Khasiat Bunga Kantan

Info dan Khasiat Bunga Kantan

Pengenalan Nama Pokok Herba: KANTAN Nama saintifik: Phaeomeria speciosa Koord Pokok herba monocot yang berasal dari Malaysia ini ditanam di sekitar rumah kampung untuk jambak bunganya dengan mengunakan rizomnya untuk pertumbuhan. Ia mempunyai daun yang agak panjang seakan akan pokok lengkuas tapi lebih besar. Jambak bunganya juga mempunyai tangkai yang panjang dan terkeluar dari pangkal

Khasiat Bunga Kantan

Dalam usaha mengumpul info khazanah herba di Malaysia, kami susun dan senaraikan pelbagai herba dan ulam yang terdapat di Malaysia. Moga ianya menjadi manafaat untuk semua. Amalan memakan ulam-ulaman segar oleh masyarakat kampung, menjadikan mereka hidup sihat sepanjang hayat. Moga ilmu dan khazanah ini tidak hilang di telan zaman.

Artikel kali ini membincangkan tentang Khasiat Bunga Kantan yang mana mempunyai pelbagai nama dan khasiat seperti , , , , , , , .

Pengenalan

Nama Pokok Herba: KANTAN
Nama saintifik: Phaeomeria speciosa Koord

Pokok herba monocot yang berasal dari Malaysia ini ditanam di sekitar rumah kampung untuk jambak bunganya dengan mengunakan rizomnya untuk pertumbuhan. Ia mempunyai daun yang agak panjang seakan akan pokok lengkuas tapi lebih besar. Jambak bunganya juga mempunyai tangkai yang panjang dan terkeluar dari pangkal tunas daun menyebabkan ianya kelihatan cantik dan unik.

Selalunya jambak bunga kantan yang masih muda dan belum mengembang merupakan perencah utama untuk membuat kuah laksa yang selalunya di sebalah utara. Ianya juga selalu diletakkan dalam lauk asam pedas atau tom yam sebagai pembangkit aroma.

khasiat bunga kantan

Khasiat/Kegunaan

Di dalam perubatan tradisional Kantan digunakan dan berkhasiat untuk mengubati sakit telinga dan membersihkan luka.  Sakit telinga boleh dirawat dengan menggunakan air rebusan buah kantan.  Selepas merebus buah kantan selama beberapa minit, air rebusan perlu dititikkan ke dalam telinga.  Jika diamalkan selalu, ia bukan saja melegakan kesakitan akibat bengkak malah boleh mengatasi masalah telinga berair.

Air pencuci luka badan
Bagi mereka yang mengalami masalah sakit telinga, bunga kantan dikatakan boleh digunakan untuk menghilangkan masalah ini. Caranya ialah dengan merebus buah kantan selama beberapa minit. Selepas airnya disejukkan, titikkan air tersebut ke dalam telinga.
Dikatakan jika diamalkan selalu, bukan sahaja setakat melegakan kesakitan akibat bengkak, malah mampu mengatasi masalah telinga berair. Buah kantan juga dikatakan boleh digunakan sebagai ubat bagi menghilangkan lendir dan kahak pada tekak.
Selain itu, buah kantan juga dikatakan mampu digunakan untuk menguatkan tenaga batin bagi lelaki. Dikatakan buahnya yang masak boleh digunakan untuk membantu meningkatkan tenaga batin dengan cara merebus buahnya yang masak dan meminum air rebusannya dan pastikan bertanya kepada pakar atau pengamal perubatan tradisional terlebih dahulu sebelum meminumnya kerana tanpa sukatan yang betul badan anda akan terasa kepanasan dan mungkin menimbulkan masalah lain.
Daun pokok kantan turut mempunyai khasiatnya tersendiri. Bagi mereka yang mengalami luka di badan, bolehlah merebus daun kantan. Air rebusan daun yang masih suam dikatakan boleh digunakan sebagai air pencuci luka dengan cara melumurkannya ke seluruh bahagian luka.

khasiat bunga kantan 1

Merawat kencing manis dan darah tinggi.

Ambil buah kantan, dibersihkan dan direbus. Air rebusan ini disaring dan kemudian diminum seperti biasa. Pengambilan secara teratur dapat mengurangkan masalah ini.

Menguatkan tenaga bati lelaki .

Buahnya yang masak boleh digunakan untuk membantu meningkatkan tenaga batin dengan cara merebus buahnya yang masak dan meminum air rebusannya dan pastikan bertanya kepada pakar atau pengamal perubatan tradisional terlebih dahulu sebelum meminumnya.

Hilangkan bau badan wanita lepas bersalin
Bunga kantan mengandungi khasiat yang agak sederhana. Dalam setiap 100g (gram) bahagian yang boleh dimakan mengandung air 89.2g, protein 1.6g, lemak 1.3g, karbohidrat 5.5g, serat 1.4g, kalsium 55mg, fosforus 11mg, ferum 3.4mg, natrium 11mg, kalium 453mg, vitamin B1 0.02mg, niasin 0.2mg dan vitamin C 14mg. Tumbuhan ini juga banyak mengandungi bahan antioksida yang amat baik untuk kesihatan.
Sungguhpun bunga kantan banyak digunakan untuk tujuan masakan, namun ia dikatakan turut mempunyai khasiat ubatannya yang tersendiri. Bunga pokok kantan ini boleh digunakan untuk tujuan awet muda. Pokoknya juga dikatakan boleh menghilangkan bau badan terutama bagi wanita yang baru lepas bersalin. Caranya ialah dengan mengambil beberapa batang pokok kantan yang segar. Potong batangnya pendek-pendek dan ditumbuk hingga lumat. Rebus hingga mendidih dan apabila air ini telah sejuk, gunakan sebagai air mandian.
Biji pokok kantan pula dikatakan boleh digunakan sebagai penambah selera makan serta menghilangkan rasa kurang bermaya. Caranya ialah dengan menumbuk biji pokok kantan ini sehingga lumat. Tos biji untuk mendapatkan airnya. Kemudian campurkan dengan segelas air suam. Minumlah air ini pada waktu pagi dan sebelum tidur. Amalkannya untuk beberapa kali.

 

Cara penanaman pokok kantan.

Cara penanaman pokok khantan.
Pokok kantan memerlukan tanah yang lembab dan subur iaitu yang mengandungi banyak humas.
Pokok khanatan biasanaya  hidup subur di kawasan-kawasan teduh.
Pokok khantan hanya memerlukan sedikit lindungan, biasanya daripada pokok-pokok yang berhampiran atau di kawasan lembapatau lembangan sungai
Menggunakan rizom (ubi) atau biji benih.  Jarak yang sesuai antara satu pokok dengan pokok yang lain ialah 1 meter hingga 2 meter.
Pokok  khantan juga boleh ditanam dengan cara belahan rumpun.
Batang semu berizom yang dibuang daunnya boleh ditanam terus ke tanah.
Pokok khantan mudah hidup tetapi memerlukan tanah yang agak lembap sedikit dan bersaliran baik.
Pokok khantan tidak perlukan penjagaan rapi kecuali batangnya dan pangkalnya disungkup dengan daun reput.
Hanya setahun atau lebih selepas ditanam, pokok kantan mula berbunga dan berbuah.  Selalunya bunga-bunga kantan yang belum kembang dipungut dengan memotong di bahagian pangkal batang.

Sumber : http://www.khasiatherba.com/

4 comments

  1. Pingback: Rempah Ratus – Petua & Tips

  2. fantasiru Reply

    bunga kantan mana ada biji? lepas berbunga, dia layu di tasik madu.. koi, koi, koi…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *