaga kelembapan tanah. Jarak penanam dan sistem penanaman boleh dibuat dalam satu atau dua barisan diatas batas mengikut kesesuai dengan jarak penanaman antara o. 6 – 1.0 meter. Pastikan kita akan selalu memberikan baja asas organik seperti tahi ayam didalam batas sebelum menutup dengan plastik silvershine.  Kerja-kerja penyiraman dan pemberikan baja organik mesti dijalankan selepas menanam.

cara penanaman pokok belalai gajah

Cara-Cara Membuat Jus Belalai Gajah

  • masukkan setengah @ satu cawan air dalam blender
  • masukkan 2 @ 3 ice cube jika suka
  • tambah setengah biji @ 1/4 jus lemon
  • masuk daun belalai gajah yang sudah dibersihkan mengikut stage seperti diatas. Elak basuh dgn air paip
  • masukkan sebiji apple hijau yang sudah dibuang kulit dan biji dan di potong 8
  • blend halus dan terus diminum. Jangan dibiarkan lebih dari 5 minit kerana khasiatnya akan hilang
  • jika badan terasa sejuk campurkan sedikit hirisan halia
  • Paling cepat berkesan jika diminum jam 4 pagi
Semasa minum jus belalai gajah ini haruslah sedikit berpantang dengan makanan2 ini seperti gula atau makanan yang ada gula, madu, ikan kembung, 7 angled fish, ray fish, daging ayam, daging itik, keladi, beras pulut, butter atau planta, durian, sarang burung, ginseng atau mana2 herba2 lain. Cuba berpantang sementara untuk melihat hasil dari daun belalai gajah.
  Selain dari daun belalai gajah, betik, biji aprikot, serai atau apa saja jenis sayur mentah dan buah2an boleh merawat penyakit KANSER. Besar kejadian Allah SWT bukan. Banyak khasiat dari sayur2an dan buah2an yang kita tidak tahu kehebatannya boleh merawat penyakit merbahaya. Klik tajuk2 dibawah ini untuk khasiat2 buah2an dan sayur2an yang merawat KANSER.

1 Comment

  1. jutawan herbs Reply

    …sy ada menjual herba warisan yg mampu menyembuhkan kanser dan pelbagai jenis kanser..tahap 1 tahap 2 tahap 3 tahap 4. insya allah. memusnahkan dan mematikan sel sel kanser.. harga cuma rm180 tetapi herba warisan ini terlalu berkesan dan saya jamin tuan tuan dan puan puan akan terkejut dengan rawatannya yang cepat dan selamat untuk sembuh…daun daun herba warisan terpilih memang tidak akan jumpa di mana mana.percaya lah.. .. .merawat dan membaik pulih…jangan biar sehinga terlewat..jangan biarkan hidup derita..selagi boleh rawat lebih baik di rawat..hutan belantara kita tersembunyi sejuta 1 rahsia…herba ini amat amat mujarab..jangan biar derita membunuh kehidupan anda.ramai yang dah berjaya sembuh dengan produk sy call saya xpun msg xpun wasap sy 0174687570 mohd zuhairi… sy cma bntu membantu…sy tidak sangup tngok org dpn mata sy sengsara xpun di ragut nyawa…penawar nya telah ada…hubungi sy secepat munkin Orang yang tiada penyakit kanser andai nak amal kan herba saya ini pun boleh…jadikan amalan harian untuk menjaga badan dan membuang toksid…orang ada kanser…saya akan membantu merawat hingga sembuh Penawar kanser dan herba: Saya juga akan membantu anda memberi nasihat dan motivasi bagai mana untuk hadapi kanser..cara2 utk bdepan knser..pemakanan..dan nasihat2 utk anda..pada anda kanser adalah petama dalam hidup…pada sy yg dh jumpa ramai pesakit..munkin kita bley bkongsi pendapat n bgai mna hendak merawat sampai sembuh..sy hulur kn tangan pd anda..sambut lh sebelum telambat..ramai pesakit sy sudah sembuh.anda bila lagi….hubungi atau wasup kan saya dengan segera.0174687570 mohd zuhairi NAMA SYARIKAT SAYA…..JUTAWAN HERBS NO PENDAfTARAN SYARIKAT SAYA PG 0346818-W NAMA PEMILIK MOHD ZUHAIRI BIN NOORDIN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *