Kebaikan Herba untuk penyakit Kencing Manis

Info dan Kebaikan Herba untuk penyakit Kencing Manis

Antara penyakit masa kini, Kencing Manis… Amalan pemakanan yang tidak teratur dan tidak seimbang antara faktor yang menyumbang kepada gelaja penyakit ini. Mari kita jadikan makanan kita sebagai sesuatu yang membantu dan mengelakkan kesihatan kita. InsyaAllah… Joom baca… Sedikit info ini, mungkin membantu anda mengelak dari dihidapi penyakit ini. Diantara herba yang berkesan untuk merawat

Kebaikan Herba untuk penyakit Kencing Manis

Dalam usaha mengumpul info khazanah herba di Malaysia, kami susun dan senaraikan pelbagai herba dan ulam yang terdapat di Malaysia. Moga ianya menjadi manafaat untuk semua. Amalan memakan ulam-ulaman segar oleh masyarakat kampung, menjadikan mereka hidup sihat sepanjang hayat. Moga ilmu dan khazanah ini tidak hilang di telan zaman.

Diantara herba yang berkesan untuk merawat kencing manis adalah:

pokok daun ketum daun-sabung-nyawa Khasiat buah Jering 3 khasiat pokok bismillahhalba

1. Halba @ fenugreek: Ujian klinikal (human trial) di India & Barat membuktikan halba berkesan merawat diabetes. Ujian makmal menunjukkan beberapa bahan aktif & soluble fibre memberi kesan hypoglycemic yg ketara.

2. Peria katak : Mengandungi phyto-insulin polipeptida P yg berkesan menurunkan gula darah pesakit diabetes.khasiat buah peria 1

3. Kulit kayu manis @ cinnamon: Mengandungi faktor HMP yg berkesan merawat diabetes. Didapati penggemar pie epal yg mengandungi serbuk kayu manis di Italy jarang mendapat penyakit diabetes.

4. Jintan hitam @ Nigella sativa: Juga berkesan merawat diabetes seperti dibuktikan oleh ujian klinikal / human trial oleh para doktor di Mesir dan USA.jintan-hitam

5. Gymnema iaitu sejenis herba ayurvedic (India) yg telah diguna ratusan tahun merawat diabetes dgn berkesan. Ia dapat merangsang pankreas menghasilkan insulin.

6. Buah nak-nak yg berkedut telah diguna secara tradisional dgn berkesan merawat diabetes.

7. Daun bidara @ Ziziphus mauritiana juga terbukti berkesan merawat diabetes sbg agen hypoglycemic kerana bhn aktifnya.

8. Mahkota dewa juga berkesan merawat diabetes. Malah ia sangat berkesan menurunkan tekanan darah tinggi & merawat migrain.

9. Hempedu Bumi

10. Misai Kucing

11. Daun Pegaga

12. Buah Tunjuk Langit

13. Manjakani – Asid galik yang terdapat didalamnya juga boleh digunakan untuk merawat kencing manis dan …..

Herba lain yg berkesan juga merawat diabetes: daun merunggai, ketumbar, rumpai laut. buah-tunjuk-langit

Dalam Pasaran :

  1. Extra Peria :
    1. Peria Katak Hutan (90%)
    2. Hempedu Bumi (3%)
    3. Daun Pegaga (3%)
    4. Misai Kucing (4%)

Makanan yang digalakkan bagi pesakit kencing manis :

Makanan bagi pesakit kencing manis perlulah seimbang, berzat, asli. Makanan ini haruslah bersifat ‘wholefood’ yakni tidak diproses secara kimia, ‘refined’, ‘polished’ sehingga menyingkirkan sebahagian besar zat, vitamin, mineral, serat dan kandungan phytonutrien yang bermanfaat seperti antioksidan. Makanan ini mempunyai indeks glycemik yang tinggi dimana penghadaman karbohidrat serta penyerapan glukos dalam darah berlaku secara perlahan menjadikan tahap insulin dalam darah normal dan stabil.

Makanan yang digalakkan untuk pesakit kencing manis adalah seperti berikut:

1. Bijirin penuh atau ‘whole grain’ sebagai sumber karbohidrat kompleks penuh khasiat pemakanan: beras perang, beras rebus (parboiled rice), biji gandum perang, rolled oat, tepung gandum atta, tepung suji, spaghetti gandum asli, biji barli, pulut hitam.

2. Sumber protein: ayam kampung, ikan yang tak gatal dan bisa ( seperti kerisi, merah, tenggiri, selar, siakap, jenahak, selayang, tamban ), telur kampong (2 biji seminggu ).

3. Buah: epal, oren, betik, delima, jambu batu/air, anggur, pear, pic.

4. Kekacang: kacang hijau, kacang tanah, kacang kuda, kacang buncis, kacang panjang.

5. Sayur dan ulaman: Taugeh, sawi, kobis, broccoli. bunga kobis, kacang pea, timun, kangkung, bayam, kailan, peria, pegaga, ulam raja, daun ketumbar, daun sup/saderi, daun & buah merunggai / kelo.

6. Susu: Susu lembu segar, pasteur, steril, susu kambing, susu tepung penuh krim asli Fernleaf 1 cawan sehari @ selang sehari, keju – sebagai gantian kepada susu pekat manis, susu rendah lemak / skim.

7. Gula & manisan: gula perang, gula tebu merah asli (jaggery sugar cane), gula organic, gula kelapa, gula nipah, gula kabung asli, madu lebah asli, stevia – sebagai gantian gula pasir putih & susu pekat manis.

8. Minyak & lemak: Minyak zaitun extra virgin, minyak karotino, minyak bijan, butter susu asli (Anchor, SCS), minyak sapi asli (QBB), santan kelapa asli – sebagai gantian minyak sayuran terhidrogen sepert majerin, krimer bukan tenusu, shortening, butter minyak sayuran berperisa. Bagi pesakit yang juga mengalami darah tinggi/kolestrol, kurangkan pengambilan lemak.

*Nota: Untuk makanan no 6,7,8… ambil sedikit sahaja memadai untuk memberi khasiat tenaga, vitamin, mineral kepada tubuh.

Sumber : www.khasiatherba.com/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *