Khasiat Kunyit

Info dan Khasiat Kunyit

Pengenalan Nama Botani : Curcuma domestica Nama Lain: Kurkum (Arab), jiang huang, yu jin(China), Indian Saffron, kunir(Indonesia), kondin, temu kuning, ukon. Famili: Zingerberaceae Kunyit adalah tumbuhan herba yang menjadi antara bahan utama dalam masakan masyarakat Asia dan kunyit telah digunakan sejak turun temurun lagi. Kunyit hidup subur dikawasan lapang dan terdedah kepada cahaya matahari. Ketinggian

Khasiat Kunyit

Dalam usaha mengumpul info khazanah herba di Malaysia, kami susun dan senaraikan pelbagai herba dan ulam yang terdapat di Malaysia. Moga ianya menjadi manafaat untuk semua. Amalan memakan ulam-ulaman segar oleh masyarakat kampung, menjadikan mereka hidup sihat sepanjang hayat. Moga ilmu dan khazanah ini tidak hilang di telan zaman.

Artikel kali ini membincangkan tentang Khasiat Kunyit yang mana mempunyai pelbagai nama dan khasiat seperti , , , , , , , .

Pengenalan

Nama Botani : Curcuma domestica
Nama Lain: Kurkum (Arab), jiang huang, yu jin(China), Indian Saffron, kunir(Indonesia), kondin, temu kuning, ukon.
Famili: Zingerberaceae

Kunyit adalah tumbuhan herba yang menjadi antara bahan utama dalam masakan masyarakat Asia dan kunyit telah digunakan sejak turun temurun lagi. Kunyit hidup subur dikawasan lapang dan terdedah kepada cahaya matahari. Ketinggian tumbuhan ini melebihi satu meter. Rizom kunyit berwarna kuning, sedikit bersisik, berbentuk memanjang dan berjejari. Daunnya licin, berwarna hijau, berbentuk bujur dan meruncing dihujung, berbau harum serta mempunyai tangkai yang panjang. Pokok ini mengeluarkan bunga berwarna kuning yang terdapat di celah-celah daun muda.Isi kunyit selalunya terdiri dari ibu kunyit yang dikelilingi oleh cabang-cabang.

khasiat kunyit 1

Manfaat dan Khasiat Kunyit

1. Mampu melawan kanser
Kajian dari Universiti California Los Angeles mendapati enzim yang menyebabkan kanser di dalam badan pesakit dapat dikurangkan dan dapat menghalang pembiakan sel-sel kanser.

2. Berpotensi sebagai ejen penghalang bengkak
Menurut Dr. Randy J. Horwitz, seorang doktor perubatan dari Pusat Integrasi Perubatan Arizona, Amerika Syarikat mendapati penggunaan kunyit untuk pra-rawatan dapat mengurangkan simptom sakit sendi seperti artritis reumatoid.

3. Bahan antioksidan berkuasa
Pusat Perubatan Universiti Maryland mendapati kunyit mempunyai bahan antioksidan yang mampu menghalang tindakan radikal bebas daripada terus merosakkan sel-sel badan yang menyebabkan pembengkakan atau keradangan.

4. Membantu melangsingkan badan
Khasiat teh hijau di dalam Pil Kunyit Anugerah boleh meningkatkan tahap oksidasi lemak di dalam badan dan seterusnya mempercepatkan metabolisme badan, jadi banyak kalori dibakar dan tiada lemak tersimpan.

5. Mengawal penyakit kencing manis
Teh hijau membantu mengawal tahap gula ketika gula di dalam darah naik mendadak selepas makan. Ini akan mengelakkan insulin dirembes ke dalam darah secara tidak terkawal yang boleh menyebabkan penyimpanan lemak.

6. Perlindungan dari penyakit jantung
Kajian dari saintis Switzerland mendapati teh hijau boleh mengawal perubahan tekanan di dalam salur darah serta menghalang pembentukan darah beku yang merupakan punca berlakunya serangan jantung.

khasiat kunyit 4

✔ Khasiat kunyit 20 kali lebih baik berbanding kunyit biasa.
– bahan aktif penyembuh kunyit iaitu curcumin telah diekstrak dan dipiawai 100%, jadi khasiatnya lebih baik berbanding kunyit biasa yang tidak diekstrak.

✔ Kadar penyerapan curcumin yang lebih baik di dalam badan
– kesan penyembuhan akan lebih berkesan kerana tidak perlu mengambil banyak dos untuk mendapatkan kesan positifnya.

✔ Bersifat menyembuh dan menghalang penyakit
– gabungan kunyit dan teh hijau sesuai untuk mereka yang sihat yang mahu kesihatan yang optimum dan untuk melegakan sakit sendi, bengkak, kanser untuk mereka yang sakit.

✔ Bersifat menyembuh dan menghalang penyakit

Gabungan kunyit dan teh hijau sesuai untuk mereka yang mahukan kesihatan yang optimum dan juga untuk melegakan penyakit-penyakit kronik.

khasiat kunyit 5

KAEDAH PENANAMAN

Kunyit sesuai di tanam di tanah lom, alluvium (telah di gembur) serta mempunyai pengairan dan saliran yang baik. Ia juga memerlukan cahaya matahari untuk tumbuh subur dan PH tanah di antara 4.3 hingga 7.4. Taburan hujan di antara 1000 hingga 2000 mm setahun adalah faktor pengalak untuk menghasilkan pengeluaran kunyit yang sihat.

Kunyit di tanam dari cebisan rizom yang telah matang yang berukuran 4 cm. Rizom yang terpilih perlu cukup tua, sihat dan mempunyai 2 hingga 3 tunas. Bagi memastikan hanya rizom yang terbaik dipilih, ia perlulah direndam di dalam larutan racun kulat (benomyl atau 1% larutan Bordeaux) selama 15 hingga 30 minit dan kemudian dikeringkan.

Di tapak penanaman, pengusaha perlu membuat batas yang berukuran 1 hingga 2 meter lebar dan tinggi 20 cm. Jarak antara batas ke batas yang lain ialah 45 hingga 60 meter. Rizom yang telah dikeringkan perlulah di tanam di dalam tanah sedalam 6 hingga 8 cm dan jarak antara 1 pokok kunyit ialah 25 m.

Kunyit akan mula bercambah pada minggu kedua hingga minggu ke empat selepas penanaman. Daun kunyit yang berwarna hijau akan tumbuh dan mengeluarkan aroma yang wangi. Bunga dan rizom akan mula tumbuh pada minggu ke lima dan ke tujuh akhirnya ia aktif membentuk kunyit selama 7 hingga 10 bulan bergantung kepada variasi kunyit.

Kunyit memerlukan baja organik (tahi ayam) pada 3 hingga 5 hari sebelum penanaman. Baja sebanyak 4 -5 t/ha perlulah digaul dalam tanah di batas. Selain itu, baja NPK Biru juga perlu di tabur di sekeliling pangkal rumput kunyit. Selepas pembajaan, pangkal kunyit perlulah ditimbun tanah bagi mengurangkan hakisan baja dan mengelakkan rizom yang bercambah muncul dipermukaan tanah. Pengurusan ladang perlu dilakukan dengan sistematik bagi mengurangkan persaingan tumbuhan dengan rumpai. Selepas 9 – 10 bulan di tanam, kunyit boleh dituai dengan menggali menggunakan cangkul.

khasiat kunyit

Sumber Rujukan

http://adrydaud.blogspot.com/2010/01/kunyit.html

1 Comment

  1. Pingback: Rempah Ratus – Petua & Tips

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *