Nama Tempatan: Beka
Nama Saintifik: Oroxylum Indicum Dan Pajanelia Longifolia
Nama Lain: pokok bolai, bongloi, boli, boloi, bikir, kulai, merkulai, merlai, beka , Shyonaka (India) , wooden butterfly, mu hu die,
Famili: Bignoniaceae
Lokasi Dijumpai: Tepi hutan, tepi jalan dan kampung
Info dan Khasiat Pokok Beka
Khasiat Pokok Beka Buah beka juga dikenali sebagai bonglai dan Oroxylum Indicum. Juga dipanggil pokok ketua kampung di Grik kerana banyak kegunaannya Banyak orang belum pernah melihat atau mengetahui khasiat pokok dan buah ini. Buah beko berbentuk leper dan panjangnya kira-kira 50 cm. Budak budak boleh main pedang dengan buah tuanya. Buah beka biasanya
Khasiat Pokok Beka
Dalam usaha mengumpul info khazanah herba di Malaysia, kami susun dan senaraikan pelbagai herba dan ulam yang terdapat di Malaysia. Moga ianya menjadi manafaat untuk semua. Amalan memakan ulam-ulaman segar oleh masyarakat kampung, menjadikan mereka hidup sihat sepanjang hayat. Moga ilmu dan khazanah ini tidak hilang di telan zaman.
Artikel kali ini membincangkan tentang Khasiat Pokok Beka yang mana mempunyai pelbagai nama dan khasiat seperti bagi hilangkan demam Kanak kanak, bonglai, mandian lepas bersalin, menambahkan susu ibu, mengubati sakit kepala, Oroxylum Indicum, pokok beka, pokok ketua kampung.
Khasiat Pokok Beka
Buah beka juga dikenali sebagai bonglai dan Oroxylum Indicum. Juga dipanggil pokok ketua kampung di Grik kerana banyak kegunaannya
Banyak orang belum pernah melihat atau mengetahui khasiat pokok dan buah ini. Buah beko berbentuk leper dan panjangnya kira-kira 50 cm. Budak budak boleh main pedang dengan buah tuanya.
Buah beka biasanya dijadikan kerabu dan ulam. Hanya Buah beka yang muda dipilih untuk dijadikan kerabu atau ulaman kerana apabila matang ia akan keras.
Buah beka dibakar atas bara sebelum dijadikan kerabu atau ulaman. Proses membakar ini memudahkan urusan membuang kulit dan dapat mengurangkan rasa pahitnya.
- Ramasan daun bagi hilangkan demam Kanak kanak.
- Sekiranya badan anda bertoksik atau penyakit, dikatakan lumuran ramasan daun ke badan anda akan mengeluarkan lendir walaupun daun ini sendiri tidak berlendir!
- Diharapkan ada ahli ahli sains ethnobotany mengkajinya serta mengkongsikan ilmu anda dengan kami semua! Adalah tidak beretika sekiranya tuan menyembunyikan ilmu pengetahuan hanya untuk keuntungan diri sendiri dengan membiarkan manusia lain menderita mati sedangkan ubat dari sumber alami itu adalah hak ciptaan Allah. Allah tidak pernah minta hak patenship atau upah dari jutaan ciptaannya yang bermanfaat kepada sekalian manusia. Hanya apabila manusia bersyukur kepadaNya sudah amat disenangi Allah!!!
Kegunaan
BAGI mereka di pantai timur terutama di Kelantan dan Terengganu, buah BEKA sudah tidak asing lagi. Ia merupakan makanan popular sama ada sebagai ulam atau dijadikan kerabu.
Sepanjang bulan puasa misalnya, kerabu beka yang dijual di kebanyakan gerai makanan di pasar Ramadan di negeri itu adalah antara pilihan utama pengunjung.
Walaupun rasanya agak pahit tetapi kerabu beka menjadi hidangan pembuka selera dan kemestian ketika berbuka puasa.
Jika dijadikan ulam, peminat beka selalunya membakar buah muda tersebut terlebih dahulu bagi mengurangkan rasa pahitnya.
Beka atau nama saintifiknya Oroxylum indicum daripada keluarga tumbuhan bignoniaceae mempunyai pokok yang besar.
Batangnya pula lurus manakala daunnya hanya merimbun di bahagian hujung dahan.
Pokok ini turut mengeluarkan bunga berwarna keunguan sementara buahnya berbentuk nipis, lebar dan memanjang seperti parang.
Buah mudanya berwarna hijau tetapi bertukar kepada kehitaman apabila masak.
Selain dimakan sebagai ulam atau kerabu, beka juga sebenarnya mempunyai khasiat yang tersendiri.
Menurut Pegawai Pusat Sumber Genetik Tumbuhan, Institut Biosains Universiti Putra Malaysia (UPM), Tajuddin Abdul Manap, buah beka juga baik untuk kesihatan kerana ia boleh mencuci darah.
“Memakan buah beka juga boleh membantu menambahkan susu ibu terutama bagi mereka yang baru lepas bersalin.
Tambah beliau, selain buahnya, rebusan daun beka jika diminum akan mengurangkan demam atau sakit kepala di samping boleh dijadikan mandian lepas bersalin.
“Untuk mendapatkan lebih kesegaran bagi ibu lepas bersalin, selain daun beka rebusan juga ditambah dengan campuran herba lain, termasuk serai wangi,” jelasnya.
Kata Tajuddin, manakala akar pokok beka pula boleh melegakan demam, sakit atau pening kepala dan juga selesema.
“Akar beka yang dicampur sedikit air perlu ditumbuk halus sebelum ia dipupuk di kepala.
Habitat
Pokok beka hidup liar di tepi sungai dan belukar tanah rendah hampir di seluruh Malaysia.Pokok beka sederhana besar,kira-kira 10m tinnginya.Batangnya tumbuh tegak tanpa cabang,kecuali apabila hujungnya dipangkas. Daun panjang dan lebar,berbentuk bujur ovat dan menpunyai anak daun yang banyak. Helai daun nipis,pangkal tidak simetri kecuali anak daun hujung. Bunga terdapat pada jambat rasem yang panjang,iaitu 1-2m. Bunga kembang satu demi satu,tidak selerak.Warna bunga merah muda keperangan dan berbelang krim. Buah berbentuk kapsul sepanjang 1 m dan kira-kira 8 cm lebar. Bijinya banyak,leper dan nipis. Buah yang panjang menyebabkan pokok ini mudah dicam dari jauh. Beka atau nama saintifiknya Oroxylum indicum daripada keluarga tumbuhan bignoniaceae menpunyai pokok yang sederhana besar.
KETERANGAN:
Bonglai ialah sejenis tumbuhan yang memainkan peranan penting dalam perubatan tradisional. Buah bonglai yang muda dan daunnya dijadikan sayuran sungguhpun rasanya agak pahit sedikit. Masyarakat jawa turut menjadikan bunga bonglai sebagai sayuran. Buah bonglai juga sedap dijadikan kerabu setelah dibakar terlebih dahulu. Bunga bonglai kembang malam dan akan gugur pada keesokan harinya. Kelawar menjadi agen pendebungaan bonglai kerana ia tertarik pada bau yang dihasilkan oleh bunga bonglai. Terdapat juga Bonglai putih (Aingeber cassumunar) . Bonglai boleh membiak melalui biji benih dan keratan batang
KEGUNAAN:
Daun bonglai yang direbus boleh dijadikan minuman untuk menghilangkan ubat demam, sakit urat, menambahkan selera dan ia juga boleh digunakan untuk mengubat luka. Dalam perubatan Melayu kayu bonglai merujuk kepada dua jenis tumbuhan iaitu Oroxylum indicum dan Pajanelia longifolia. Kulit kayu bonglai yang direbus boleh digunakan untuk mengubat sakit pinggang, buang angin, buasir, menguruskan badan, lemah jantung, sakit lutut kesuburan rambut, pening kepala dan jerawat. Kulitnya juga boleh dijadikan ubat sakit hepatitis. Daunnya yang ditumbuk lumat boleh ditampal di dahi dan pelipis untuk menghilangkan sakit kepala. Kulit pokok bonglai mengandungi alkaloid, asid tandik, galaktos dan sitosterol. Bonglai digunakan dengan begitu meluas sekali dalam perubatan India (ayurveda ) .