Khasiat Daun Pandan

Info dan Khasiat Daun Pandan

PENGENALAN

Nama Vernakular : Pandan, Screwpine Leaves
Nama Botani : Pandanus amaryllifolious
Famili :


Pokok pandan terdapat di hampir setiap laman dapur di Singapura, Sri Lanka, Malaysia, Indonesia dan Thailand, di mana daunnya secara tradisional digunakan dalam masakan enak dan manis untuk menambah rasa nasi, kari, susu, kek, puding dan ais krim. Ia juga digunakan untuk menambah

Khasiat Daun Pandan

Dalam usaha mengumpul info khazanah herba di Malaysia, kami susun dan senaraikan pelbagai herba dan ulam yang terdapat di Malaysia. Moga ianya menjadi manafaat untuk semua. Amalan memakan ulam-ulaman segar oleh masyarakat kampung, menjadikan mereka hidup sihat sepanjang hayat. Moga ilmu dan khazanah ini tidak hilang di telan zaman.

Artikel kali ini membincangkan tentang Khasiat Daun Pandan yang mana mempunyai pelbagai nama dan khasiat seperti , , , , , , , , .

PENGENALAN

Nama Saintifik daun Pandan : Pandanus amaryllifolious
Nama Inggeris: Screwpine Leaves
Pokok pandan terdapat di hampir setiap laman dapur di Singapura, Sri Lanka, Malaysia, Indonesia dan Thailand, di mana daunnya secara tradisional digunakan dalam masakan enak dan manis untuk menambah rasa nasi, kari, susu, kek, puding dan ais krim. Ia juga digunakan untuk menambah rasa masakan ternakan, daging atau ikan, udang, kekacang, jeruk, dan juga jeli serta manisan.
Pandan (Pandanus adorus) adalah sejenis tanaman berperdu dan tumbuh tegak ke atas. Daunnya tebal, sedikit lebar, panjang meruncing dan tajam di hujung. Warnanya hijau tua di pangkal dan hijau muda di hujung. Sejenis tumbuhan yang sejuk, daunnya berbau wangi sesuai dijadikan perasa makanan, pewarna dan pewangi. Khasiat daun yang ditumbuk dan diambil airnya boleh dipupur ke rambut dan rambut akan menjadi bersih, lebat dan menyejukkan kepala.
khasiat daun pandan

Khasiat/Kegunaan

– Haruman : Rasanya yang ‘halus’ memberikan ia kepentingan dalam masakan Asia yang sama seperti ‘vanila’ kepada masakan Barat. Satu jalur daun berukuran kira-kira 10 cm (4 inci) dimasukkan ke dalam periuk untuk mewangikan nasi yang dimasak. Dua atau tiga jalur direneh dalam kari. Di Singapura, ia digunakan untuk mewangikan Bobochacha, sejenis jem keladi.– Pembalut : Di Thailand, ayam yang telah diperam dibalut dengan daun pandan dan digril atau digoreng dalam minyak yang sangat panas, yang kemudiannya rasa daun pandan akan meresap ke dalam ayam yang dimasak itu.

– Pewarna -:Daun pandan meninggalkan warna hijau dalam masakan. Di Malaysia, Singapura, Indonesia dan Thailand, daun ini ditumbuk dan ditegangkan (atau dikisar dengan sedikit air) untuk menghasilkan perisa dan pewarna untuk kek dan manisan.

Kegunaan Daun Pandan dalam kehidupan seharian :

– Daun Pandan boleh digunakan sebagai pewangi bedak sejuk
– Pewangi asli bunga rampai.
– Ubat pencegah lipas

Caranya:
Ambil beberapa helai daun yang segar, simpulkan dan letak
dalam kabinet dapur. InsyaAllah lipas akan berkurangan.

-Pewangi kereta – gunting beberapa helai daun muda,masukkan ke dalam bekas
plastik. Ia mampu bertahan selama 2 minggu.

Khasiat Daun Pandan dalam perubatan:

  • Daun Pandan ubati Lemah saraf – ambil 3 helai daun pandan muda, rebus bersama 3 gelas air ( biarkan hingga susut menjadi 2 gelas). Tapis dan minum 2/3 kali sehari.
  • Buang angin dalam badan- Ambil segenggam pulut. Uli (gentel) supaya menjadi butir-butir kecil. Tambah halia sebesar ibu jari. Masukkan 7 helai daun pandan muda. Masukkan 2 ketul gula melaka. rebus bersama 2 liter air. Tunggu sehingga ketulan pulut timbul di permukaan. Bila sejuk, tapis dan boleh minum. Amalkan 2/3 kali sehari.
  • Gelisah : Ambil 2 helai daun pandan muda. Rendam dalam secawan air yang panas. Tapis dan minum 2/3 kali sehari.
  • Rambut gugur- Daun pandan dicampur dengan 3 jenis herba ( Indonesia)
  • Menghitamkan rambut: Potong kecil-kecil daun muda. Rebus sehingga airnya berwarna hijau. Embunkan semalaman. Pada keesokannya masukkan air perahan 3 biji buah mengkudu. Ramas rambut dengan air ini selama 10-15 minit. Lakukan 3/4 kali seminggu.
  • Kelemumur-Ambil 7 helai daun muda. giling halus2. Campurkan 1 atau 2 cawan air. Ramas rambut selama 10-15 minit. Biarkan seketika.Kemudian basuh dengan air sekali lagi.
khasiat daun pandan 1

Tip-tip yang berguna 

Menurunkan Darah Tinggi
-Rebus beberapa helai daun pandan dengan sukatan dua gelas air. Didihkan sehingga airnya tinggal kira-kira  setengah gelas sahaja. Setelah itu,dibiarkan ia menyejuk dan minum airnya.
Matikan kuman Dalam Darah
-Amalam meminum air daun pandan dikatakan juga dapat mematikan kuman dalam darah agar tubuh sentiasa sihat.
Mengelak makanan cepat basi.
-Dikatakan dengan memasukkan daun pandan ketika memasak ia bagi mengelak makan cepat basi. Selain itu, ia juga bagi melembutkan daging.
-Akarnya direbus dan diminum oleh wanita yang baru melahirkan anak.amalan secara berterusan setiap hari selama 40 hari.
Menyembuhkan gejala payudara bengkak dan nyeri
-Ambil 2-3 helai daun pandan.Tumbuk sehingga lumat  dan campurkan dengan sedikit kapur makan . Selepas itu lumur pada bahagian yang berkenaan.
khasiat daun pandan 3

Penyediaan Tanah

Pokok ini boleh membiak melalui akar dan anak pokok. Sediakan lubang berukuran 25 cm x 25 cm x 25 cm. Campurkan tanah bersama 100 gm baja CIRP. Tanam anak sulur pandan ke dalam lubang dan padatkan tanah di permukaan keliling anak pokok.

Sekiranya menanam dalam pasu, gunakan campuran yang mengandungi 3 bahagian tanah, 1 bahagian tahi ayam reput atau kompos dan 1 bahagian pasir. Isikan pasu dengan tanah campuran tersebut sehingga 5 cm dari permukaan pasu. Gali lubang sebesar saiz polibeg dan tanam anak sulur ke dalam lubang dan padatkan permukaan keliling pokok.

Penjagaan

Siram anak pokok apabila perlu. Cabut dan buang rumpai yang tumbuh keliling pokok. Tabur baja NPK (21:21:21) sebanyak 5 gm/pokok bagi tanaman dalam pasu dan 10 gm/pokok bagi tanaman seperti di sekitar rumah.

Sumber :

1 Comment

  1. Wan Reply

    menarik. macam mana nak buat masker sendiri? apa khasiat kalau buat masker beras dengan pandan?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *