Khasiat Pokok Letup-letup/Ulat Bulu

Nama Saintifik: Passiflora foetida
Nama Lain: Letup-letup, letup letup kelambu,Foetid Passion Flower,Stinking Passion Flower,Wild Maracuja,
Famili: Passifloraceae
Asal: Amerika selatan dan Barat India

Khasiat Pokok Letup-letup/Ulat Bulu

Dalam usaha mengumpul info khazanah herba di Malaysia, kami susun dan senaraikan pelbagai herba dan ulam yang terdapat di Malaysia. Moga ianya menjadi manafaat untuk semua. Amalan memakan ulam-ulaman segar oleh masyarakat kampung, menjadikan mereka hidup sihat sepanjang hayat. Moga ilmu dan khazanah ini tidak hilang di telan zaman.

Artikel kali ini membincangkan tentang Khasiat Pokok Letup-letup/Ulat Bulu yang mana mempunyai pelbagai nama dan khasiat seperti , , , , , , , , .

Pengenalan

Pokok Buah Ulat Bulu – Passiflora foetida

Pokok ini merayap dan memanjat menggunakan sulur paut. Daun dan batangnya diselaputi bulu halus.  Batang dan daunnya berminyak dan apabila tersentuh pokok ini mengeluarkan bau.  Buahnya kecil sebesar guli bewarna hijau dan apabila masak bertukar menjadi kuning.  Ia diselaputi lapisan bersabut dan berbulu yang memberikan namanya, Buah Ulat Bulu.  Isinya berbiji kecil diselaputi palpa yang rasa manis dan masam seperti buah markisa.  Rasanya enak.  Bunga pokok ini juga kelihatan cantik.
Di negara kita pokok ini kebiasaannya dianggap rumpai.  Sebenarnya pucuk pokok buah ulat bulu enak dimasak sayur air (sayur manis) yang dicampur dengan pucuk kayu manis, pucuk keledek dan lain-lain.  Antara khasiatnya aalah ia boleh membuatkan anda merasa tenang.
Pokok ini berasal dari Amerika Selatan dan Amerika Tengah dan telah digunakan oleh orang tempatan untuk perubatan.   Akarnya digunakan untuk melegakan kejang otot dan juga digunakan untuk tenangkan orang yang diserang  histeria.  Daun yang dilumatkan digunakan untuk mengurangkan bengkak apabila tercedera.

khasiat pokok ulat bulu,letup-letup

Khasiat

Digunakan dalam perubatan tradisional untuk merawat penyakit kulit seperti gatal-gatal. juga untuk merawat luka dan batuk.Untuk merawat gatal-gatal kulit, keseluruhan pokok ini diambil dan dibersihkan. Kemudian rebus hingga mendidih dan sejukkan air rebusan hingga suam. Air digunakan gunakan untuk membasuh bahagian yang terlibat.Air rebusan ini juga boleh diminum untuk melegakan batuk.

Pucuk dan bunganya boleh dicelur dan dijadikan ulam. Rasanya lemak lemak dan sedap dimakan dengan sambal belacan. Selain itu, pucuknya yang dicampur dengan pucuk kayu manis, pucuk keledek dan lain-lain juga enak dimasak sayur air.

Bagi merawat gatal-gatal kulit, beberapa batang pokok leletup diperlukan. Seluruh pokok termasuk akarnya sekali dibersihkan lalu direbus sehingga mendidih. Setelah suam, airnya digunakan sebagai air basuhan. Bagi merawat batuk pula, cara yang sama digunakan cuma air rebusannya diminum setelah suam. Untuk merawat luka, beberapa helai daun dilumatkan lalu dipupuk pada bahagian yang luka.

khasiat pokok ulat bulu,letup-letup 2

Antara manfaatnya untuk anda adalah merawat gatal pada kulit, luka dan melegakan batuk.
A. Gatal Pada Kulit
1. Ambil beberapa batang pokok letup-letup.
Pastikan anda mengambil seluruh bahagian pokok letup-letup. Termasuklah bahagian akarnya sekali.
2. Seperti biasa, bersihkanlah dulu keseluruhan bahagian pokok tersebut.
3. Kemudian, rebuskan pokok letup-letup sehingga mendidih.
4. Setelah mendidih, biarkan air rebusan itu sehingga suam.
5. Akhir sekali, sapukanlah air rebusan tersebut pada bahagian kulit anda yang terasa gatal.
B. Melegakan Batuk
1. Sama seperti langkah no. 1 hingga 4 untuk cara merawat gatal kulit di atas.
2. Apa yang membezakannya, anda perlu minum air rebusan tu secara perlahan-lahan.
1. Dapatkan beberapa helai daun pokok letup-letup.
2. Bersihkan daun letup-letup tadi dan lumatkannya.
3. Bubuh atau tepek daun yang telah dilumatkan pada bahagian badan anda yang luka.
khasiat pokok ulat bulu,letup-letup 4

Habitat

Pokok ulat bulu ini merupakan sejenis tumbuhan yang begitu mudah dijumpai di kawasan-kawasan yang terbiar.Kadar pertumbuhannya begitu cepat sehingga ia dapat menguasai sesuatu kawasan dalam tempoh yang singkat.Tumbuhan ini juga adakalanya menjadi tumbuhan tutup bumi di kawasan-kawasan seperti ladang getah. Ia merupakan sejenis tumbuhan menjalar. Ia mempunyai batang yang kecil dan keras seperti wayar.Permukaan batangnya di litupi oleh rerambut halus yang pendek dan melekit.Daunnya mempunyai 3 cabang seperti daun anggur. daunnya berbau kuat dan agak busuk jika dihancurkan. Tumbuhan ini menjalar dengan menggunakan sulur paut.Bunganya berwarna putih. Buahnya berwarna hijau ketika muda dan menjadi oren kemerahan apabila masak.Tampuk buah/bunga berbentuk seperti jaring yang melindungi buah/bunga dan berwarna hijau. ia seolah-olah perangkap kepada serangga, namun tiada fakta yang membuktikan ia menghadamkan serangga yang terperangkap didalamnya. Tumbuhan ini masih belum dikelaskan kedalam kategori tumbuhan karnivor ,tetapi banyak kajian yang sedang dijalankan keatasnya.buahnya mengandungi banyak biji benih berwarna hitam.Biji benih ini dilitupi oleh isi buah yang berwarna putih, lembut berair dan manis.Buah ini boleh dimakan.

Sumber : http://www.khasiatherba.com/ulam/khasiat-pokok-letup-letupulat-bulu.html

1 Comment

  1. KHAIRUNNISA BINTI MOHAMMAD MAHADI Reply

    boleh saya tahu dimana saya boleh dapatkan pokok ini utk tujuan fyp saya..terima kasih 😀

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *