Khasiat Kunyit Hitam

Nama Tempatan Kunyit Hitam
Nama Saintifik Curcuma Caesia
Nama Lain Kunyit Hitam, Kali haldi(india), black turmeric, black zedoary
Famili zingiberaceae
Asal India
pokok-kunyit-hitam

Khasiat Kunyit Hitam

Dalam usaha mengumpul info khazanah herba di Malaysia, kami susun dan senaraikan pelbagai herba dan ulam yang terdapat di Malaysia. Moga ianya menjadi manafaat untuk semua. Amalan memakan ulam-ulaman segar oleh masyarakat kampung, menjadikan mereka hidup sihat sepanjang hayat. Moga ilmu dan khazanah ini tidak hilang di telan zaman.

Khasiat dan manfaat Kunyit Hitam

rizom-Kunyit-hitam
Khasiat Kunyit Hitam– Tanaman Kunyit Hitam adalah merupakan sejenis kunyit yang saat ini jarang kita temui, khasiat kunyit hitam mempunyai khasiat perubatan yang sangat mujarab. Bentuk Kunyit Hitam sama seperti kunyit biasa tetapi rizom nya yang berwarna hitam gelap jika sudah cukup matang. Jika masih muda warna nya ungu gelap. Tulang daun nya di sebelah belakang berwarna hitam, jika masih muda maka warna akarnya coklat jernih.

herba-kunyit-hitam

Cara Pembiakan dan Penjagaan Kunyit Hitam –

Walaupun cara Pembiakan dan penanaman sama dengan kunyit biasa, namun Kunyit Hitam ini memerlukan Penjagaan yang rapi dan sangat rumit. Tanah nya mesti bercampur dengan pasir dan memerlukan tanah yang lembab dan air yang cukup tetapi jangan terlalu banyak air. Kunyit Hitam ini bercambah dalam masa yang sangat lama dan kadang kala selama 3 bulan baru bercambah.

isi-kunyit-hitam-matang
Khasiat Kunyit Hitam dan Manfaat Kunyit Hitam :

  • Khasiat Kunyit Hitam boleh di gunakan untuk merawat penyakit BARAH dan KUSTA
  • Boleh di gunakan untuk bahan tradisional ubat AWET MUDA
  • Sangat bagus untuk membuang lemak dalam perut dan menguruskan badan
  • Jika di campur herba lain boleh mengubati Demam Berdarah
  • Satu lagi khasiat kunyit ini ialah dalam rawatan gangguan/sihir.
  • Manfaat Kunyit Hitam ini jika di tanam pada 4 penjuru rumah boleh menjadi pendinding rumah dan Kunyit Hitam berfungsi sebagai penolak aura yang negatif.

Daun Kunyit Hitam

Daun Kunyit Hitam

Sumber : www.khasiatherba.com/

9 comments

  1. Ayu Reply

    Kat mana sy nak dapatkan kunyit hitam dah berbelas taun sy cari tp msh xjumpa ade jual ke

  2. Abe Dee moringa Reply

    Salam… Sya penjual n pembiak Baka herba yg unik. Kalau puan màhu nnti sya Cuba uruskan. Wasap sya 0195409640 untuk perkembangan seterusnya.

  3. Md noor Reply

    Kalau ada sesiapa yg ada tanam kunyit hitam tulong bertahu bagaimana nak dapatkan benihnya

  4. Zahid Husin Reply

    Boleh dapatkan daripada saya. Kami berada di Johor Bahru.
    Rujuk kepada page saya di Khasiat Kunyit Hitam.
    Whatsapp 0103340469

  5. che rani bin seman Reply

    saya ada tanam kunyit hitam, sebelakang tulang daunnya warna hijau tetapi rizomnya warna hitam. adakah ini kunyit hitam asli?

Leave a Reply to Abe Dee moringa Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *