KHASIAT DAUN SALAM

Klasifikasi
Nama Vernakular : Salam, Serai Kayu
Nama Botani : Syzygium polyanthum

Famili : Myrtaceae


DAUN SALAM (Syzygium polyanthum) merupakan sejenis tumbuhan Liar dari keluarga Myrtaceae yang tumbuh secala liar dalam hutan dan kebun di negara kita dan Asia Tenggara. Daun dari tumbuhan ini sering digunakan dalam masakan sebagai bahan penambah rasa kesedapan masakan terutama gulai nangka, masak asam pedas, masak lemak dan sebagainya. Daun Salam juga memberikan khidmat khasiat kesihatan kepada mereka yang mengidap penyakit kencing manis, mengatasi masaalah gatal-gatal, merawat kudis dan banyak lagi.daun_salam-4

Daun salam dikatakan baik untuk perasa masakan beberapa belas tahun dulu di Melaka dan di Muar. Daun Salam juga merupakan bahan popular di Indonesia di panggil sebagai Bay Leaf, Serai Kayu, Samak Kelat, manting, maselengan dan di Thailand dipanggil sebagai Daeng klua. Artikrl ini akan berkongsi teknologi mengenai DAUN SALAM berdasarkan pemerhatian, pengalaman, pembacaan dan rujukan dari beberapa sumber.

daun_salam-3Pokok Salam mempunyai batang yang tumbuh menegak dan mampu mencapai ketinggian 60-90 kaki dalam keadaan liar. Dahan dan batang utama kukuh dengan pokok yang rimbun. Daun Salam berwarna hijau muda (daun muda) dan hijau gelap (daun tua) dengan panjang tangkai 12-14 cm dan susunan bertentangan. Daun berbentuk bujur dengan ringkas 5-15 cm panjang dan 2.5-6 cm lebar. Terdapat urat daun yang jelas dengan 6-12 urat. Daun Salam mempunyai ciri istimewa iaitu mengeluarkan bau yang wangi seakan serai apabila dikeringkan. Bahagian daun ini merupakan yang digunakan untuk bahan (bumbu) masakkan. Bunganya berwarna putih dengan bau yang wangi dengan ukuran 2-8 cm yang keluar dari ketiak daun atau bawah daun. Bunganya mempunyai 4 kelopak berukuran 4 mm berbentuk seperti mangkuk.

Kajian menunjukkan keluasan tumbuhan Pokok Salam tidak diketahui luasnya atau bilangan pokok. Ini kerana pokok ini jarang-jarang diberi perhatian oleh orang ramai. Hanya mereka yang tahu dan pakar sahaja yang mengenali tumbuhan ini dan menafaatnya. Penanaman boleh dibuat dari biji yang disemai tetapi lebih mudah menggunakan KERATAN. Dahan muda atau pucuk dihujung dahan di potong atau di patahkan sepanjang 30-40 cm dan tanam diatas pasu atau lokasi sesuai dan akan tumbuh tunas. Pokok Salam juga boleh ditanam didalam pasu atau tanaman keluling rumah untuk mendapatkan daunnya. Gunakan baja organik atau baja NPK 15:15:15 untuk mempastikan pertumbuhannya. Sehingga kini tidak ada laporan mengenai masaalah serangan Serangga Perosak atau Penyakit serius merosakkan tanaman ini.daun_salam-5

Daun Salam sangat terkenal di kalangan Masyarakat Melayu dan Jawa serta di Thailand, Filipina, Brinei dan beberapa negara ASEAN lain. Daun yang dimasak dengan Daging, Ikan, Nasi, Lauk Pauk Lain memberikan bau aroma yang lembut dan enak. Saya minat gunakan daun salam yang segar atau yang telah dikeringkan dan dimasukkan dalam Masak Asam Pedas (Ikan atau Daging), Masak Lemak Nangka Muda, Masak Tumis Sayur dan beberapa jenis lagi. Jika hendak tahu perbezaan bau dan aroma daun salam dengan masakan yang tidak dibubuh daun salam cuba buat ujikaji sendiri. Daun salam kering yang disimpan dalam peti ais (Bungkus dalam plastik) tahan sehingga lebih 6 bulan tanpa menurunkan kualiti aromanya. Pokok Salam yang dibiarkan membesar akan menghasilkan KAYU BALAK yang boleh digunakan sebagai Kayu untuk buat rumah, Perabot, Lantai, Kayu Api dan sebagainya.daun_salam-2

Daun salam mengandungi minyak pati ekstrak yang berguna iaitu Eugenol dan Methyl chavicol sebanyak 0.17% jumklah dari berat kering daun. Minyak ini sangt berguna dalam kegunaannya sebagai Ubat Anti Bakteria, Anti-Kulat dan juga Anti-Cacing jika digunakan. Daun Salam juga boleh dikutip dengan memotong bahagian daun matang (warna cukup hijau gelap) dan kumpulkan. Jika hendak diproses untuk dibuat serbuk atau prosses segar daun-daun ini perlu dibersihkan dahulu dari kekotoran. Kisar daun salam yang telah layuatau telah kering menjadi serbuk seperti ‘Teh Daun Salam’. Produk ini boleh dijual sebagai makanan kesihatan (ubat herba) kepada pengguna.

Sumber : http://animhosnan.blogspot.my/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *