Info dan Khasiat Bunga Kantan
Pengenalan Nama Pokok Herba: KANTAN Nama saintifik: Phaeomeria speciosa Koord Pokok herba monocot yang berasal dari Malaysia ini ditanam di sekitar rumah kampung untuk jambak bunganya dengan mengunakan rizomnya untuk pertumbuhan. Ia mempunyai daun yang agak panjang seakan akan pokok lengkuas tapi lebih besar. Jambak bunganya juga mempunyai tangkai yang panjang dan terkeluar dari pangkal
Khasiat Bunga Kantan
Dalam usaha mengumpul info khazanah herba di Malaysia, kami susun dan senaraikan pelbagai herba dan ulam yang terdapat di Malaysia. Moga ianya menjadi manafaat untuk semua. Amalan memakan ulam-ulaman segar oleh masyarakat kampung, menjadikan mereka hidup sihat sepanjang hayat. Moga ilmu dan khazanah ini tidak hilang di telan zaman.
Artikel kali ini membincangkan tentang Khasiat Bunga Kantan yang mana mempunyai pelbagai nama dan khasiat seperti Bunga gantang, Bunga kantan, darah tinngi, membersihkan luka, Menguatkan tenaga batin bagi lelaki, Mengubati sakit telinga, Merawat kencing manis, Phaeomeria speciosa Koord.
Pengenalan
Nama Pokok Herba: KANTAN
Nama saintifik: Phaeomeria speciosa Koord
Pokok herba monocot yang berasal dari Malaysia ini ditanam di sekitar rumah kampung untuk jambak bunganya dengan mengunakan rizomnya untuk pertumbuhan. Ia mempunyai daun yang agak panjang seakan akan pokok lengkuas tapi lebih besar. Jambak bunganya juga mempunyai tangkai yang panjang dan terkeluar dari pangkal tunas daun menyebabkan ianya kelihatan cantik dan unik.
Selalunya jambak bunga kantan yang masih muda dan belum mengembang merupakan perencah utama untuk membuat kuah laksa yang selalunya di sebalah utara. Ianya juga selalu diletakkan dalam lauk asam pedas atau tom yam sebagai pembangkit aroma.
Khasiat/Kegunaan
Di dalam perubatan tradisional Kantan digunakan dan berkhasiat untuk mengubati sakit telinga dan membersihkan luka. Sakit telinga boleh dirawat dengan menggunakan air rebusan buah kantan. Selepas merebus buah kantan selama beberapa minit, air rebusan perlu dititikkan ke dalam telinga. Jika diamalkan selalu, ia bukan saja melegakan kesakitan akibat bengkak malah boleh mengatasi masalah telinga berair.
Merawat kencing manis dan darah tinggi.
Ambil buah kantan, dibersihkan dan direbus. Air rebusan ini disaring dan kemudian diminum seperti biasa. Pengambilan secara teratur dapat mengurangkan masalah ini.
Menguatkan tenaga bati lelaki .
Buahnya yang masak boleh digunakan untuk membantu meningkatkan tenaga batin dengan cara merebus buahnya yang masak dan meminum air rebusannya dan pastikan bertanya kepada pakar atau pengamal perubatan tradisional terlebih dahulu sebelum meminumnya.
Pingback: Rempah Ratus – Petua & Tips
betul ke ni????…….
lawak je!!!!!!!
bunga kantan mana ada biji? lepas berbunga, dia layu di tasik madu.. koi, koi, koi…