Khasiat Daun Lemuni

Nama Tempatan: Lemuni
Nama Saintifik: Vitex negundo
Nama Lain:
Famili:  Verbenaceae
Asal:

Khasiat Daun Lemuni

Dalam usaha mengumpul info khazanah herba di Malaysia, kami susun dan senaraikan pelbagai herba dan ulam yang terdapat di Malaysia. Moga ianya menjadi manafaat untuk semua. Amalan memakan ulam-ulaman segar oleh masyarakat kampung, menjadikan mereka hidup sihat sepanjang hayat. Moga ilmu dan khazanah ini tidak hilang di telan zaman.

Artikel kali ini membincangkan tentang Khasiat Daun Lemuni yang mana mempunyai pelbagai nama dan khasiat seperti , , , , , , , , .

khasiat daun lemuni 1

Pengenalan

­

Lemuni atau nama saintifiknya Vitex negundo merupakan sejenis pokok renek, di mana permukaan bawah daunnya berwarna hijau keunguan. Ada juga yang mengenalinya dengan nama Lemuni. Daun Lemuni mempunyai aromanya yang tersendiri apabila diramas. Di kampung-kampung pokok ini memang masih lagi banyak dijumpai tetapi tidak ramai yang generasi muda yang mengenalinya.

Pucuk atau daun muda pokok ini memang biasa digunakan dalan ramuan nasi ulam atau nasi kerabu. Antara khasiat perubatannya pula, daun ini dipercayai dapat mengurangkan demam, batuk dan mengeluarkan kahak manakala air rebusan daunnya digunakan untuk mencuci luka atau ulser.

Daun Lemuni atau Lengundi memang begitu dikenali oleh masyarakat yang tinggal di kampung khususnya di sebelah utara dan pantai timur. Daun ini cukup terkenal dalam ramuan membuat nasi ulam dan nasi lemak. Rupanya masih ramai yang menggunakan daun lemuni dalam masakan nasi lemak kerana dipercayai memberi khasiat awet muda

Tumbuhan ini merupakan pohon yang rendang dengan ketinggian satu hingga tiga meter. Daunnya jenis kompaun bercabang tiga dan ketika muda berwarna biru kehitaman dan apabila matang berwarna hijau dengan tulang daun berwarna biru kehitaman. Lemuni mempunyai bunga yang bersaiz kecil.Lemuni ialah sejenis tumbuhan renek dan kadang kala boleh membesar melebihi ketinggian 5 meter.Saya tidak pasti kegunaannya, namun dari penceritaan orang tua-tua, tumbuhan ini boleh digunakan dalam ramuan perubatan secara tradisional untuk merawat ibu-ibu lepas bersalin serta rawatan lukaluka kecil. Daunnya juga dikatakan boleh dijadikan salah satu bahan campuran untuk memasak nasi beriani.

khasiat daun lemuni 3

 

Khasiat

Analisis kimia menunjukkan ia mengandungi x-pinene, camphne, terpenyal-acetate dan diterpene alcohol. Kesemua sebatian ini merupakan minyak pati yang memberikan aroma kepada tumbuhan ini.

Di kalangan masyarakat Melayu, daun lemuni boleh digunakan untuk mengubati penyakit rheeumatism, daunnya ditumbuk dengan kapur barus kemudian dipupuk pada tempat yang sakit. Air rebusan daun muda digunakan untuk mengubati muntah darah. Air rendaman daun ini jika dijadikan air mandi dipercayai dapat memulihkan anggota-anggota badan yang lemah, terutama setelah sembuh dari sakit yang berlarutan.

Manakala biji biji benih pokok lemuni putih turut mempunyai khasiat tersendiri iaitu dipercayai boleh mengelakkan bisa gigitan binatang daripada merebak,bijinya dijadikan ubat cacing. Sementara itu lain-lain nilai perubatan yang ada pada lemuni ialah daunnya boleh juga digunakan untuk mencuci rambut untuk menghalau kutu dan mencegah kelemumur serta mengubati kurap dan lukaluka di celah kaki.

khasiat daun lemuni 2

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *