Khasiat Buah Kerdas/Genuak

khasiat-buah-kerdas-3

Info dan Khasiat Buah Kerdas/Genuak

Pengenalan Pokok Kerdas/Genuak  merupakan sejenis tumbuhan yang banyak terdapat di ASEAN. Nama saintifiknya Pithecellobium bubalinum. Sinonim Albizia acradena Miq.3, Cylindrokelupha bubalina (Jack) Kosterm., Feuilleea bubalina (Jack) Kuntze2, 3, Inga bubalina Jack3, Ortholobium bubalinum (Jack) Kosterm.3, Pithecellobium bigeminum (L.) Mart. var. bubalinum (Jack)Benth.3, Pithecellobium bubalinum (Jack) Benth.2, 3, Pithecellobium ellipticum sensu auct., dan Pithecellobium lobatum sensu

Khasiat Buah Kerdas/Genuak

Dalam usaha mengumpul info khazanah herba di Malaysia, kami susun dan senaraikan pelbagai herba dan ulam yang terdapat di Malaysia. Moga ianya menjadi manafaat untuk semua. Amalan memakan ulam-ulaman segar oleh masyarakat kampung, menjadikan mereka hidup sihat sepanjang hayat. Moga ilmu dan khazanah ini tidak hilang di telan zaman.

Artikel kali ini membincangkan tentang Khasiat Buah Kerdas/Genuak yang mana mempunyai pelbagai nama dan khasiat seperti , , , , , , , .

 

Pengenalan

Pokok Kerdas/Genuak  merupakan sejenis tumbuhan yang banyak terdapat di ASEAN. Nama saintifiknya Pithecellobium bubalinum. Sinonim Albizia acradena Miq.3, Cylindrokelupha bubalina (Jack) Kosterm., Feuilleea bubalina (Jack) Kuntze2, 3, Inga bubalina Jack3, Ortholobium bubalinum (Jack) Kosterm.3, Pithecellobium bigeminum (L.) Mart. var. bubalinum (Jack)Benth.3, Pithecellobium bubalinum (Jack) Benth.2, 3, Pithecellobium ellipticum sensu auct., dan Pithecellobium lobatum sensu Ridl.3.[1]

Pokok Kerdas merupakan pokok saka yang besar dan rendang dan selalunya tumbuh meliar di dalam hutan. Pokok ini mempunyai kulit yang keras tetapi benih di dalam kulit buahnya boleh dimakan. Kerdas sering dimakan sebagai ulam, tetapi kurang popular kerana mempunyai bau yang kuat.

khasiat buah kerdas 2

Khasiat Buah Kerdas

Disebalik baunya yang busuk, ramai yang tidak tahu bahawa buah ini juga berkhasiat dalam membantu anda menjaga kesihatan. Kerdas dipercayai dapat membersihkan buah pinggang, melawaskan kencing, mengelakkan penyakit kencing manis serta awet muda.

khasiat buah kerdas 1

Jenis BUAH Kerdas

Merupakan sejenis pokok dari keluarga Fabaceae atau Leguminoceae yang menghasilkan buah kerdas yang dikateggorikan sebagai ulaman . Kerdas merupakan tumbuhan yang hidup dikawasan tropika terutama di asia tenggara dandipercayai berasal dari Malaysia dan Indonesia.Buah kerdas yang matang menhasilkan bau yang kuat apabila dimakan dengan nasi sama seperti buah jering.

Kerdas atau Pithecellobium bubalinum merupakan pokok saka yang besar dan rendang yang tergolong dalam famili Fabaceae. Biasanya tumbuh liar di hutan, pokok ini boleh tumbuh sehingga 25 m tinggi. Di sesetengah kawasan di Malaysia, Pithecellobium bubalinum juga dikenali dengan nama genuak. Pokok kerdas hidup di kawasan tropika terutama di kawasan Asia Tenggara dan dipercayai berasal dari Malaysia dan Indonesia.

Batang pokok kerdas mempunyai kulit kayu yang keras berwarna coklat kelabu dan boleh digunakan sebagai kayu api serta turut diproses untuk kegunaan lain. Daun pokok kerdas berwarna hijau ketika tua, bertekstur lembut dan nipis manakala pucuk muda berwarna ungu. Bunganya keluar dalam jambak yang banyak bersaiz 1–2 cm panjang, berwarna kuning susu. Bunganya mengeluarkan bau yang agak wangi dan menarik serangga untuk pendebungaan. Bunganya yang ringan juga turut membolehkan angin sebagai agen penyebaran.

Buah kerdas muncul di dalam pod buah yang berwarna hijau semasa muda dan akan menjadi coklat gelap apabila cukup matang. Podnya agak keras dan liat dengan ukuran 6–10 cm panjang dan 2–3 cm ukur lilit dan berbentuk seperti pod kacang hijau yang panjang. Apabila dibuka ia mengandungi beberapa biji benih yang tersusun berukuran antara 10–15 mm dan disaluti lapisan kulit nipis yang berwarna kuning pucat ketika masih muda dan menjadi kehitam-hitaman apabila matang. Isi buahnya pula berwarna hijau muda. Buah kerdas boleh dimakan dan sering dijadikan sebagai ulam, tetapi kurang popular dalam kalangan golongan muda kerana baunya yang kuat seperti Pithecellobium jiringa (jering). Bagi masyarakat kampung, buah kerdas menjadi pembuka selera.

khasiat buah Kerdas

 

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *