Herba-herba yang boleh digunakan untuk merawat penyakit kencing Manis dan menurunkan paras gula dalam darah.
Petua dari sahabat
Air Rebus untuk diabetis
Didihkan air
1. Halba
2. Halia
3. 3 batang Serai
Rebus sehingga beberapa Kali menggelegak
Tambah madu Dan perah limau
1. Petua dari guru kami
- 1 biji buah epal
- 2 biji tomato hijau
- 2 batang daun saleri
- 1 biji timun batang
- 7 helai daun belalai gajah
- 1 biji lobak merah
Semuanya dikisar dan diminum setiap hari
2. Dari G-Less
-
Peria Katak
Kaya dengan zat besi dan dapat merawat darah yang bertoksin dalam badan. Sangat baik untuk penghidap diabetes
- Misai Kucing
Membantu kurangkan kolestrol dalam darah. Baik untuk merawat lemah jantung, darah tinggi, kencing manis, sakit sendi dan batu karang
- Mahkota Dewa
Membantu meningkatkan sistem imun dalam badan dan mengurangkan lemak di pembuluh darah.
- Hempedu Bumi
Ekstrak Hempedu Bumi Meningkatkan pertahanan badan untuk melawan penyakit dan merawat luka. Ia baik untuk memulihkan tenaga dan sentiasa cergas
- Pegaga
Bantu meningkatkan aliran oksigen dan aliran darah dalam badan. Juga baik untuk merawat sengal sengal badan.
- Paper Nigrum (Lada Hitam)
Kaya dengan potasiun yg boleh menurunkan tekanan darah. Ia juga membantu melawaskan sistem penghadaman dan dpt menyingkirkan angin dlm badan
- Halba
Halba membantu utk menurunkan paras gula dalam darah dan juga mampu merendahkan kolestrol dalam badan. Ia juga baik untuk jantung dan melancarkan peredaran darah
- Jintan Kasar
Membantu melancarkan dan menstabilkab peredaran darah. Ia juga membantu menyihatkan sistem pencernaan
- Daun Pecah Beling
Mengandungi vitamin B1,B2 dan vitamin C. Baik untuk mengawal gula dalam darah. Ia juga boleh menurunkan kadar gula dalam darah dan baik untum mencegah kanser.
-
Ekstrak Daun Tin
Membantu menurunkan kadar kolestrol darah. Ia mengandungi salah satu antioksidan iaitu polifenol. Bahan ini juga baik untuk menyegarkan badan
3. Triple -T
- Membantu melindungi hati dan ginjal serta menghasilkan sel-sel organ dalaman yang lebih sihat.
- Ia juga sangat berkesan dalam mengawal gula dan tekanan darah secara efektif
- Membantu mencuci dan mengeluarkan toksin dalam badan.
- Melawaskan pembuangan air kecil dan mencairkan batu karang.
- Kandungan bahan aktifnya membantu menghalang penukaran karbohidrat kepada gula.
- Sumber antioksidan terbaik yang meningkatkan metabolisme badan serta mengurangkan stress.
- Ia juga menstabilkan tekanan darah, menyihatkan jantung, membunuh sel-sel kanser serta mengurangkan paras kolestrol jahat selain membantu dalam penjagaan kesihatan kulit.
4. 12 Jenis Herba Ubat Kencing Manis Tradisional
- Gymnema Sylvestre
- Cengkih
- Rosemary
- Oregano
- Daun Sage
- Daun Kari
- Bawang Putih
- Halia
- Kunyit
- Lada Cayenne
- Marjoram
- Ginseng
- Garam Buluh Hk3
dari : https://www.hk3.com.my
5. Persatuan Diabetes Malaysia (kini dikenali sebagai Diabetes Malaysia) dalam keluarannya, Steps To A Healthy Life, Diet & Diabetes (2013) ada menyenaraikan contoh suplemen dan peranannya dalam diabetes.
Antara herba yang terbukti boleh membantu dalam penurunan paras gula pesakit diabetes ialah seperti di bawah.
- Misai kucing
Menggalakkan perembesan insulin oleh kelenjar pankreas. Misai kucing (orthosiphon stamineus) merupakan sejenis tanaman hiasan yang popular dalam kalangan pesakit diabetes kerana kebolehannya untuk membantu menurunkan paras gula. Kajian makmal telah membuktikan bahawa pengambilan ekstrak daun misai kucing menggalakkan perembesan insulin oleh kelenjar pankreas.
Misai kucing juga didapati tidak memberi kesan sampingan terhadap hati dan buah pinggang. Namun, kajian selanjutnya perlu dijalankan untuk memastikan keselamatannya jika diambil dalam jangka masa yang panjang.
- Daun pegaga
Menurunkan paras gula. Daun pegaga (centella asiatica) telah digunakan dalam perubatan tradisional India, Ayurveda, sejak beratus tahun dahulu. Kajian makmal telah menunjukkan ekstrak bahan etanol dan metanol daripada daun pegaga mempunyai khasiat untuk membantu menurunkan paras gula dalam darah dengan membantu perembesan insulin.
Daun pegaga boleh diambil secara mentah sebagai ulam atau dijadikan jus. Kini, zat pegaga boleh didapati dalam bentuk kapsul.
Maka pesakit perlulah memaklumkan kepada doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan bagi mengelakkan sebarang kesan yang boleh memudaratkan.
- Hempedu bumi
Mengurangkan pencernaan dan penyerapan gula. Hempedu bumi (andrographis paniculata) merupakan sejenis tumbuhan yang berasal dari Asia Tenggara, China dan India yang digunakan sejak berabad yang lalu. Dalam rawatan diabetes, kajian makmal menunjukkan ekstrak metanol daripada tumbuhan ini mampu mengurangkan pencernaan dan penyerapan gula ke dalam darah dan membantu mengawal paras gula selepas makan,
Selepas pengambilan selama 30 hari, kajian yang sama turut mendapati hempedu bumi membantu meningkatkan kepekaan insulin dan mempercepat pemindahan gula daripada darah ke dalam sel untuk dijadikan tenaga, Kini, hempedu bumi boleh didapati dalam bentuk kapsul yang dijual di pasaran namun ada juga yang mengambil air rebusan atau memakan daunnya yang segar.
Terdapat beberapa kesan sampingan yang mungkin berlaku dengan pengambilan hempedu bumi seperti pening, letih dan cirit-birit. Tumbuhan ini juga mempunyai potensi untuk menyebabkan interaksi bersama ubat moden jika diambil bersama.
- Peria katak
Mampu bertindak seperti insulin. Peria katak (momordica charantia) banyak ditanam di Asia Selatan, Asia Tenggara dan China manakala buahnya merupakan sayur yang paling pahit di dunia kerana kandungan kuinin yang tinggi.
Dalam perubatan Ayurveda India, peria katak sering diperlihatkan sebagai sejenis “insulin tumbuhan”. Oleh itu, peria katak disyorkan untuk pesakit diabetes.
Di Filipina, teh peria katak digunakan untuk mengawal diabetes bagi orang miskin yang tidak mampu mendapatkan rawatan moden. Peria katak dikatakan mampu menyerupai tindakan insulin kerana buah dan bijinya mengandungi protein Polypeptide-K yang efektif terhadap diabetes. Selain itu, tumbuhan ini juga membantu merencat penyerapan gula di usus dan menggalakkan sel-sel menggunakan gula dengan lebih efektif untuk ditukarkan menjadi tenaga. Peria katak juga membantu mengurangkan paras gula dengan merencat penghasilan gula oleh hati.
Oleh itu, anda perlu berhati-hati kerana pengambilan peria katak bersama ubat moden boleh menyebabkan paras gula turun terlalu rendah (hipoglisemia).
- Mas cotek
Meningkatkan rembesan insulin oleh kelenjar pankreas. Mas cotek atau nama saintifiknya ficus deltoidea ialah sejenis tumbuhan meliar dan didapati daunnya kaya dengan bahan antioksidan serta vitamin C.
Dari sudut rawatan diabetes, kajian makmal mengatakan mas cotek mampu menurunkan paras gula dengan cara meningkatkan rembesan insulin oleh kelenjar pankreas dan menggalakkan pengambilan gula oleh sel untuk ditukarkan menjadi tenaga.
- Buah mengkudu
Membantu memelihara sel-sel di pankreas. Buah mengkudu (morinda citrifolia) telah digunakan sejak turun-temurun dalam perubatan tradisional terutama dalam kalangan masyarakat Melayu.
Buah mengkudu dikatakan tinggi dengan karbohidrat dan serat pemakanan seperti vitamin C dan B3, zat besi dan kalium (potassium). Buah mengkudu diambil dengan memakan buahnya yang berasa sedikit pahit atau dijadikan jus.
Mas cotek kini tersedia dalam bentuk kapsul untuk memudahkan pengambilan. Selain itu, ada yang mengambil daunnya yang telah dikeringkan atau meminum air rebusannya. Kajian makmal menunjukkan bahawa pengambilan jus mengkudu telah membantu insulin bertindak lebih baik untuk menurunkan paras gula dalam darah.
Jus mengkudu juga dipercayai membantu memelihara sel-sel di pankreas, maka penghasilan insulin berlaku dengan lebih banyak dan berkesan.
Oleh sebab jus mengkudu mengandungi sejenis elektrolit yang dipanggil potassium, anda perlu mendapatkan nasihat doktor atau pegawai farmasi sebelum mengambilnya. Hal ini kerana dikhuatiri mempunyai interaksi dengan ubat moden dan menyebabkan hiperkalemia, satu peningkatan tahap potassium yang amat berbahaya.
6. Ubat kencing manis tradisional? Ini Petua 11 Herba untuk kawal gula!
dari http://nikmatterbaik.blogspot.com
Ubat kencing manis paling berkesan tradisional yang di gunakan di rumah di seluruh dunia.
11. Peria Katak.
Sayur yang terkenal dengan rupa hodoh, berkulit menggerutu seperti katak puru ini memang di kenali ramai dengan rasanya yang pahit. Tetapi khasiat peria katak untuk kencing manis memang banyak!
Sehingga banyak kajian saintis di seluruh dunia dilakukan untuk membuktikan dakwaan ini. Baca lebih lanjut tentang kebaikan peria katak untuk ubat kencing manis di sini!
Kayu manis sebagai ubat kencing manis alternatif. Sumber: Pinterest |
10. Rempah Kayu manis
Daun kari sebagai rawatan tradisional untuk kencing manis. Sumber: Organicfacts.net |
9. Rempah Daun Kari.
Halia bagus untuk pesakit kencing manis. Sumber: Selfhacked.com |
8. Rempah Halia
Biji halba atau fenugreek digunakan meluas oleh orang india. Sumber: Naturallydaily.com |
7. Biji Halba
Amalkan penggunaan biji halba dalam kehidupan seharian. Tak kiralah melalui masakan ataupun di rendam dengan air semalaman.
Kunyit ada banyak kebaikan untuk merawat kencing manis secara tradisional. Sumber: Superlife.com |