Khasiat Senduduk Putih

Nama Saintifik Melastoma malabathricum
Nama Lain Senduduk Putih
Famili Melastomaceae

senduduk_putih Merupakan tumbuhan renek yang berketinggian sekitar 1 hingga 1. 5 meter. Namun terdapat juga yang mencapai ketinggian hingga 8 meter jika tumbuh dikawasan bertanah tinggi seperti Cameron Highland. Daunnya berbentuk ringkas dengan permukaan daun yang agak kesat dan mempunyai bulu halus yang keras. Daunnya mempunyai lebar sekira 2 hingga 5 cm dan mempunyai panjang sekitar 5-7 cm. Berbanding dengan spesis berwarna ungu jenis berbunga putih ini agak sukar dijumpai walaupun tumbuh liar disesetengah tempat. Ia mudah membiak jika menggunakan biji benih berbanding dengan keratan batang. Biji benihnya yang tua memerlukan penjagaan rapi kerana mudah terdedah kepada sejenis kulat yang merosakkannya.

Kegunaan dan khasiat
Dari segi perubatan tradisional, senduduk putih merupakan tumbuhan yang mempunyai nilai perubatan yang tinggi. Bunga senduduk putih dikatakan mempunyai khasiat mengubati batuk yang lama.

Ia juga dikatakan dapat mengubati kanak-kanak yang mempunyai masalah pertuturan (lambat boleh bercakap). Daunnya yang tua ditumbuk bersama kunyit hidup dan dicampur dengan air digunakan untuk merawat masalah cirit birit dan berak berdarah.

Untuk mengubati penyakit keputihan yang biasa dialami oleh wanita, dua ranting senduduk putih direbus bersama sedikit gula batu, halia dan daun bonglai untuk diminum air

Pokok senduduk putih boleh dijadikan ubat terkena racun atau santau. Daun senduduk boleh digunakan untuk menghilangkan parut.

2 comments

Leave a Reply to Yusri Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *