Nama Tempatan | Mas Cotek |
Nama Saintifik | Ficus Deltoidea |
Nama Lain | Sempit-sempit, Tabat barito, Mistletoe� fig, dan Kangkalibang |
Famili | Moraceae |
Khasiat Mas Cotek
Dalam usaha mengumpul info khazanah herba di Malaysia, kami susun dan senaraikan pelbagai herba dan ulam yang terdapat di Malaysia. Moga ianya menjadi manafaat untuk semua. Amalan memakan ulam-ulaman segar oleh masyarakat kampung, menjadikan mereka hidup sihat sepanjang hayat. Moga ilmu dan khazanah ini tidak hilang di telan zaman.
Artikel kali ini membincangkan tentang Khasiat Mas Cotek yang mana mempunyai pelbagai nama dan khasiat seperti Baik untuk kencing manis, Ficus deltoidea, melancarkan perjalanan darah, Membuang kolestrol dan lemak, Mengecutkan rahim peranakan, Mengeluarkan toksin dalam badan, mengubati darah tinggi, Merangsang Hormon Lelaki, pokok mas cotek.
Pengenalan
Pokok Emas Cotek ataupun Mas Cotek merupakan sejenis pokok herba yang digunakan dalam bidang perubatan Melayu. Dalam perubatan Melayu pokok mas cotek ini dibahagikan kepada mas cotek jantan (berdaun kecil) dan betina (berdaun besar) .
Mas cotek atau dalam bahasa saintifiknya, Ficus deltoidea merupakan tumbuhan yang kini mula mendapat perhatian, khususnya di kalangan pengamal perubatan tradisional. Selain Tongkat Ali dan Kacip Fatimah, Mas cotek dikenali kerana khasiatnya yang dapat merawat pelbagai jenis penyakit dan baik untuk penjagaan kesihatan.
Nama Mas cotek adalah merupakan nama tempatan yang popular di pantai timur Semenanjung Malaysia. Di negeri Sabah dan Sarawak, juga Kepulauan Kalimantan, tumbuhan ini dikenali dengan nama ‘sempit-sempit’. Terdapat juga suku kaum di Sabah yang menggelarnya sebagai ‘agoluran’. Di Indonesia, tumbuhan ini dipanggil ‘tabat barito’ dan beberapa nama di daerah lain seperti ara jelatih, ara tunggal, api-api telinga gajah dan api-api telinga kera. Di Afrika pula, ia dikenali sebagai ‘Kangkalibang’. Walaupun sedemikian, nama Mas cotek adalah merupakan nama yang paling popular dan dikenali jika dibandingkan dengan nama-nama tempatan yang lain.
Nama Mas cotek diberi disebabkan oleh bintik-bintik halus berwarna emas yang terdapat pada permukaan atas setiap helaian daun tumbuhan ini. Di Malaysia, para saintis telah mengenalpasti bahawa terdapat lebih daripada 80 spesis tumbuhan tergolong di dalam keluarga Ficus deltoidea. Tumbuhan yang dikenali sebagai ara juga merupakan salah satu spesis keluarga Ficus deltoidea. Ficus deltoidea Jack atau Mistleteo fig adalah di antara spesis yang diklasifikasikan secara saintifik dan ia tergolong dalam keluarga Moraceae.
Khasiat
Mas cotek dikatakan merupakan pusaka asli wanita dalam warisan perubatan Melayu. Ia diamalkan bagi mengecutkan saluran peranakan dan merapatkan pintu rahim serta mengembalikan rahim pada kedudukan asal serta mengukuhkannya. Disamping itu, dipercayai rebusan daun mas cotek juga mampu memecah lemak serta membuang kolestrol berlebihan dalam saluran darah dan menghindari pengamal dari sakit kepala (migraine) dan angin ahmar.
Untuk perubatan, pokok ini berkesan untuk menyembuh dan membetulkan kerosakan urat saraf dengan cara mengeringkan 2-3 helai daunnya (campuran antara pokok jantan dan betina) dan direbus dengan 3 cawan air hingga tinggal secawan. Minum airnya bila suam. Ia juga boleh digunakan untuk mengembalikan rahim kekedudukan asal dan mengecutkan rahim untuk perempuan baru lepas bersalin. Ia juga boleh digunakan untuk mengubat paru-paru berair. Selain dari daun dan akarnya yang direbus, buahnya juga boleh dimakan (sebanyak 3-5 biji sehari) untuk menyihatkan badan
Air rebusan daun, batang, akar, dan buah mas cotek terbukti dapat menyembuhkan penyakit paru-paru berair, sakit pinggang, mengurangkan keletihan, dan yang paling utama ialah ia mampu meningkatkan keinginan seks bagi pasangan suami isteri. Ia juga dipercayai dapat bertindak balas terhadap rangsangan hormon lelaki untuk meningkatkan daya ketegangan alat kelamin. Daun mas cotek boleh dipetik dan dikunyah semasa segar.
Ia juga boleh dikeringkan agar lebih tahan lama. Apabila diperlukan, rebus daun kering tadi dan minum airnya bagi memulihkan tenaga.
- Herba mas cotek dipercayai dapat menyembuhkan, membetulkan kerosakan urat saraf dan mengekalkan keayuan serta awet muda.
- Herba mas cotek dipercayai dapat diminum sebagai tonik kaum wanita dan sering digunakan untuk mengembalikan rahim ke kedudukan asal serta mengecutkan rahim untuk perempuan baru lepas bersalin.
- Herba mas cotek dapat dipercayai boleh merawat sakit paru-paru berair, kencing manis, buasir, darah tinggi, lemah jantung, cirit-birit dan meningkatkan keinginan seks lelaki dan wanita.
- Herba mas cotek dipercayai dapat membantu mengatasi masalah-masalah berkaitan kaum wanita seperti keputihan dan membantu menambah tenaga.
Antaranya penyakit yang dapat dibantu:
- Mengeluarkan toksin dalam badan
- Melancarkan perjalanan darah
- Sakit urat saraf
- Gout
- Kencing manis
- Darah tinggi
- Membuang kolestrol dan lemak
- Buasir
- Migraine /sakit kepala
- Paru-paru berair
- Pemulih tenaga batin
- Sakit puan
- Senggugut
- Sakit pinggang
- Keletihan
- Masalah tidur
- Merangsang Hormon Lelaki
- Mengecutkan rahim peranakan
- Merapatkan pintu rahim
- Sakit lutut
- Mencantikkan dan melicinkan kulit
Cara-cara merebus dan mengamalkannya:
- Herba mas cotek hendaklah direbus sebanyak 6 liter air atau bersamaan dengan 4 x 1.5 liter air saiz botol air mineral sehingga mendidih atau selama 45 minit sehingga pati dari batang, daun, buah, ranting dan akarnya keluar.
- Tapis air rebusan tadi dan batang daun hasil rebusan mas cotek tadi. Anda boleh menyimpan air rebusan mas cotek ke dalam peti ais (agar tahan lebih lama) atau di luar (habiskan sebelum 3 hari).
- Amalkan meminum air rebusan mas cotek sekurang-kurangnya 5 – 6 gelas sehari dan amalkan sebagai minuman harian.
- Tiada jangkaan had umur untuk mengamalkan air herba ini.
- Minuman seisi keluarga ini sesuai untuk semua jenis jantina.
Bahan tanaman boleh dibiakkan dengan menggunakan anak benih atau keratan batang.
Mas cotek boleh ditanam di atas batas dengan jarak tanaman 1.2 m antara pokok dalam baris dan 2 m antara baris.
Pengutipan hasil hendaklah dijalankan pada jarak masa 4 bulan sekali dengan memotong pucuk muda (20 cm panjang).
Kadar pembajaan yang diperlukan bagi tanah berpasir ialah 10 t/ha najis ayam dan 2 t/ha baja sebatian NPK=10:10:10 pada jarak masa enam bulan sekali.
Baja organik najis ayam tidak diperlukan bagi tanah aluvium.
Potensi hasil kering adalah dalam lingkungan 2-3 t/ha.
Kegunaan- merawat paru-paru berair, mengecutkan rahim dan mengembalikan rahim pada kedudukan asal, membantu mengelakkan penyakit batu karang, merawat penyakit buah pinggang, memulihkan tenaga batin, melancarkan perjalanan darah, mengatasi masalah buasir dan sembelit dan menangani masalah mati pucuk dan resdung.
Saya minum daun kering mascotex tetapi selepas seminggu terhidu bau mascotex dalam pernafasan dan seluruh badan. Mohon penjelasan apa kah ini boleh memudaratkan kesihatan saya???