Info dan Khasiat Buah Jering
Pengenalan Jering ialah tumbuhan yang berasal dari Malaysia, Indonesia dan kawasan ASEAN. Jering mempunyai rasa yang pahit dan berbau. Ini menyebabkan golongan muda kurang menyukainya. Tetapi bagi sesetengah orang yang telah lama mengenali jering, rasanya yang sungguh enak terutama sekali apabila dimakan bersama sos ataupun kelapa parut bergula. Buah dan pucuknya berasa lemak-lemak pahit dan
Khasiat Buah Jering
Dalam usaha mengumpul info khazanah herba di Malaysia, kami susun dan senaraikan pelbagai herba dan ulam yang terdapat di Malaysia. Moga ianya menjadi manafaat untuk semua. Amalan memakan ulam-ulaman segar oleh masyarakat kampung, menjadikan mereka hidup sihat sepanjang hayat. Moga ilmu dan khazanah ini tidak hilang di telan zaman.
Artikel kali ini membincangkan tentang Khasiat Buah Jering yang mana mempunyai pelbagai nama dan khasiat seperti (Myanmar), 0.1% lemak, 1.7% karbohidrat, 3.5% protein, Archidendron jiringa, B, besi, chaniang (Thailand), dan C, dan vitamin A, Djengkol (Jawa), fosforus, Jering, kalsium, niang, penyakit kencing manis.
Pengenalan
Jering ialah tumbuhan yang berasal dari Malaysia, Indonesia dan kawasan ASEAN. Jering mempunyai rasa yang pahit dan berbau. Ini menyebabkan golongan muda kurang menyukainya. Tetapi bagi sesetengah orang yang telah lama mengenali jering, rasanya yang sungguh enak terutama sekali apabila dimakan bersama sos ataupun kelapa parut bergula. Buah dan pucuknya berasa lemak-lemak pahit dan pedar. Sesiapa yang memakan buah jering akan mengeluarkan air kencing yang berbau hancing kuat.
Dari segi perubatan pula, biji jering mengandungi sejenis bahan alkoloid yang memberi rangsangan untuk membuang air kecil. Bagi pesakit penyakit kencing manis pula, jering boleh menjadi penawar yang berkesan sekiranya diambil berterusan dengan kadar yang sedikit. Kerana kandungan sebatian alkoloid di dalam jering mampu meneutralkan kandungan gula dalam badan.
Jering dikelaskan sebagai racun serdahana kerana ia mempunyai asid djenkolic, asid amino, yang menyebabkan keracunan Jering (djenkolism – jengkol bean poisoning). Ia menyebabkan “sakit mencucuk/berdenyut (spasmodic pain), penyakit gout, salur kencing tersekat dan kegagalan renal akut (acute renal failure)”. [1] Keadaan ni biasanya menyerang lelaki, dan tidak ditentukan oleh cara penyediaan jering, dan mereka yang memakannya banyak kali tanpa apa-apa kesan, mungkin mendapat kegagalan renal pada satu ketika lain.[2] Keadaan ini boleh dikurangkan dengan banyak meminum air kosong selepas memakannya bagi mengurangkan pengumpulan asid djenkolic dalam badan dan melawaskan kencing.
Khasiat dan Kebaikan Jering
Buah jering mengandungi 3.5% protein, 0.1% lemak, 1.7% karbohidrat, kalsium, fosforus, besi, dan vitamin A, B, dan C. Ia juga mengandungi sejenis sebatian alkoloid yang boleh memberi rangsangan membuang air besar. Tetapi biji jering juga mengandungi bahan toksid yang dikenali sebagai asid jenkolik. Sekiranya kita memakan terlalu banyak, ia akan memudaratkan kesihatan. Asid jenkolik yang banyak terkumpul dalam badan akan membentuk hablur dalam ginjal dan akhirnya akan menyebabkan pundi kencing tersumbat. Jering boleh menjadi penawar yang berkesan untuk pesakit diabetis kerana kandungan sebatian alkoloid mampu meneutralkan kandungan gula dalam badan. Akar pokok jering yang dikeringkan kemudian direbus dan diminum air rebusan tersebut dipercayai dapat merawat diabetis.
Habitat Buah Jering
Pokok jering Sesuai ditanam dalam iklim tropika dengan kawasan yang mempunyai saliran yang baik. Anak benih biasanya daripada biji jering yang matang dan disemai. Jarak penanaman anak belih pula antara 20 meter x 15 meter. Pembiakan jering secara liarnya didalam hutan oleh tupai yang memakan jering dan membawa merata tempat lalu tumbuh.
Pokok jering akan berbuah setelah 4-6 tahun ditanam. Bunga berbentu dibahagian hujung dahan dan sesuai dipetik selepas warna bertukar coklat gelap dan berisi. Cara petik biasanya mengunakan galah buluh dan ada mata pisau dihujung bagi memotong tangkainya.