Khasiat Pokok Sabung Nyawa

Info dan Khasiat Pokok Sabung Nyawa

Pokok Sambung Nyawa Nama Saintifik nya: ‘Gynura sarmentosa DC, Calacia procumbensLour. Nama Lainnya: ‘Daun Dewa, Leaves of the Gods, Googoolipid, Mallucan Spinach, Am Akar, Akar Sebiak, Kelemai Merah, Bai Bing Coa, Ngokilo (Jawa), Beluntas Cina (Melayu), She Juan Jao, @ Fujung Jao (Cina) Dalam famili: ‘Asteraceae’. Pokok sambung nyawa banyak digunakan dalam perubatan di Asia

Khasiat Pokok Sabung Nyawa

Dalam usaha mengumpul info khazanah herba di Malaysia, kami susun dan senaraikan pelbagai herba dan ulam yang terdapat di Malaysia. Moga ianya menjadi manafaat untuk semua. Amalan memakan ulam-ulaman segar oleh masyarakat kampung, menjadikan mereka hidup sihat sepanjang hayat. Moga ilmu dan khazanah ini tidak hilang di telan zaman.

Artikel kali ini membincangkan tentang Khasiat Pokok Sabung Nyawa yang mana mempunyai pelbagai nama dan khasiat seperti , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , .

Pokok Sambung Nyawa

Nama Saintifik nya: ‘Gynura sarmentosa DC, Calacia procumbensLour.

Nama Lainnya: ‘Daun Dewa, Leaves of the Gods, Googoolipid, Mallucan Spinach, Am Akar, Akar Sebiak, Kelemai Merah, Bai Bing Coa, Ngokilo (Jawa), Beluntas Cina (Melayu), She Juan Jao, @ Fujung Jao (Cina)

Dalam famili: ‘Asteraceae’.
Pokok sambung nyawa banyak digunakan dalam perubatan di Asia Tenggara seperti Malaysia, Indonesia dan Thailand. Tumbuhan ini dikatakan berasal dari Myanmar dan China yang tumbuh satu hingga 500 meter dari paras laut. Pokok ini mudah membiak melalui keratan batang yang tumbuh di kawasan redup pada kadar cahaya sederhana dan suhu sederhana. Tumbuhan ini mempunyai batang menegak atau bahagian pangkalnya rebah di atas tanah yang mengeluarkan akar, batang basah dan bercabang berwarna ungu.

daun-sabung-nyawa

Pengenalan

Sambung nyawa ada lah jenis tumbuhan tahunan yang banyak di gunakan dalam perubatan di negara-negara asia tenggara seperti di Malaysia, Indonesia dan Thailand. Namun sebenar nya ia adalah tumbuhan asli Myanmar dan Cina.Ia bolih hidup dalam ketinggian 1 hingga 500 meter dari paras laut..

Selain faktor-faktor persekitaran pokok sambung nyawa ini perlukan tanah yang subur, gembur dan mampu menahan air. Membiak melalui keratan batang. Perlukan agak banyak air tetapi tidak terlalu basah dan bertakung dan mudah tumbuh di kawasan yang redup.

Tumbuhan ini berbatang menegak, kadang-kadang bahagian pangkalnya rebah di atas tanah dan keluar akar. Berbatang basah dan bercabang, berwarna keungguan dan berbau harum. Daun tunggal agak tebal dan mudah di patahkan. Berbentuk bulat telur memanjang dan runcing, tepi berjeriji berwarna hijau muda. Bunganya berwarna jingga kuning, berkelamin ganda namun jarang berbunga.

Tumbuhan ini boleh mencapai ketinggian enam meter dan berbau harum dengan daun tunggal yang agak tebal, mudah dipatahkan dan bertangkai. Daun tumbuhan ini yang boleh dimakan mentah sebagai ulam, berkhasiat untuk menurunkan kadar kolesterol, tekanan darah tinggi, rawatan sembelit, kencing manis dan penyakit buah pinggang.

pokok-sambung-nyawa

Kegunaan Dan Khasiat

Daun sambung nyawa dapat mengurangkan kadar kolestrol dan dapat menurunkan tekanan darah tinggi. Di Malaysia ia juga di gunakan untuk merawat sembelit, kencing manis dan kanser. Ia juga di gunakan untuk merawat masaalah buah pinggang. Biasanya ia di makan mentah sebagai ulam. Batang nya sering di gunakan untuk meredakan demam.

Ia juga di gunakan dalam penyembuhan penyakit ginjal, disentri, infeksi kerongkong. Di samping itu ia juga di gunakan untuk menghentikan pendarahan, mengatasi ketidak seimbangan datang haid, melancarkan fungsi ginjal dan gigitan binatang berbisa. Umbinya untuk menghilangkan darah beku (haematom), pembengkakan serta patah tulang.
Cara Penggunaan

Untuk ubat yang di minum, rebus 7 hingga 12 helai daun segar, sementara untuk pemakaian luar, giling daun segar hingga lumat dan tempelkan di tempat yang sakit.

khasiat-pokok-sambung-nyawa

Penanaman dan Pembiakan

Selain faktor-faktor persekitaran pokok sabung nyawa ini perlukan tanah yang subur, gembur dan mampu menahan air. Sebaiknya pada kadar keasaman pH sekitar 5.5 – 7. Ia membiak melalui keratan batang. Perlukan agak banyak air, tetapi tidak terlalu basah dan bertakung.
Kandungan Kimia dan Kesan Farmakologi
Kandungan kimia daun sambung nyawa antara lain, flavonoid (7, 3, 4 trihidroksi-flavon), glikosida kuersetin, fenoleat asid (terdiri dari kafeat asid, penta kumarat, penta-hidroksi benzoate dan vanilat asid) triterpenoid, alkaloid, saponin dan tannin.

Tumbuhan ini bersifat dingin dan neutral. Khasiatnya antara lain ialah antineoplastik, menurunkan panas badan, mengobati sakit limpa, sakit ginjal, sakit kulit, menurunkan tekanan darah, menurunkan gula darah, antimicrobial, antikarsinogenik, sitotoksik terhadap sel kanser, hipertensi, stroke, penyakit jantung, kolesterol tinggi, diabetes, gangguan lambung, radang pita suara, radang tengkuk, batuk dan sinusitis.

benih-sabung-nyawa

Sumber : www.khasiatherba.com/

2 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *