Khasiat Buah Goji

Info dan Nutrisi Dan Khasiat Buah Goji

Kehebatan Buah Goji – Buah Lycium (Goji) Menurut analisa yang dilakukan oleh “Beijing Nutrition Research Institute”, China: ” Gojiberry mengandungi rangkaian anti-oksidan “carotenoids” yang sempurna, menjadikan ia di kalangan makanan yang tertinggi kandungan carotenoids yang pernah diketahui; lebih banyak beta- karotin dari lobak merah/wortel, dan zeaxanthin (menyihatkan mata), dan melebihi 500 kali ganda vitamin C

Nutrisi Dan Khasiat Buah Goji

Dalam usaha mengumpul info khazanah herba di Malaysia, kami susun dan senaraikan pelbagai herba dan ulam yang terdapat di Malaysia. Moga ianya menjadi manafaat untuk semua. Amalan memakan ulam-ulaman segar oleh masyarakat kampung, menjadikan mereka hidup sihat sepanjang hayat. Moga ilmu dan khazanah ini tidak hilang di telan zaman.

Artikel kali ini membincangkan tentang Nutrisi Dan Khasiat Buah Goji yang mana mempunyai pelbagai nama dan khasiat seperti , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , .

Goji-02Kehebatan Buah Goji – Buah Lycium (Goji)
Menurut analisa yang dilakukan oleh “Beijing Nutrition Research Institute”, China:

” Gojiberry mengandungi rangkaian anti-oksidan “carotenoids” yang sempurna, menjadikan ia di kalangan makanan yang tertinggi kandungan carotenoids yang pernah diketahui; lebih banyak beta- karotin dari lobak merah/wortel, dan zeaxanthin (menyihatkan mata), dan melebihi 500 kali ganda vitamin C daripada oren apabila di ukur sama berat,(bererti menjadikan ia nombor 3 makanan terkaya sumber vitamin C di bumi ini, selepas kakadu plum dan camu camu ”

Di negara China, Gojiberry sangat istimewa, terutama pada masyarakat Zhongning, negeri Ningxia. Gojiberry di tempat ini dikatakan yang terbaik di dunia, mungkin kerana tanah beralkalin (pH 8.2 – 8.6) dan iklim yang bersuhu melampau dari 102 F – 16 F (38 C -27 C).

Penduduk Ningxia kebanyakannya beragama Islam dan ‎mengamalkan Gojiberry sebagai makanan harian untuk kekal sihat. Rata-rata, usia mereka melewati 100 tahun.

“Lagenda Kerajaan Ningxia, kira-kira 3000 tahun yang silam, ketika Raja Ningxia berburu di Bukit He Lan, ‎Baginda ternampak seorang wanita sedang memukul seorang lelaki tua berjanggut. Baginda hairan, lalu bertanya kepada wanita itu apa yang terjadi? Wanita itu menjawab: “Saya sedang memukul cucu saya!”.

Baginda amat terkejut dan ‎bertanya kepada wanita itu berapa umurnya dan kenapa dia kelihatan begitu muda. Wanita itu ‎menjawab: ‎”Saya berumur 260 tahun. Ketika musim bunga, saya makan daun Goji dan minum teh Goji. ‎Ketika musim panas, saya makan buah Goji, dan pada musim luruh saya mengambil akar Goji ‎dan membuat pes. Inilah rahsia saya”.

Baginda amat kagum dan menasihati seluruh rakyat Baginda agar mengamalkan permakanan Gojiberry. ‎Semenjak hari itu, rakyat negara itu mengamalkannya setiap hari.”

Terdapat beberapa teks perubatan Cina purba yang menyanjung faedah kesihatan yang mengagumkan daripada buah Goji ini. Berikut adalah antara teks perubatan tersebut:
· Ben Cao Hui Yan menyatakan: “Goji meningkatkan Qi atau daya kehidupan, menyokong darah, menyuburkan ‘yin’ dan ‘yang’, membuang angin, merupakan herba yang sangat baik”.
· Ben Cao Bei Yao menyatakan: “Goji menyuburkan paru-paru, membuang angin, membersihkan hati, menguatkan buah pinggang untuk menyokong Qi, meningkatkan potensi seks, memperkuatkan otot dan tulang serta mencerahkan mata”.
· Ben Cao Gang Mu menyatakan: “Goji membuang Qi yang tidak baik daripada 5 organ, mengawal aliran tenaga penting, mencerahkan mata, menenangkan saraf, menjadikan hidup panjang umur”.

34 Sebab Mengapa Mesti Mengambil Goji oleh Dr Earl Mindell
Dr. Earl Mindell, R.Ph.,Ph.D., dikenali sedunia sebagai seorang Pakar Herba dan Ahli Farmasi berdaftar memberi 34 sebab mengapa mesti mengambil GOJI :-

1 .Goji memanjangkan usia, menghalang diri anda daripada tua sebelum masa menerusi tindakan anti-oksida yang tinggi.
2. Goji meningkatkan tenaga dan kekuatan anda, terutamanya apabila melawan penyakit.
3. Goji menjadikan anda rasa dan kelihatan muda. Goji merangsang rembesan HGH ( Hormon Pertumbuhan Manusia), ‘hormon remaja”
4. Goji mengekalkan tekanan darah yang sihat.
5. Goji mengurangkan risiko kanser.
6. Goji mengurangkan kolestrol.
7. Goji menormalkan gula dalam darah pada peringkat awal diabetes.
8. Goji meningkatkan fungsi seksual dan merawat masalah seksual.
9. Goji membantu mengurangkan berat badan.
10. Goji melegakan sakit kepala dan pening.
11. Goji melegakan insomnia dan tidur yang lebih nyenyak.
12. Goji mengekalkan kesihatan mata dan penglihatan anda.
13. Goji menguatkan jantung anda.
14. Goji menghalang peroksidaan lipid ( yang menyebabkan sakit jantung).
15. Goji meningkatkan halangan penyakit.
16. Goji meningkatkan respon imunisasi (T-Cell, IL-2, IgA, IgG).
17. Goji digunakan sebagai rawatan kanser.
18. Goji menempatkan semula dan membaik pulih DNA (menghalang mutasi yang menyebabkan kanser).
19. Goji menghalang tumbesaran tumor.
20. Goji mengurangkan kesan toksik kemoterapi dan radiasi.
21. Goji membina darah yang kuat, meningkatkan produksi sel-sel darah merah, sel-sel darah putih dan platelet, dan rawatan penyakit tulang sum-sum.
22. Goji meningkat limfosit.
23. Goji mengaktifkan enzim anti-radang.
24. Goji menyokong fungsi hati yang sihat.
25. Goji merawat simptom-simptom menapause.
26. Goji menghalang loya di peringkat awal mengandung.
27. Goji meningkatkan kesuburan.
28. Goji menguatkan otot dan tulang anda.
29. Goji menyokong fungsi buah pinggang.
30. Goji meningkatkan memori dan memulih ingatan.
31. Goji membantu batuk kering yang kronik.
32. Goji menghilangkan tekanan dan gelisah.
33. Goji meningkatkan keceriaan dan semangat anda.
34. Goji membantu sistem penghadaman.

Fakta Nutrisi Buah Goji mengandungi:

1- 19 amino asid termasuk 8 yang diperlukan untuk hidup.

2- 21 unsur mineral termasuk germanium, unsur mineral anti kanser yang jarang-jarang ditemui dalam makanan.

3- 16% protein (6 kali ganda lebih tinggi berbanding dengan bee pollen).

4- Spektrum yang lengkap dengan antioksida Karotenoid , termasuk Beta-Karoten ( sumber yang lebih baik meskipun karot).

5- Zeaxanthin dan Lutein melindungi mata dan membaiki penglihatan. Buah Goji paling kaya dengan sumber karotenoid berbanding dengan semua jenis makanan yang ada.

6- Vitamin C (500 kali ganda berbanding buah oren).

7- Vitamin B Komplex, perlu untuk menukarkan makanan kepada tenaga.

8- Vitamin E , jarang-jarang ditemui dalam buah dan selalunya hanya ditemui dalam bijian dan benih.

9- Beta-Sitosterol, dikenali sebagai agen anti-radang. Beta-Sitosterol juga merendahkan kolestrol dan digunakan untuk merawat masalah seksual mati pucuk dan masalah zakar yang membesar.

10- Essential Fatty Acids, diperlukan oleh tubuh untuk mengeluarkan hormon-hormon, dan melicinkan fungsi otak dan sistem saraf.

11- Cyperone, memberi faedah kepada jantung dan merendahkan tekanan darah, melegakan ketidakselesaan ketika haid dan digunakan dalam rawatan kanser servik.

12- Solavetivone , sebatian anti-bakteria dan anti-kulat yang kuat.

13- Physalin, sebatian semulajadi yang aktif terhadap semua jenis leukemia, juga digunakan dalam rawatan Hepatitis B di samping meningkatkan sistem imunisasi.

14- Betaine, digunakan oleh hati untuk mengeluarkan choline, sebatian yang mententeramkan ketakutan, meningkatkan memori, meningkatkan pertumbuhan otot dan melindungi penyakit hati berlemak (fatty liver). Betaine juga menyediakan kumpulan methyl dalam tindak balas tenaga dan boleh membantu mengurangkan paras homocysteine, iaitu faktor risiko utama dalam penyakit jantung. Ianya juga melindungi DNA.

15- Polysaccharides: LBP (Lycium Barbarum Polysaccharides) terbukti sebagai glykokonjugat, bermaksud merupakan sumber sel gula yang perlu ( essential cell sugars) yang luar biasa (Mannose, Xylose, Rhamnose, Glucose, Arabinose dan Galactose) yang perlu untuk fungsi imunisasi yang sempurna dan komunikasi intersellular. Hakikatnya, GOJI mungkin merupakan sumber glykonutrien yang terkaya pernah ditemui!

Goji-01

21 comments

  1. Shafif Bin Haron Reply

    Yea…saya dah mula mengambil buah goji sebagai ubat utama. Dan saya tidak lagi membeli atau mengambil ubat di klinik. Memang benar dan betul sebab ada perubahan pada diri saya.

  2. MOHAMED KHALIQ Reply

    Goji berry boleh dapat kat mana2 kedai ubat cina. RM 10 jer 500g tak silap saya

  3. suriati Reply

    Buah goji ni mmg banyak khasiat..saya syorkan adik saya makan..dulu HB low ketika pregnant..sekarang dh cantik 12.8 keatas…kebaikannya meliputi seluruh badan..

  4. Nor Reply

    Saya dapat beli goji kering di Kedai Tamar Jalan Salleh Meru Klang. Rm20 je. Sedap..

  5. Razana mohd isa Reply

    Saya pun ambik goji setiapa hari. Sesiapa yg ingin beli boleh pm saya

  6. Razana mohd isa Reply

    Saya sudah pun mengambil goji untuk minuman harian. Sessiapa yg ingin sila email saya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *