KHASIAT HERBA KACIP FATIMAH

Klasifikasi

Nama Tempatan : Kacip Fatimah
Nama Saintifik :  Labisia Pumila
Nama Lain : Mata Pelanduk Hutan
Famili : Myrsinaceae
Lokasi Dijumpai : Malaysia, Thailand, Indochina


Kacip Fatimah adalah sejenis tumbuhan herba yang mempunyai batang berkayu. Ia biasanya tumbuh liar di hutan hujan tropika pada ketinggian lebih kurang 150 kaki dari aras laut. Tumbuhan ini membiak dengan 2 cara: melalui biji benih dan keratan akar. Tumbuhan ini dapat tumbuh dengan sempurna dikawasan yang redup dengan tanah yang mempunyai kandungan humus yang tinggi dan tidak menakung air. 3 jenis variasi yang biasa dijumpai di Malaysia ialah, Labisia pumila var. Alata, L. Pumila var. Pumila dan L. Pumila var. Lanceolata. Daunnya berwarna hijau dan mempunyai buah bertangkai warna merah di bahagian pangkal batangnya.

KEGUNAAN

Ia dikatakan dapat mempercepatkan proses kelahiran bayi disamping dapat mengembalikan kecergasan selepas bersalin. Selain dari itu ia juga dikatakan dapat membantu mengecutkan rahim dan melangsingkan badan. Kacip fatimah juga dikatakan dapat merangsangkan pengeluaran hormon yang dapat melancarkan perjalanan dan kitaran haid wanita. Ia juga dapat mengurangkan sakit senggugut ketika haid. Cara penggunaan untuk selepas/sebelum bersalin ialah dengan merebusnya ( satu pokok termasuk daunnnya ) kedalam seperiuk air (seeloknya periuk tanah) dan airnya diminum. Ia juga boleh digunakan untuk mengubat penyakit buasir (hemarroid/pile) dengan cara merebus akarnya yang telah dikeringkan. Ia juga boleh digunakan untuk merawat cirit birit, sakit sendi (rheumatism), Gonorrhea.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *