Khasiat Vanila

Klsifikasi

Nama Tempatan :    Vanila,Panili, vanili
Nama Saintifik :   Vanilla Planifolia
Famili :           Orchidaceae


KETERANGAN:

Vanila atau nama saintifiknya Vanilla Planifolia merupakan sejenis tumbuhan dari keluarga orkid (Orchidaceae) . Hari ini vanila mula popular dan ditanam dengan meluas hasil daripada galakan kerajaan yang ingin memartabatkan Malaysia sebagai pengeluar vanila yang ketika di dunia selepas Madagascar dan Indonesia. Ketika ini 90% daripada penghasilan vanila dunia disumbangkan oleh Madagascar dan Indonesia. Ramai antara kita yang masih tidak mengetahui bahawa vanila merupakan sejenis tumbuhan yang merupakan komoditi yang mempunyai pelbagai kegunaan. Di dunia ini terdapat 150 jenis vanila yang dikenal pasti namun hanya 2 spesis utam sahaja yang dikomersialkan hingga kini. Vanila merupakan sejenis tumbuhan memanjat dan lazimnya tumbuh di dalam hutan yang lembap dan basah. Vanila telah lama digunakan oleh penduduk Mexico. ia dijadikan penyegar untuk minuman bercoklat kerana aromanya yang wangi. vanila mula digunakan oleh orang-orang barat seawal tahun 1530 ketika orang-orang Sepanyol menjumpai Mexico. Vanila mula masuk ke Eropah pada tahun 1721. Walaupun vanila dibawa ke tempat lain, masalah yang dihadapi ialah vanila ini tidak mengeluarkan buah. Ini kerana di tempat asalnya pendebungaan vanila dilakukan oleh burung kelicap yang bermuncung panjang dan sejenis lebah yang tidak terdapat di kawasan lain. Hari ini pendebungaan vanila dilakukan oleh manusia. Untuk hidup vanila memerlukan sokongan untuk memanjat. Jenis tumbuhan yang biasa dijadikan sokongan untuk vanila ialah pokok baja (Glyricidia maculata) , lamtoro atau petai belalang dan dedap berduri

 

KEGUNAAN:

Vanila mempunyai pelbagai kegunaan antaranya sebagai ubat , tayar kenderaan ( tayar sintetik) -ubatan moden, cat, perfum, kosmetik

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *