Khasiat Belimbing Buluh

Info dan Khasiat Belimbing Buluh

PENGENALAN Nama Botani : Averrhoa bilimbi Nama Lain : Belimbing asam Famili : Oxalidaceae Asal : Malaysia dan Indonesia Pokok belimbing buluh atau nama saintifiknya Averrhoa belimbi linn dan berasal dari keluarga Oxalidaceae dan mempunyai nilai yang tinggi dari segi perubatan. Mudah dijumpai di kawasan kampung dan kawasan perumahan  kerana pokok ini mudah ditanam dan tidak memerlukan penjagaan yang

Khasiat Belimbing Buluh

Dalam usaha mengumpul info khazanah herba di Malaysia, kami susun dan senaraikan pelbagai herba dan ulam yang terdapat di Malaysia. Moga ianya menjadi manafaat untuk semua. Amalan memakan ulam-ulaman segar oleh masyarakat kampung, menjadikan mereka hidup sihat sepanjang hayat. Moga ilmu dan khazanah ini tidak hilang di telan zaman.

Artikel kali ini membincangkan tentang Khasiat Belimbing Buluh yang mana mempunyai pelbagai nama dan khasiat seperti , , , , , , , , .

Info tentang Khasiat Belimbing Buluh ini kami masukkan dalam kategori : Buah, Tips dan Panduan, Ubat

PENGENALAN
Nama Botani : Averrhoa bilimbi

Nama Lain : Belimbing asam
Famili : Oxalidaceae
Asal : Malaysia dan Indonesia

Pokok belimbing buluh atau nama saintifiknya Averrhoa belimbi linn dan berasal dari keluarga Oxalidaceae dan mempunyai nilai yang tinggi dari segi perubatan. Mudah dijumpai di kawasan kampung dan kawasan perumahan  kerana pokok ini mudah ditanam dan tidak memerlukan penjagaan yang rapi. Buahnya boleh digunakan untuk berbagai-bagai tujuan.
Secara amnya, daun pokok belimbing buluh ini mempunyai dua jalur anak daun yang kecil dan tersusun rapi di kedua-dua belah urat. Anak-anak daun ini mudah gugur daripada tangkainya. Bunga belimbing ini berwarna merah dan pada kebiasaannya terdapat di bahagian batang pokok dan juga pada dahan-dahan yang matang.
khasiat belimbing buluh 1
Khasiat Buah Belimbing Buluh

1. Ia mengandungi banyak khasiat yang tidak ternilai. Daunnya apabila digiling halus dan dilumur boleh menghilangkan jerawat dan melembutkan kulit di muka, sakit-sakit sendi serta panau.2. jika direbus, ia boleh mengubati batuk, menurunkan tekanan darah tinggi dan pitam. Untuk menghilangkan batuk, campurkan segenggam bunga Belimbing Buluh dengan sedikit jus pegaga yang telah ditumbuk, 2 biji bawang merah dan 1 batang kulit kayu manis sebesar jari kelingking. Seterusnya direbus dan ditapis air rebusan itu. Kemudian minum dengan mencampurkan sedikit madu. Minum segelas, 3 kali sehari.

3. Untuk anda yang ada darah tinggi, petik 3 biji buah Belimbing Buluh. Potong kecil-kecil dan rebus. Minum air rebusannya selepas sarapan pagi setiap hari.

4. Untuk bayi yang diserang penyakit kuning, mandikan dengan air rebusan daun belimbing untuk meredakannya.

khasiat belimbing buluh 2
Kegunaan
Buah belimbing buluh digunakan dalam perubatan tradisional untuk melembutkan kulit muka dan menghilangkan jerawat. Caranya ialah dengan memarut buah belimbing muda, sedikit air dicampurkan dan disapukan pada muka. Buahnya yang amat masam digunakan dalam masakan jenis kari untuk menggantikan cuka. Selain daripada itu, ia juga digunakan untuk menghilangkan kotoran pada pakaian.Jus belimbing buluh muda digunakan untuk menurunkan tekanan darah tinggi, kencing manis dan untuk menggelakkan pitam. Bunganya digunakan oleh sesetengah masyarakat untuk melegakan sakit gigi. Daun, bunga dan buah belimbing buluh yang direbus sehingga mendidih dalam kuantiti yang sama banyak dan diminum setiap pagi boleh menyembuhkan batuk.

Walau bagaimanapun, kajian saintifik menunjukkan bahawa buah belimbing buluh mengandungi kandungan oksalat yang tinggi. Kandungan oksalat yang terlalu tinggi di dalam badan boleh menyebabkan penyakit karang pada saluran kencing.

Ekstrak metanol daun pokok ini mempunyai sifat antibakteria terhadap Pseudomonas aeruginosa dan Staphylococcus aureus serta sedikit kesan terhadap Bacillus subtilis . Bagaimanapun, ekstrak itu langsung tidak berkesan terhadap bakteria lain seperti Staphylococcus aureus, Bacillus subtilis, Escherichia coli, Pseudomonas aeruginosa dan Klebsiella pneumonia. Sebaliknya, pokok ini peka terhadap bakteria-bakteria ini.
khasiat belimbing buluh 4
Cara-cara perubatan
Sekiranya mengalami demam panas, anda boleh cuba petua di bawah;

1. Ambil beberapa helai daun belimbing buluh yang masih segar.
2. Ramas kesemua daun tersebut bersama dengan sedikit air hingga lumat.
3. Setelah lumat, letakkan daun yang telah diramas tadi di atas sehelai kain bersih.
4. Akhir sekali, demahkan kain tadi pada kepala si pesakit.
5. Biarkannya begitu sehinggalah rasa panas berkurangan.
6. Jika masih tak reda, ulangi langkah 1 hingga 5 di atas.
Untuk penyakit darah tinggi
1. Ambil beberapa biji buah belimbing asam yang masih segar.
2. Bersihkannya dulu dan kisar kesemuanya hingga lumat.
3. Setelah lumat, tapiskannya ke dalam cawan untuk diambil airnya.
4. Amalkan meminum air tapisan belimbing asam ni sekali sehari. Sama ada pada waktu pagi ataupun petang.
5. Rasanya teramatlah masam. Jadi, anda boleh menambah sedikit perasa seperti madu ataupun gula batu.

2 comments

  1. Pingback: Rempah Ratus – Petua & Tips

  2. Chieo Reply

    Nak Tanya .. Daun Ke Buah Yang Boleh Hilangkan Jerawat Tuh ?

Leave a Reply to Chieo Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *