Khasiat Pokok Mengkudu

Info dan Khasiat Pokok MengkuduPengenalan Mengkudu (Basa Aceh: keumeudee, Jawa: pace, kemudu, kudu); cangkudu (Sunda), kodhuk (Madura), tibah (Bali) berasal daerah Asia Tenggara, tergolong dalam famili Rubiaceae. Nama lain untuk tanaman ini adalah Noni (bahasa Hawaii), Nono (bahasa Tahiti), Nonu (bahasa Tonga), ungcoikan (bahasa Myanmar) dan Ach (bahasa Hindi), Tanaman ini tumbuh di dataran rendah hingga pada ketinggian 1500

Khasiat Pokok Mengkudu

Dalam usaha mengumpul info khazanah herba di Malaysia, kami susun dan senaraikan pelbagai herba dan ulam yang terdapat di Malaysia. Moga ianya menjadi manafaat untuk semua. Amalan memakan ulam-ulaman segar oleh masyarakat kampung, menjadikan mereka hidup sihat sepanjang hayat. Moga ilmu dan khazanah ini tidak hilang di telan zaman.

Artikel kali ini membincangkan tentang Khasiat Pokok Mengkudu yang mana mempunyai pelbagai nama dan khasiat seperti , , , , , , , .

Pengenalan

Mengkudu (Basa Aceh: keumeudee, Jawa: pace, kemudu, kudu); cangkudu (Sunda), kodhuk (Madura), tibah (Bali) berasal daerah Asia Tenggara, tergolong dalam famili Rubiaceae. Nama lain untuk tanaman ini adalah Noni (bahasa Hawaii), Nono (bahasa Tahiti), Nonu (bahasa Tonga), ungcoikan (bahasa Myanmar) dan Ach (bahasa Hindi),

Tanaman ini tumbuh di dataran rendah hingga pada ketinggian 1500 m. Tinggi pohon mengkudu mencapai 3-8 m, memiliki bunga bongkol berwarna putih. Buahnya merupakan buah majemuk, yang masih muda berwarna hijau mengkilap dan memiliki totol-totol, dan ketika sudah tua berwarna putih dengan bintik-bintik hitam.

khasiat buah mengkudu 3

Khasiat Buah Mengkudu

Buah mengkudu yang disebut sebagai noni oleh masyarakat barat atau nama saintifiknya morinda citrifolia diketahui begitu kaya dengan pelbagai ramuan ubatan hingga digelar sebagai ratu tumbuhan. Kajian saintifik mengenai mengkudu atau noni telah dilakukan sejak 45 tahun lalu. Saintis pertama yang mengkaji tentang buah Noni ialah seorang ahli biokimia yang terkenal, Dr. Ralph Heinicke. Semasa Dr. Heinicke membuat kajian mengenai bromelain nanas di Hawaii, beliau mendapati nanas mengandungi proxeronine. Pada masa yang sama, beliau turut mendapati kandungan proxeronine dan proxeronase dalam buah Noni lebih tinggi daripada nanas. Maka, Dr. Heinicke telah merumuskan bahawa buah Noni ialah sumber terbaik pembentukan protein dalam badan manusia.

Proxeronine penting untuk mensintesis alkaloid xeronine. Xeronine ialah sejenis protein yang hanya dapat dihasilkan dalam usus manusia. Kekurangan xeronine boleh mengakibatkan pelbagai jenis penyakit. Proxeronine dan proxeronase akan berubah menjadi xeronine melalui tindakbalas biokimia dalam usus. Ini seterusnya boleh mengaktifkan fungsi enzim dalam badan manusia serta merangsang sistem pencernaan, sistem peredaran darah, sistem doktrin dan sistem pembiakan.

Dengan adanya xeronine, ia boleh mencegah pelbagai jenis penyakit seperti diarrhea, asma, diabetes, arthritis, migrain, masalah haid, batuk, sakit tekak, penyakit mulut dan gusi, merendahkan tekanan tinggi, mencegah pertumbuhan parasit dan kulat, merencatkan pertumbuhan sel-sel barah dan lain-lain penyakit lagi.

Xeronine juga menggalakkan pertumbuhan tisu dan mengaktifkan fungsi sel-sel badan. Oleh itu, xeronine turut memperlihatkan kesan yang terserlah untuk patah tulang, salah urat, seranggan serangga, barah, melecur dan terbakar serta menghalang proses penuaan.

Merawat penyakit kronik seperti penyakit barah atau kanser, penyakit jantung, strok, diabetes (jenis 1dan jenis 2), afrodiasiak, kegemukan, tekanan darah tinggi, rheumatism, sakit alergik, masalah pencernaan, masalah pernafasan, masalah tidur, gangguan fungsi otak, penyakit buah pinggang, ataupun tekanan.

Buah mengkudu juga dikatakan dapat merencat pertumbuhan sel-sel barah, mempunyai kesan analgesik (penahan sakit), antiseptik (membunuh kuman) dan menghalang pertumbuhan parasit serta kulat.

Di kalangan masyarakat kepulauan Hawaii, buah mengkudu dianggap sebagai buah ajaib kerana nilai perubatannya yang tinggi. Sebenarnya buah mengkudu atau noni (nama tempatan di Hawaii) telah tercatat dalam manuskrip purba sebagai salah satu bahan utama dalam ramuan perubatan sejak 2,000 tahun lalu.

Seluruh bahagian pokok mengkudu dikatakan mempunyai nilai perubatan yang tersendiri. Biji mengkudu dipercayai boleh digunakan sebagai julap. Daunnya dikatakan mujarab untuk merawat sakit kulit, mengurangkan sakit dan radang kulit. Daunnya dikatakan mujarab untuk merawat sakit kulit, mengurangkan sakit dan radang kulit. Sementara itu, pucuk mengkudu mempunyai bahan kimia yang amat berguna untuk menghalang proses penuaan.

khasiat buah mengkudu 4

Perubatan Tradisional

Buah hijau, daun dan akar/rhizome telah digunakan secara tradisional dalam tradisi Polynesian bagi rawatan senggugut, perut meluas, diabetes, penyakit hati (liver), dan jangkitan pundi kencing.
Mengkudu mempunyai pelbagai kegunaan. Ia telah digunakan sejak turun-temurun dalam perubatan tradisional terutama di kalangan masyarakat Melayu. ‘Penemuan semula’ dan minat masyarakat umum terhadap tanaman ‘ajaib’ ini bermula pada penghujung 1998 selepas penemuan saintifik tentang bahan aktif serta fungsinya oleh seorang ahli biokimia dari Universiti Hawaii.
Satu bancian yang dijalankan di Amerika Syarikat melaporkan sebanyak 22 jenis masalah kesihatan telah dapat dibantu dengan pengambilan mengkudu. Antaranya ialah:
  1. kanser,
  2. kencing manis,
  3. darah tinggi,
  4. tulang,
  5. jantung,
  6. kemurungan,
  7. pernafasan,
  8. penghadaman dan
  9. buah pinggang.
khasiat buah mengkudu 2

 

Ciri Morfologi

Pokok mengkudu bersaiz kecil, tingginya mencapai 8 m dan sentiasa menghijau. Daunnya besar, berwarna hijau tua dan berkilat. Bentuk daun bujur panjang atau clips. Bunga kecil dan berwarna putih, terdapat pada jambak tongkol. Petalnya mengandungi 5-7, berwarna putih. Buahnya terbentuk daripada jambak kepala yang berkembang menjadi buah majmuk. Setiap kuntum bunga meninggalkan bekas tigma yang nyata seakan-akan mata pada ubi kentang. Buah yang matang panjangnya kira-kira 6-8 cm, berwarna hijau kekuningan. Setiap anak buah mengan­dungi biji kecil yang berbentuk hampir bulat. Biji-biji ini berwarna perang dan tertanam di dalam isi.

Sumber Rujukan

http://herbadantumbuhan.blogspot.com/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *