Khasiat Ketumbar Jawa

Klasifikasi 

Nama Vernakular : Ketumbar Jawa
Nama Botani : Eryngium foetidum L.
Famili :  Umbelliferae (Ammiaceae)


Ketumbar jawa (bahasa melayu) atau tumbar mungsi (bahasa Indonesia)atau fit weed,long coriander (bahasa Inggeris) merupakan tumbuhan herba yang mempunyai akar tunjang, berbau kuat, terutamanya sekiranya daun dicederakan. Daun ketumbar jawa ini mempunyai daun dalam susunan roset. daun ketumbar jawa ini boleh dikategorikan sebagai ringkas,berbentuk memanjang seperti tetombak songsang dengan ukuran sehingga 30cm panjang, 4cm lebar dengan tepi daun bergerigi dan berwarna hijau muda berkilau. Jambak bunganya pula mempunyai braktea 30 sehingga 40cm panjang. Bunganya bersaiz kecil.ketumbar-jawa-2

Ketumbar jawa ini berasal dari Amerika Tropika dan Hindi Barat. Namun kini, tumbuhan herba ini boleh didapati di negara tropika seluruh dunia. Pokok ketumbar jawa ini boleh ditanam secara penanaman bij atau memisahkan anak pokok daripada pokok induknya. Pokok ini juga turut boleh dijadikan tumbuhan hiasan. Tambahan lagi,pokok ini kurang menghadapi masalah penyakit atau perosak.Khasiat Ubatan

1. Daun
Air rebusan daun ketumbar jawa ini diminum untuk merawat demam, diabetes,demam panas,perut kembung, radang paru-paru, selsema dan boleh melawaskan pembuangan air besar.


Selain itu,air rebusan ini juga boleh dijadikan air mandian untuk merawat demam panas, selsema,serta radang paru-paru.


Cecair daun diperah dan sisa daun ditelan untuk dijadikan pembuka selera.
Daun ketumbar jawa yang segar ini juga boleh dibuat ubat pupuk untuk merawat bisul, kudis dan luka.

ketumbar-jawa-32. Akar
Dapat merawat batuk,demam,demam malaria,demam panas,radang paru-paru, selsema, sembelit, melawaskan pembuangan air kecil, meragsang peluh dan menghentikan pendarahan rahim dengan cara meminum air rebusan daripada akar tersebut.

3. Daun dan Akar

Air rebusan diminum untuk merawat demam kuning, demam panas, penyakit seriawan usus, sakit ular-ularan,tekanan darah tinggi,merangsang haid,merangsang peluh, penawar racun, terlampau banyak jus hempedu dan sebagai afrodisiak.

4. Khasiat pemakanan
Daun ketumbar jawa ini boleh dijadikan perisa dalam makanan, sup, sayur atau ulam. Daunnya yang muda turut boleh dimakan mentah-mentah sebagai salad atau ulam dan dimasak seperti sayur yang lain.

Daun muda mempunyai rasa dan bau yang kurang kuat berbanding dengan daun tua. Baunya seperti daun ketumbar tetapi daun yang tua itu berbau lebih kuat seakan pepijat.
Ramai diantara kita yang tidak tahu bahawa daun ketumbar jawa ini boleh dibuat perisa atau sayur.

5 comments

  1. Pingback: Rempah Ratus – Petua & Tips

Leave a Reply to Irishafeeza1@yahoo.com Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *