KETAHUI 10 GEJALA DIABETES YANG PERLU ANDA WASPADAI…!

KETAHUI 10 GEJALA DIABETES YANG PERLU ANDA WASPADAI…!

  1. Sering buang air kecil, terutama pada waktu malam.
  2. Cepat merasa lapar dan dahaga.
  3. Berat badan menurun sebaliknya nasfu makan bertambah.
  4. Cepat merasa lelah dan mengantuk.
  5. Mudah timbul busul atau abses dengan kesembuhan yang lama.
  6. Gatal-gatal, terutama pada kelamin bahagian luar.
  7. kesemutan/ kebas-kebas.
  8. Gairah sex menurun
  9. Penglihatan kabur, ditandai dengan seringnya berganti ukuran mata.
  10. Ibu yang melahirkan bayi lebih dari 4kg.

APAKAH KESAN-KESAN AKIBAT KENCING MANIS?

komplikasi_diabetes

Kencing manis adalah sindrom meningkatnya kadar gula dalam darah yang dapat mengakibatkan komplikasi yang meliputi hampir semua organ tubuh anda seperti gambar diatas.

Kebanyakan pesakit kencing manis yang saya jumpai mengalami salah satu atau lebih komplikasi kencing manis seperti gambar diatas. Ada pesakit tahan selera makan sehingga badannya lemah letih lesu. Ada yang rosak buah pinggang dan perlu cuci darah beberapa kali setiap minggu. Ada yang kehilangan gigi dan tidak mampu makan ayam daging lagi. Ada yang berluka dan lukanya mengeluarkan bau busuk sehingga ahli keluarga jauhi dari mereka. Ada yang terjejas penglihatannya dan sentiasa langgar jatuh. Semua perkara ini menjadikan pesakit kencing manis tiada “Umph” apabila menghadapi kehidupan harian.

Saya juga tanya pesakit-pesakit kencing manis: “Apa-apa pelan selepas badan sehat?”. Walaupun setiap pesakit mempunyai pelan-pelan yang berlainan, namun, jawapan mereka tidak lain daripada kebebasan. Mereka nak buat apa yang mereka ingin lakukan seperti menjaga pokok bunga, mengambil makanan kegemaran, berlancong, berkerja, membawa kanak-kanak pergi kolam berenang dan sebagainya.

sumber : http://garambuluhhk3.weebly.com/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *